16
Apr
08

Sistem vs marketing?

Hari ini saya ingin berkongsi tips tentang "sistem" di dalam perniahaan , saya rasa saya pernah menulis mengenai perkara ini di dalam blog ini dahulu. Sekejap saya cari…

hah jumpa pun!..

http://www.mohdsuhaimy.com/2008/02/29/siapa-buat-siapa/

http://www.mohdsuhaimy.com/2007/12/13/cuba-tinggalkan-bisnes-anda-willy-la-bro/

http://www.mohdsuhaimy.com/2007/09/05/usahawan-internet-kerja-sendiri-ahli-perniagaan/

 

Cuma hari ini saya ingin bercerita lagi mengenai sistem apabila melihat sebuah kompeni yang kucar-kacir kerana membuat aktiviti "marketing secara melampau".. sedangkan sistem perniagaan mereka masih lagi huru-hara dan tidak teratur..

Melihat kepada keadaan itu timbul di dalam fikiran saya.. yang manakah yang lebih penting?

Jika saya ada "duit lebih" sedikit, kemanakah harus saya gunakan duit tersebut? Adakah menggunakannya untuk memperbaiki sistem perniagaan saya atau menggunakan duit tersebut untuk membuat marketing? Senang kata "Sistem VS Marketing"..

 

Tidak dinafikan.. kedua-dua perkara adalah penting untuk sesebuah perniagaan… namun begitu kedua-dua perkara itu perlulah seimbang.

 

Sistem yang kuat.. marketing yang lemah… =  bisnes slow..

Sistem yang lemah.. marketing yang kuat.. = bisnes kucar kacir..

 

Ada sesetengah kompeni terlalu mementingkan "marketing" dan mengabaikan "sistem". Itu yang akhirnya.. apabila ada "segerombolan" pelanggan yang datang berpusu-pusu untuk mendapatkan produk @ perkhidmatan dari syarikat mereka..  kakitangan mereka tidak cukup kaki dan tangan untuk melayan pelanggan..  stok habis… komputer down.. kakitangan tak tahu apa2 tentang produk.. pelanggan terpaksa menunggu lama..  telefon tak berjawap.. tempahan tidak diterima dan bermacam-macam lagi.

Akhirnya.. pelanggan kecewa dan membatalkan niat untuk mendapatkan produk @ perkhidmatan anda… rugilah anda berbelanja besar-besaran untuk membuat marketing sebelum ini. Tambah lebih buruk lagi.. pelanggan yang kecewa tadi.. menghebah-hebahkan pula tentang "ketidakbagusan" perniagaan anda.

Semuanya.. gara-gara sistem perniagaan yang tidak "mantap" @ tidak bersedia.

Oleh itu.. sebelum anda membuat aktiviti "pemasaran" secara besar-besaran.. pastikan terlebih dahulu sistem perniagaan anda sudah lengkap dan bersedia untuk menerima kedatangan pelanggan yang berpusu-pusu.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


9 Responses to “Sistem vs marketing?”


  1. 1 zaidirazali Apr 16th, 2008 at 9:23 am

    wah..tips yang berguna sama ada bisnes online mahupun offline..bukan dalam bisnes sahaja, tetapi apa jua perkara, perlu ada sistem supaya lebih teratur dan bukan sekadar ikut “mood” sahaja :)

  2. 2 qville Apr 17th, 2008 at 4:02 am

    Tepat skali Shuth, So kena buat :

    sistem kompeni kuat, marketing kuat
    sistem kompeni lemah, marketing juga mesti lemah

    macam tu baru bleh maintain. Macam tu ker. Tapi rasanya julat keuntungannya pasti amat berbeza.

  3. 3 saharman Apr 17th, 2008 at 4:44 am

    Puan Ainon sifu PTS selalu berpesan bila mulakan bisnes ikut contoh Nabi S.A.W berdakwah . Pada awal 3 tahun pertama mulakan dengan secara perlahan dan mantapkan dulu kedudukan dan belajar , lepas tu baru lah buat promosi besaran bila dah mantap .

  4. 4 naem | diariadsense Apr 17th, 2008 at 5:04 am

    saya sedang buat marketing utk ebook saya…mudah2an tak bermasalah dari segi sistem..

  5. 5 ecaros Apr 17th, 2008 at 4:10 pm

    Saya tertarik ayat bro “Sistem yang kuat.. marketing yang lemah… = bisnes slow..
    Sistem yang lemah.. marketing yang kuat.. = bisnes kucar kacir..”…

    Ramai yg tumpu marketing je tp sistem buat endah x endah kesannya buat biz xsampai 1 thn dah kantoi…Saya ni masih baru dalam ebiz(newbie) tp dah byk yg saya lihat biz yg hebat2 yg dibuat oleh IM2 tapi xmaju2 pun sampai sekarang. Saya hairan kenapa xmaju2. Nak kata produk tu kolot xde lah, cara marketing diorang pun hebat jugak.

    Apabila baca article nih rasanya saya dah temui sbb utama kenapa biz diorang xmaju2…mungkin sbb sistem diorang xhebat marketing…

    Saya pun tgh hasilkan ebook pertama sekarang…harap2 time publish jap ag xdelah masalah marketing atau sistem…kena nuntut ilmu dlu dgn otai2 r jawabnya…menyesal giler la kalau tersilap langkah sbb ebook pertama ni saya beri 200% utk menghasilkan yg terbaik setakat kemampuan saya…huhu..

  6. 6 kasimo Apr 18th, 2008 at 9:16 am

    betul tu…. walau pun profit tu lambat nak masuk kalu nak mantapkan sistam tapi untuk jangka masa yan panjang cara ini berbaloi….

    good info shuth

  7. 7 mann Apr 19th, 2008 at 7:42 pm

    Shuth atau sesiapa boleh bagi satu servis popular utk digital delivery.
    tak tahu nak pilih yang mana sesuai.

    terima kasih.

  8. 8 Han Apr 23rd, 2008 at 11:07 am

    dua2 penting…
    takde satu memang tak lengkap…
    benda ni memang dilahirkan bersama…
    jadi tidak boleh takde satu yang takde…hehe

    han

  9. 9 mr.eims Apr 23rd, 2008 at 3:34 pm

    Erm..maknanya jangan la terburu2 buat bisnes..plan dulu supaya kedua2nya seimbang,,baru ok..

Leave a Reply




Email Subscriber

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner