Orang asli beli vacum?
April 1st, 2008, by shuth

Orang asli beli vacum?

Marketing… adalah merupakan jantung kepada sesebuah perniagaan. Lagi hebat “marketing” yang dilakukan.. maka.. lagi hebatlah perniagaan tersebut. Sale bertambah.. Branding meningkat naik dan sudah pastinya, keuntungan juga akan mencanak-canak naik..

Namun begitu, satu perkara yang perlu difahami ialah, marketing hanyalah sebuah alat, ia seperti sebilah pisau.. selain boleh digunakan untuk memotong bawang.. ia juga boleh digunakan untuk membunuh!

Ya! Marketing yang hebat.. boleh menaikkan sesebuah perniagaan dalam sekelip mata… dan ia juga.. mampu membunuh sesebuah perniagaan dalam sekelip mata.

Ingat tentang entry saya sebelum ini tentang 3 aspek yang akan menjadikan sesebuah perniagaan yang berjaya? Owner, product & marketing..

Ketiga-tiga aspek ini perlulah seimbang dan berada pada keadaan yang baik. Rosak salah satu daripadanya.. maka pincanglah perniagaan tersebut. Malahan.. silap haribulan.. boleh jatuh tersungkur dan bungkus.

Produk yang hebat, tetapi marketing yang kurang berkesan.. akan menjadikan perniagaan itu “slow” sedikit untuk berjaya..

Produk yang kurang bagus tetapi marketing yang hebat.. akan menjadikan perniagaan itu naik mendadak sekejap dan kemudian terus jatuh dan tersungkur..

Mengapa? Produk yang kurang bagus dengan marketing yang hebat akan menjadikan produk tersebut amat laris dan banyak pembelinya.. kemudian, apabila pembeli-pembeli tersebut menyedari produk tersebut tidak bagus.. maka akan timbullah banyak rungutan dan “complain” tentang produk tersebut… lagi hebat marketing dibuat.. lagi banyak produk dijual.. dan lagi banyak “complain” akan di dengar..

Akhirnya.. dalam sekelip mata.. perniagaan tersebut akan bungkus.

“Ada orang kata.. biasalah.. kalau jual apa-apa pun, pasti akan ada orang yang tidak puas hati.. “

Ya betul!.. jika 100 orang yang membeli dan 1-2 orang tidak berpuas hati.. itu adalah normal.. tetapi.. jika dalam 100 orang itu ada 20-30 orang yang tak bepuas hati.. heh? pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan produk tersebut.. perlulah selidik dan review semula produk tersebut.. usah memekakakan telinga dan terus menjual.. jika begitu..semakin pantaslah perniagaan itu akan tersungkur dan bungkus..

“Tiada produk yang sempurna.. setiap produk memerlukan masa untuk menjadi sempurna”..

Sememangnya setiap produk memerlukan masa untuk ber”evolusi” dan menjadi lebih baik…. itu tidak dinafikan.. windows dan proton antara contoh produk yang memerlukan masa untuk berevolusi.. tetapi pastikan proses “evolusi” itu berlaku dengan pantas untuk menjamin kesinambungan jangka hayat perniagaan… jika tidak.. bungkuslah jawapnya..

Marketing strategy juga perlulah betul dan kena pada “target marketnya”… menjual vacum pada orang-orang asli yang tidak mempunyai bekalan elektrik dirumah walaupun boleh laku tetapi ia akan menimbulkan kemarahan.

Memanglah vacum itu boleh berfungsi… tapi jika dijual dikawasan orang asli yang tiada bekalan elektrik.. apa kejadahnya? Sudah pastinya.. mengamuklah orang-orang tersebut..

“Ko kata bendalah nie boleh membersihkan rumah dengan sekelip mata tanpa perlu bersusah payah dan mengeluarkan peluh? Tapi tak boleh pakai pun? Habis duit aku beribu-ribu bayar untuk beli bendalah nie.. penipusss ujar orang asli tersebut..

Dalam kes ini, siapa yang perlu dipersalahkan?.. Penjual atau pembeli?…

Lu pikir lah sendiri… yosh!

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

12 comments Subscribe Comments

  1. ahaks….paham apa yang dimaksudkan… hehehe

    saya akan dedahkan satu lagi benda yang akan menyebabkan orang akan lebih mempertikaikan orang yang “marketing” melampau ni…

  2. Sesiapa yang mengikuti perkembangan wangcyber tau la apa yang muaz a.k.a adnin ceritakan nie ye… :)

    menegakkan benang yang basah je…
    tapi satu je…mana tau satu hari nanti orang asli pun ada elektrik :P

  3. By Tina on April 2nd 2008

    Weh…
    Orang asli dah ada yg ada elektrik la…. Siap ada astro lagi…
    Dan kan ada vacuum yg guna bateri… Rechargeable pon ada…
    Heheh…

  4. Orang asli pun satu..
    ukurla baju badan sendiri..
    akalau dah takde letrik , janganla beli brangan elektronik.. :)

  5. Untuk makluman.. sebenarnya.. dalam contoh kes orang asli membeli vacum ini.. kedua-dua pihak (pembeli dan penjual) mempunyai kesalahan masing2…

    Si penjual.. tidak tahu rumah orang tu takde elektrik.. dia beranggapan, semua rumah ada elektrik.. jadi.. dia tidak memberikan penerangan yang sepenuhnya..
    Si pembeli.. tidak tahu vacum itu perlukan kuasa elektrik untuk digunakan.. cuma disebabkan teruja dengan kata-kata penjual bahawa mesin itu boleh menyenangkan kerja dia.. maka dia pun beli..

    Jadi.. masing2 ada kesilapan sendiri..

  6. Yang untung penjual sebab vacuum rege RM800 jual RM100k :p . Dah tuuu tak bley guna plak tu :p . Pastu orang komplen bising2 kata dengki kat Melayu hahahaha.

  7. syam, saya pun paham sgt dah dengan topik shuth kali ini.. amat lembut dan berhemah sekali topik yang shuth tulis nih.. harap-harap adalah ‘orang’ yang membaca topik ini turut serta komen. :D

    p.s: jeling kat makcik B yang tinggal kat kampung nelayan. :D

  8. By salihin aka klate on April 5th 2008

    senyum sakan saya baca topik lagu ni.. harap-harap ada banyak lagi topik lagu ni.. ha,ha.ha.

  9. market yg hebat pun agak2 la..hehe..
    hurm..market yg hebat..mmg nk wt nie..pning2 pk cmne..

  10. By zammat on April 14th 2008

    >teringat kartun flinstones,guna gajah sebagai vacuum.


Add your comment