Archive for April, 2008

27
Apr

kambing pun ada rahsia?

Ok! kali ini tiada tips mengenai pengurusan wang mahupun perniagaan internet. Hari ini saya hanya ingin maklumkan kepada semua pembaca blog ini tentang projek terbaru saya… iaitu “RahsiaKambing.com“.

Rahsia Penternakan Kambing
Projek “RahsiaKambing.com” ini adalah merupakan projek kedua saya bersama saudara Farid (penulis besama buku rahsia blogger). Ya! suatu perkara yang mungkin anda tidak tahu… saudara farid juga sebenarnya adalah seorang penternak kambing. Beliau telah memulakan projek penternakan kambing ini sejak setahun yang lalu.

RahsiaKambing.com adalah sebuah website yang menawarkan sebuah ebook panduan bagaimana memulakan penternakan kambing. Ebook tersebut ditulis oleh saudara Mohammed Farid dengan sepenuh perasaan. Menceritakan dari A-Z tentang penternakan kambing.

Saya? saya sebenarnya hanya menolong saudara mohammed farid memasarkan ebook tulisan beliau ini menggunakan kaedah “pemasaran internet”. (tapi.. takderla tolong kosong je! kira JV la…)

Apa yang menariknya, untuk projek RahsiaKambing.com ini , saya telah berjaya membuatkan ia berfungsi secara automatik 100%. Saya tidak perlu lagi menyemak bukti bayaran pelanggan… dan juga tidak perlu menghantar ebook tersebut secara manual. Semuanya berjalan secara automatik.. pelanggan membeli dan membuat bayaran melalui maybank2u, fpx, kad kedit, pospay, mobile money dan sebagainya…. dan kemudian, mereka akan dapat terus ebook tersebut secara automatik. Tak perlu lagi nak tunggu 24 jam setelah membuat bayaran, barulah dapat email download link.

Semuanya automatik dan anda akan menerima ebook anda on the spot!… walaupun pada pukul 3.24 pagi.

Kalau anda tak percaya.. bolehlah test beli!.. oh! ho! ho! ho! ho!..

Oklah! Itulah sahaja pengumuman ringkas mengenai projek terbaru saya untuk kali ini.

Sekian, terima kasih….lawati RahsiaKambing.com

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

25
Apr

4 sikap pemusnah perniagaan

Jika sebelum ini saya ada bercerita tentang sikap-sikap yang diperlukan untuk menjadi jutawan, hari ini, saya ingin bercakap tentang sikap-sikap buruk yang boleh menghalang seseorang itu dari mencapai kejayaan di dalam perniagaannya.

1) Tidak boleh diharap

Ini adalah masalah utama kebanyakkan ahli-ahli perniagaan kecil. Ketidakcekapan di dalam mengurus masa, tidak berupaya menghantar produk/perkhidmatan seperti mana yang dijanjikan serta tidak mampu berdikari adalah beberapa penyebab pelanggan menjauhkan diri dari peniaga tersebut.

Jika anda adalah seorang peniaga, anda perlulah menenpati janji, membuat panggilan semula  kepada pelanggan-pelanggan anda serta penuhi harapan pelanggan anda. Kebanyakkan pelanggan tidak akan menyuarakan ketidakpuashatian mereka kepada peniaga, mereka hanya senyap , berlalu pergi dan tidak akan kembali lagi. Kemudian, anda sebagai peniaga akan mula terpinga-pinga dan menyalahkan keadaaan ekonomi yang kurang memberangkan pada waktu ini.

2) Mengurangkan harga

Seringkali, peniaga-peniaga akan cuba menurunkan harga produk mereka sebagai satu teknik untuk memenangi hati pelanggan. Kalau buat sesekali sempena perayaan atau pesta jualan murah tu.. oklah juga. Tapi kalau selalu sangat dan menjadikan “harga murah” sebagai salah satu prinsip perniagaan anda. Ia kadangkala boleh memberikan kesan buruk kepada perniagaan anda. Keuntungan yang terlalu sedikit kadangkala menyukarkan anda untuk menampung kos pengeluaran anda. Selain itu, harga produk @ servis yang terlalu murah juga, boleh memberikan anggapan bahawa produk & perkhidmatan anda kurang bermutu.

Saya pernah melihat seorang pemilik restoran yang mengeluh kerana kenaikan harga barang-barang mentah seperti tepung, gula, susu, tepung dan sebagainya. Dia juga berasa agak  keberatan untuk menaikkan harga jualan makanan di restoran beliau. Beliau berpendapat, jika beliau menaikkan harga makanan di restoran beliau, sudah pastinya ramai pelanggan beliau akan lari. Disebabkan itu, beliau mengalami sedikit masalah untuk membayar beberapa bil operasi perniagaan beliau seperti bil elektrik , air dan sebagainya.

Tetapi, apa yang menariknya, tidak jauh dari restoran beliau itu, terdapat sebuah lagi restoran makanan yang menjual makanan yang sama dengan restoran beliau, tetapi harganya 50sen lebih mahal. Dan restoran tersebut.. sentiasa dipenuhi orang..

Kadang-kala..  realiti adalah jauh berbeza dari apa yang kita bayangkan..

3) Tidak meminta/menerima nasihat

Seringkali juga, mereka-mereka yang ingin memulakan perniagan, tidak mahu menermima sebarang nasihat tentang bagaimana hendak memulakan perniagaan. Dan ini, adalah salah satu sebab mengapa 97% perniagaan gagal pada 3 tahun pertama mereka. Memandangkan perkara itu, adalah lebih bijak sekiranya anda, mendapatkan khidmat nasihat dari yang pakar tentang perniagaan yang ingin anda ceburi.. ketahui apakah kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh orang ramai di dalam memulakan perniagaan dan cuba elakkannya.

Jangan terlalu takut untuk mengeluarkan wang anda untuk melabur kedalam ilmu-ilmu serta khidmat nasihat pakar. Anda boleh membeli buku, majalah, menghadiri seminar dan sebagainya. Kos pelaburan itu lebih murah jika hendak dibandingkan dengan masa, usaha dan tenaga anda di dalam membuat sesuatu yang membawa kepada kegagalan.

4) Minda ingin cepat kaya

Satu sikap yang sering merosakkan operasi perniagaan adalah kerana sikap pemiliknya yang mempunyai nafsu serakah yang sangat kuat. Pantang ada untung lebih skit, mereka akan ambil duit tersebut dan menggunakannya untuk membeli  sesuatu yang dapat memuaskan nafsu mereka seperti kereta mewah, sofa baru, TV plasma, baju berjenama mahal , kasut LV dan sebagainya. Tingkahlaku sebegini sudah pastinya akan menganggu aliran tunai di dalam sesebuah perniagaan, lebih-lebih lagi jika perniagaan tersebut baru bermula.

Ada juga sesetengah pemilik perniagaan yang beranggapan,perniagaan beliau akan mendapat keuntungan yang besar pada hari pertama beliau membuka perniagaan beliau. Untuk membina sebuah perniagaan yang kukuh dan stabil, memerlukan masa dan pengalaman. Malangnya, ramai usahawan yang tidak sabar dan mudah berputus asa, sekaligus menutup peluang-peluang yang mampu menjadikan perniagaan mereka berjaya.

Jadi, jika anda adalah seorang usahawan yang sengsara di dalam perniagaan anda,  pastikan ianya tidak berpunca daripada sikap anda.

16
Apr

Sistem vs marketing?

Hari ini saya ingin berkongsi tips tentang "sistem" di dalam perniahaan , saya rasa saya pernah menulis mengenai perkara ini di dalam blog ini dahulu. Sekejap saya cari…

hah jumpa pun!..

http://www.mohdsuhaimy.com/2008/02/29/siapa-buat-siapa/

http://www.mohdsuhaimy.com/2007/12/13/cuba-tinggalkan-bisnes-anda-willy-la-bro/

http://www.mohdsuhaimy.com/2007/09/05/usahawan-internet-kerja-sendiri-ahli-perniagaan/

 

Cuma hari ini saya ingin bercerita lagi mengenai sistem apabila melihat sebuah kompeni yang kucar-kacir kerana membuat aktiviti "marketing secara melampau".. sedangkan sistem perniagaan mereka masih lagi huru-hara dan tidak teratur..

Melihat kepada keadaan itu timbul di dalam fikiran saya.. yang manakah yang lebih penting?

Jika saya ada "duit lebih" sedikit, kemanakah harus saya gunakan duit tersebut? Adakah menggunakannya untuk memperbaiki sistem perniagaan saya atau menggunakan duit tersebut untuk membuat marketing? Senang kata "Sistem VS Marketing"..

 

Tidak dinafikan.. kedua-dua perkara adalah penting untuk sesebuah perniagaan… namun begitu kedua-dua perkara itu perlulah seimbang.

 

Sistem yang kuat.. marketing yang lemah… =  bisnes slow..

Sistem yang lemah.. marketing yang kuat.. = bisnes kucar kacir..

 

Ada sesetengah kompeni terlalu mementingkan "marketing" dan mengabaikan "sistem". Itu yang akhirnya.. apabila ada "segerombolan" pelanggan yang datang berpusu-pusu untuk mendapatkan produk @ perkhidmatan dari syarikat mereka..  kakitangan mereka tidak cukup kaki dan tangan untuk melayan pelanggan..  stok habis… komputer down.. kakitangan tak tahu apa2 tentang produk.. pelanggan terpaksa menunggu lama..  telefon tak berjawap.. tempahan tidak diterima dan bermacam-macam lagi.

Akhirnya.. pelanggan kecewa dan membatalkan niat untuk mendapatkan produk @ perkhidmatan anda… rugilah anda berbelanja besar-besaran untuk membuat marketing sebelum ini. Tambah lebih buruk lagi.. pelanggan yang kecewa tadi.. menghebah-hebahkan pula tentang "ketidakbagusan" perniagaan anda.

Semuanya.. gara-gara sistem perniagaan yang tidak "mantap" @ tidak bersedia.

Oleh itu.. sebelum anda membuat aktiviti "pemasaran" secara besar-besaran.. pastikan terlebih dahulu sistem perniagaan anda sudah lengkap dan bersedia untuk menerima kedatangan pelanggan yang berpusu-pusu.




Email Subscriber

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner