Dalam buku “The Secret Of Millionaire Mind” ada menyatakan, apabila seseorang mengatakan bahawa beliau sudah tahu tentang semua perkara.. maka, ia mengambarkan.. beliau adalah seorang yang miskin dan sombong.
Orang kaya tidak akan pernah berhenti untuk belajar dan menimba ilmu. Mereka sedar, proses pembelajaran adalah sesuatu yang berterusan dan sebab itu.. mereka akan mengakui.. mereka tidak tahu semua perkara.
Berbeza dengan orang yang miskin kurang kaya, mereka beranggapan mereka sudah tahu mengenai semua perkara.. cakap je apa-apa pun..”aku dah tahu dah semua tu..” . Disebabkan tanggapan dan sikap mereka itu, maka proses pembelajaran mereka akan terbantut, sekaligus.. daya pemikiran serta kekayaan mereka (jika ada) juga akan terbantut.
Menurut T. Harv (penulis buku The Secret Of Milionaire Mind) , anda hanya tahu sesuatu perkara itu apabila anda melakukannya secara rutin di dalam kehidupan anda. Jika anda tidak melakukannya.. anda sebenarnya tidak tahu apa-apa pun mengenainya.. anda mungkin hanya pernah melihat.. pernah membaca.. pernah mendengar dan juga mungkin pernah bercakap mengenainya.. tetapi hakikatnya anda tidak “tahu” mengenainya.
Jadi.. usah berlagak… kalau tak tahu.. cakap je tak tahu.. tak perlu nak buat-buat tahu. Lebih baik makan tahu.. tidak lah nanti terlalu malu.. oh!
Kesimpulannya… usah berlagak dan hormatilah setiap ilmu yang anda terima .. walaupun ilmu itu sememangnya anda sudah tahu dan sudah sedia maklum, anggaplah ia sebagai satu ulangkaji dan peringatan.
P/s:- Ada sesetengah orang sangat sombong dan berlagak lalu berkata..”saya datang dari jauh dan susah payah ke sini, jadi.. sila berikan ilmu yang saya tidak pernah tahu.. ilmu yang saya dah tahu.. saya tak mahu tahu”..
Apa ilmu yang ko tak tahu? manalah aku tahu? budusssss… syoh! syoh! nyah ko dari sini.. Oh!
Ramai orang yang bersikap macam tu.. pernah seorang lelaki ni dia mahu belajar bahasa Arab.. memandangkan kelas ni mempunyai 2 level, maka lelaki ni perlu masuk level 1 dahulu sebagai syarat untuk mendapat sijil. (Diiktiraf tau).
Tapi lelaki ni tak nak masuk level 1, nak terus level 2 atas alasan dah tahu yang basic2 ni. Nak terus level 2, dan nak gugurkan mana2 subjek yang dah tahu.. Tapi pihak penganjur tak benarkan sebab ia dah melanggar syarat (kurus ni terlibat dalam MS ISO 9002)..
Akhirnya depan2 penganjur tu lelaki ni koyakkan borang permohonan dan campak ke lantai dan kemudian beredar dari situ.
Sombongnya dengan ilmu yang tak seberapa..
Salam, Shuth. Sesungguhnya, ilmu itu hidup dan akan bertambah sekiranya diamalkan dan disebarluaskan. Agama juga ajar kita bhw tidak akan sama org yg berilmu dengan org yg tak berilmu. Quran juga sebut firmanNya mafhum, diatas org yg berilmu itu ada yg lebih berilmu (yakni Allah swt).Maka, hampirilah ilmu, org berilmu dan majlis ilmu sebagai bekal ke dunia yg kekal.salam,Syamsul.
Sikap seseorang itu boleh melambangkan sejauh mana ilmu di dada. Sebab itulah umgkapan “bodoh sombong” banyak di pasaran!
Assalammualaikum,
Saya bersetuju dengan Shuth bahawa menuntut ilmu tiada akhirannya. Sebab itu seminar dan kursus sentiasa penuh dan ada yang mengikuti kursus tersebut berkali-kali supaya apa yang di ajar tidak hilang.
bairpun orang kata spt contoh….
‘apala kau ni kata pakar komputer benda senang ni pun tak tahu!’. amboi sedapnya cakap.. dengan selambanya dibalas ‘dah aku tak tahu nak buat macamana!’
mentang mentang kita pandai komputer dianggap semua kita tahu tapi mereka tak sedar banyak lagi benda tentang komputer. tetiba dtg idea mcmana saya nk repair komputer online? haha jawab shuth..
Pingback: Buat Apa Beli E-Book? Membazir Jerk! - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia
Pingback: Buat Apa Beli E-Book? Membazir Jerk! - Page 2 - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia
tu namanya belagak sombong..buat2 tahu padahal sebenarnya tak power mana pun.Banyak orang camni.Sebab utama ego.Tambah2 depan awek.huhu…
huh…
best topik ni shuth…
bagi kaw kaw sikit…hehe
dia igt dia tahu semua…hahahaha
Yup saya pun dah tau semua….tapi saya nak belajar lagi walopun saya dah tau apa yang milionare selalu ucapkan kerana perkara yang selalu diulang ulang akan sentiasa lekat dikepala….he he
“Saya dah tahu semuanya!”
Tapi semua yang saya tahu hanyalah 5% daripada lautan ilmu didunia ini.. Banyak lagi yg perlu saya pelajari..
Hehehe, kebenaran yang bersulamkan kepedasan.
“Saya tahu apa yang awak xtahu, Awak tahu apa yang saya tak tahu”…
Boleh terima pakai ke?
argh…. org yg jenis mcm tu lantak dia lah. lg layan lg naik ego dia. awat tak sedar sgt sapa yg bg ilmu tu kat dia? syukur la sikit..
tak nak belajar sudah tp plz jgn ckp besar k! even siapa pun lah tak kisah. Tp dh dasar manusia yg punya ego tu apa2 pun kena kembali pada asas. Siapa diri kita sbnrnya..
P/s: bro toksah halau. wat penat jek. wat tak tau n nanti pandai2 la dia pegi. =p
Yaya…saya pun baca buku T. Harv Eker ni…memang byk dia kasi tau
perbezaan org kaya n miskin terutama dlm bab mentaliti.
Dan ini salah satu bab yg paling saya suka dlm buku tu…
sbb skrang ramai org yg lupa diri biar diri tu xseberapa.
Yg paling sedihnya org melayu pulak tu.
Belajar baru a-h tapi dah berlagak macam dah sampai z.
Bila sruh buat mcm2 alasan dia bagi sampai sakit jiwo
kita nk layan. Mcm Bebas Hutang kata “bodoh smbong” memang
sesuai untuk diorang ni.
Saya xnak komen panjang2. Bagi yg terasa baik korang brubah sblm
terlambat sbb kalau tak pengakhiran korang tidak kemana iaitu
kegagalan sebab jahil bukannya sebab korang x pandai atau x
bermotivasi tetapi SEBAB JAHIL…
sbg contoh : Imam Al Bukhari merantau 16 thn dan berguru
dengan ulama dan perawi seramai 1000 orang. Sekali lagi nak
ulang 1000 ORANG lol…kita berguru 1 orang pun xhabis dah
sombong tapi Imam Al Bukhari tidak begitu…jd x hairanlah kita
kalau xkaya/berjaya…huhu…byk2 maaf kalau ada silap atau tersasur…
saya anti skit kat org2 yg “bodoh smbong” ni…hehe..bukan apa sbb
kitalah pelapis kelak, kalau xberilmu rosak la negara ni dijahamankan
oleh orang2 jahil(kita semua)…huhu…
“Mcm skrang”(shh…senyap2 tkut ada yg dgr)hehe
Betul tu.. Proses pembelajaran mesti berterusan..
Tiada orang yang akan tahu kesemuanya.. Belajar dan memperbaiki kesilapan akan menjadikan kita lebih berjaya..
Perkataan ‘ aku tau semua’ adalah untuk orang yang tak sedar diri…
Huhuhuhuhuhu…
‘ Kita pklah sendiri’
ceh ada juga orang yang bodo sombong camtu ek…
rasa yang dia dah tahu semua…
Dulu saya belajar, makin banyak yang kita belajar makin banyak yang kita tak tahu…
bukan makin banyak yang kita tau..
he,he,..apa-apa pun,saya bersetuju dengan pendapat korang semua dan pendapat En.Shuth.
sebenarnya banyak yang saya suka dengan pendapat shuth, cuma sedikit yang saya tak suka. takkanlah yg sikit itu dijadikan ukuran, mestilah yg banyak dijadikan ukuran,bukan?. yosh!
(learn to be a fleksibel man)
renungkanlah pepatah melayu nie,sudah tahu bertanya pulak.memang kita kena bertanya agar ilmu tersebut tak hilang aje.tak gitu kan?