3 sikap un-jutawan

Selain daripada ilmu pengetahuan, kemahiran dan juga peluang… "sikap (attitude)" juga adalah merupakan salah satu faktor yang paling penting di dalam menentukan kejayaan anda. Oleh itu, anda perlulah bijak mengawal dan mengubah sikap anda agar ia tidak menjadi penghalang kepada kejayaan anda.

Jika hendak diceritakan tentang sikap-sikap baik yang perlu ada untuk membolehkan anda menjadi jutawan.. sudah pastilah ia terlalu banyak. Dari sikap suka berfikiran positif, baik hati, mesra, rendah diri, jujur, gigih, ikhlas hinggalah kepada sikap suka tolong-menolong.Memang terlalu banyak untuk disenaraikan…

Tapi pada kali ini, saya ingin bercerita tentang 3 sikap negatif yang perlu anda elak dan buang jauh-jauh dari dalam diri anda jika anda ingin menjadi jutawan. Jika anda berjaya mengikiskan 3 sikap ini dalam diri anda, insyallah.. jalan untuk anda menjadi jutawan, akan semakin mudah.

Apakah 3 sikap buruk yang perlu dikikis dan dibuang tersebut?

1) Menyalahkan Orang lain

Perkara ini saya sudah nyatakan pada entri saya sebelum ini. Sikap yang hanya suka menyalahkan orang lain tidak akan membawa diri kita kemana-mana. Dengan menyalahkan orang lain.. bermaksud, kita enggan untuk meng"hasabah" diri, jesteru, ia akan menyebabkan kita tidak akan dapat melihat segala kekurangan diri dan memperbaikinya. Apabila tidak memperbaiki diri.. maka, susahlah nak jadi jutawan.

Oleh itu, sentiasa "take 100% responsibility" diatas segala hasil dan akibat yang anda terima dari usaha anda. Jika ia berjaya.. ia adalah disebabkan anda.. dan jika ia gagal.. ia juga adalah disebabkan anda.

 

2) Komplen tak sudah-sudah

Ini satu lagi sikap yang perlu anda hindarkan di dalam diri anda.  Jangan terlalu mudah merungut dan membuat komplen. Membuat komplen menunjukkan fkiran anda sedang menumpu kepada "masalah".. dan ini akan menyebabkan hidup anda lebih tertekan. Untuk berjaya, fikiran dan fokus kita perlulah lebih kepada "penyelesaian masalah" dan bukannya kepada "masalah" tersebut.

Mungkin ada yang kurang faham.. tak mengapa.. saya bagi contoh.

Contohnya.. anda kini sedang berada di lapangan terbang dan ingin menaiki pesawat dalam masa 30 minit lagi. Tiba-tiba, satu pengumuman dibuat yang menyatakan penerbangan anda terpaksa ditunda sehingga 3 jam.

Bagi orang yang bersikap "un-jutawan" dan suka komplen… mereka akan mula..

  • memikirkan masalah baru yang akan muncul akibat kelewatan penerbangan tersebut
  • mereka akan fikirkan tentang meeting mereka yang akan terlepas
  • mereka akan fikirkan projek yang cuba mereka dapatkan akan terlepas
  • mereka akan fikirkan kesan buruk yang akan menimpa syarikat mereka akibat terlepas projek tersebut
  • mereka akan fikirkan syarikat mereka terpaksa membuang pekerja
  • mereka akan fikirkan pekerja-pekerja mereka memberontak
  • mereka akan fikirkan syarikat mereka kena saman dan terpaksa ditutup
  • mereka fikirkan mereka akan bangkrap
  • mereka akan fikirkan kekecewaan serta kesusahan hidup yang mereka akan hadapi

Akhirnya.. mereka mengambil keputusan untuk membuat komplen kepada syarikat penerbangan dan minta ganti rugi kepada keseluruhan kerugian yang akan mereka alami di dalam hidup mereka.

Lihat.. itu contoh orang yang suka menumpukan fikiran mereka kepada masalah. Mereka akan fikirkan apakah masalah seterusnya yang akan mereka hadapi disebabkan masalah yang mereka hadapi sekarang.. mereka hanya akan fikirkan masalah.. masalah.. masalah.. dan masalah..

Berbeza dengan orang tidak suka membuat komplen, pemikiran mereka lebih fokus kepada "bagaimana hendak menyelesaikan masalah" tersebut… fikiran mereka dengan pantas akan mula mencari-cari kaedah penyelesaian yang terbaik yang boleh mereka lakukan.

Mereka akan mula mencari-cari option yang lain seperti, menaiki bas? kereta? LRT? komuter? feri? teksi?  helikopter? dan sebagainya..  yang penting mereka akan berusaha sendiri dan cuba menyelesaikan masalah tersebut.. dan bukannya hanya menunggu. melihat.. dan kemudian membuat komplen.

Jadi.. berhenti membuat komplen. Ia hanya akan membuatkan diri berasa tertekan dan terus berada di dalam situasi yang lemah dan tidak berdaya.

 

3 ) Membuat alasan.. untuk menyedapkan hati

Anda mesti pernah dengar orang kata..

"Ala.. kekayaan itu tak penting! Tak kaya pun tak kisah!"..

Orang yang berkata begini memang confirm tidak akan jadi kaya. Cuba anda tukarkan perkataan "kekayaan" itu kepada keluarga ataupun "sahabat"..

Ia akan berbunyi.. "Alaa.. keluarga itu tidak penting! Tak ada keluarga pun tak kisah!"..

Eee.. teruk bukan bunyinya? Jika anda berkata begitu, sudah pastinya keluarga anda akan menjauhi anda.. begitu juga jika anda mengatakan "sahabat itu tidak penting".. sudah pastinya sahabat-sahabat anda juga akan mula menjauhi anda. Sebab anda tidak tahu menghargai mereka dan menganggap mereka tidak penting di dalam hidup anda. Jadi, mengapa mereka perlu menghampiri anda?

Begitulah juga dengan kekayaan.. jika anda rasa kekayaan itu tidak penting.. maka.. sudah pastinya kekayaan itu akan menjauhi diri anda. Sebab itu saya kata..  orang yang berkata begitu, confirm takkan kaya!.

Ada juga sesetengah orang suka mengatakan "Wang tidak boleh membeli kebahagian dan segala-galanya..".. betul ke?

Memang betul! Setiap benda perlu digunakan pada tempatnya yang betul.. begitu juga wang.. anda perlu menggunakan ia pada tempat yang betul bersesuaian dengan fungsinya. Wang memang tidak boleh membeli kebahagian tetapi ia boleh membeli rumah yang besar, keta yang besar, perabot yang cantik dan sebagainya untuk membina kehidupan yang bahagia.

Begitu juga dengan cinta & kebahagian.. anda rasa anda boleh beli makanan, minuman, pakaian dan rumah hanya dengan cinta?.. Cubalah ambil makanan di kedai dan kemudian cium makcik gerai tu sebagai tanda anda membayar makanan anda dengan cinta & kasih sayang. Ho! ho! ho! Boleh jadi anda kena pelangkung dengan tong gas nanti..

Jadi.. bagi saya, alasan yang mengatakan "Wang tidak boleh membeli kebahagian.." hanyalah alasan untuk menyedapkan hati dan memaksa diri untuk tidak bergerak dari zon selesa… yang akhirnya.. membuatkan diri kita hanya "begitu-gitu" sahaja disitu.

 

Akhir kata, jika anda ingin menjadi jutawan @ orang yang berjaya.. anda perlulah kikis dan buang jauh-jauh 3 sikap buruk yang saya nyatakan diatas. Berhenti menyalahkan orang lain, berhenti merungut dan berhenti membuat alasan. Fikirkan perkara yang positif dan usahakan… insyallah cita-cita & impian anda akan tercapai!

Yosh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 thoughts on “3 sikap un-jutawan

  1. en shuth,tip untuk jangan suka komplain tu macam menguntungkan je…hehehe…kalau saman atau tuntut rugi, mesti dapat untung kan??? hehehe

    orang yang suka komplain ni ialah orang yang jenis suka salahkan orang…Dan golongan ni jugak lebih selesa dengan pelbagai alasan..

    contoh sesuai :
    1) alaaaa…hosting tu mahal la…Dah la kedkut space, harga plak macam taik kerbau..huh ? ( suka komplen )

    2) Ingat dia sorang je ke nak kaya?, penyedia webserver macam ni la yang menyusahkan usahawan internet malaysia .. ( suka salahkan orang )

    3) hurmm..tu sebab aku tak berjaya tu..Nak beli hosting mahal..nak berniaga online macammana? ( alasan )

    sepatutnya :

    1) mahal ? takpe, mesti ada tempat lain yang murah…Oppss, sebab ape mahal, mesti ada advantage ni … ( komplen tukar fikir kreatis )

    2) siapa penyedia web hosting ni? mesti dia banyak untung..Takpe , nak nego dulu la..Kot2 boleh dapat special price tak pun free space … ( tak salahkan tapi ambil peluang )

    3) mahal nak buat macammana? ini lah modal untuk berniaga.Kalau takde modal atau modal rendah, macammana nak berjaya kan?tengok je orang2 yang berjaya, mesti keluar modal kan? ( alasan jadi motivasi )

    ps: kesimpulannya saya layak jadi jutawan la kan en shuth? hehehe

  2. Yes bos…! 3 sikap yang berada di dalam diri individu ini menunjukkan mereka tiada motivasi, tiada keyakinan diri dan bersikap mengelak untuk lepas tangan.. cara begini tidak mungkin mereka akan menjadi kaya.. hatta jutawan sekalipun jauh sekali..

  3. Un-Jutawan ye? Istilah baru tu…

    Kesimpulan daripada post shuth ialah change your attitude kalo nak berjaya…Banzai

  4. Betul tu. Komplen tak bawak ke mana..
    Usaha penting..
    Kalau banyak komplen memang tak ke mana pun…

  5. Act kebanyakan orang yang berjaya ni mereka kurang bercakap, tapi melebihkan tindakan.

    Maksudnya bukan tak bercakap, atau tak memberi idea langsung. Tapi mereka hanya bercakap untuk perkara yang penting sahaja.

  6. Membuat alasan.. untuk menyedapkan hati atau utk cover sbb tak nk wat? hehehe… normal, kalo tak nak bg alasan sikit baru la org tak kata kita ni mcm tak nak buat. cth awat tak make money online? aku nk buat tp… yosh…

    lantak ko la dgn tp tu. kalo dh dasar ego memang takleh watpe. smpai ke tua pun kuat je ego. kalo betul2 nk insya allah takde hal lah. kalo dh dasar tak nk tu, kim salam je.. :P

  7. salam ukhwah. tajuk yg menarik..unjutawan. sdra dah nyatakan sebaiknya.sedikit tambahan, Wang memang bukan segalanya tp wang boleh menyelesaikan hampir segala-galanya.Pasti ada hikmah mengapa 9/10 punca rezki dari perniagaan.Tentunya tidak sama juga usaha golongan 9/10 bandingbeza dgn 1/10 bukan? Utk pulangan yg sesuai dgn usaha.tk,salam.Syamsul.

  8. Yang penting baiki segala kelemahan untuk kepuasan semua orang,Memang kita tak perfect tapi sekurang-kurangnya cuba yang terbaik untuk beri yang terbaik terutamnya kepada pelanggan kita.

    Tq Shuth

  9. 1. setengah orang memang da set awal2 dalam kepala memang tak nak jadi jutawan. Sebab da selesa dengan ape yang da memang diorang ade sekarang. Nak wat cam ne kan..

    2. Orang yang suke komplen ni plak sebenarnye membazirkan ilmu yang die ade je sebenarnye. Bak kate shuth, patutnye die gune la ilmu yang die ade tu untuk cari alternatif atau option lain, ni tak.. fikir macam mane nak buat komplen yang terbaik plak yang di pikirnye sebagai top prioriti.

    3. Buat alasan? Hhe rasenye semua orang alami bende ni, esecially kalau masih lagi bergelar newbie. Ala, nak sedapkan hati gitu, tapi, yang penting jangan give up la lepas tu.

  10. Saya dah selalu terjebak degan program jutwan hingga saya hampir muflis. so macamana saya nak selesaikan masalah saya??? bila dah bank in duit, jutawan yang pelawa saya senyap…

  11. Thanks Shuth untuk perkongsian ilmu ini. Memang betul !!! Kalau kita asyik dok menyalahkan orang lain jer… asyik nak komplen jer kerjanya dan asyik beri alasan jer untuk tidak memulakan LANGKAH PERTAMA berbisnes… saya percaya 10 tahun akan datang pun, macam itulah hidup kita. Sepatutnya, kita bertanggungjawab 100% terhadap masalah yang kita alami dan cuba cari penyelesaiannya. Kemudian, jika masih gagal lagi, cari dan terus cari lagi jalan penyelesaiannya.. dan jangan sesekali merungut kecewa. Ingat !!! Apabila kita berjaya mencari sebab untuk memulakan LANGKAH PERTAMA berbisnes, insyaAllah…TINDAKAN kita akan menjadi lebih mudah dan lancar. Yosh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>