Jom sembang-sembang…

Oklah.. hari sabtu & ahad ini saya akan lebih banyak bersosial, kepada pelawat-pelawat blog ini yang ingin bertemu dan berteman tapi mesra dengan saya.. bolehlah kita jumpa di salah satu event berikut.

Seminar Perniagaan Internet
9-12 pagi, Sabtu , 5 April 2008
Kolej INPENS , Pulau Indah

Saya akan berada di Kolej INPENS, PulauĀ  Indah, Klang.. memeberikan sedikit taklimat mengenai perniagaan internet kepada adik-adik student yang berminat untuk berniaga di internet. Seminar ini hanya terbuka kepada pelajar INPENS sahaja.

———————————–

Hi-TeaWanitaNiaga.com
3-5 ptg, Sabtu, 5 April 2008
Palace of Golden Horses, Mines

Ini adalah gathering/annual hi-tea bagi website WanitaNiaga.com , saya sebenarnya hanya menemani isteri saya untuk acara ini.. tapi dengar kata, ahli-ahli wangcyber yang lain pun ada join juga gathering nie… ada lah kawan kot.. :)

Maklumat lanjut ada kat sini, tak tahulah sama ada pendaftaran masih open lagi atau tidak ?

———————————–

Pelancaran Buku Rahsia Blogger
11-1 tgh, Ahad, 6 April 2008
Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC

Buku “Rahsia Blogger” sebenarnya sudah pun berada di pasaran sejak bulan November 2007 lagi, tapi .. sempena pesta buku antarabangsa ini, pihak penerbit “Truewealth Publishing” telah mengambil kesempatan untuk melancarkan buku-buku terbitan mereka. Salah satunya ialah buku “Rahsia Blogger“… insyallah.. saya akan berada disitu sewaktu majlis pelancaran tersebut..

Jumpa disana yer! Yosh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 thoughts on “Jom sembang-sembang…

  1. Yup seronok gak ari tuh jumpa Shuth, Amirol, Labanon, Zafhran, Hilmi Kak Lyn dan rakan rakan baru dari Wanita Niaga. Agak agak bila wang cyber nak buat gathering yer shuth :smile:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>