kambing pun ada rahsia?
Ok! kali ini tiada tips mengenai pengurusan wang mahupun perniagaan internet. Hari ini saya hanya ingin maklumkan kepada semua pembaca blog ini tentang projek terbaru saya… iaitu “RahsiaKambing.com“.

Projek “RahsiaKambing.com” ini adalah merupakan projek kedua saya bersama saudara Farid (penulis besama buku rahsia blogger). Ya! suatu perkara yang mungkin anda tidak tahu… saudara farid juga sebenarnya adalah seorang penternak kambing. Beliau telah memulakan projek penternakan kambing ini sejak setahun yang lalu.
RahsiaKambing.com adalah sebuah website yang menawarkan sebuah ebook panduan bagaimana memulakan penternakan kambing. Ebook tersebut ditulis oleh saudara Mohammed Farid dengan sepenuh perasaan. Menceritakan dari A-Z tentang penternakan kambing.
Saya? saya sebenarnya hanya menolong saudara mohammed farid memasarkan ebook tulisan beliau ini menggunakan kaedah “pemasaran internet”. (tapi.. takderla tolong kosong je! kira JV la…)
Apa yang menariknya, untuk projek RahsiaKambing.com ini , saya telah berjaya membuatkan ia berfungsi secara automatik 100%. Saya tidak perlu lagi menyemak bukti bayaran pelanggan… dan juga tidak perlu menghantar ebook tersebut secara manual. Semuanya berjalan secara automatik.. pelanggan membeli dan membuat bayaran melalui maybank2u, fpx, kad kedit, pospay, mobile money dan sebagainya…. dan kemudian, mereka akan dapat terus ebook tersebut secara automatik. Tak perlu lagi nak tunggu 24 jam setelah membuat bayaran, barulah dapat email download link.
Semuanya automatik dan anda akan menerima ebook anda on the spot!… walaupun pada pukul 3.24 pagi.
Kalau anda tak percaya.. bolehlah test beli!.. oh! ho! ho! ho! ho!..
Oklah! Itulah sahaja pengumuman ringkas mengenai projek terbaru saya untuk kali ini.
Sekian, terima kasih….lawati RahsiaKambing.com
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

hohoho..Memang best dengan kambing ni,tapi salah cara..rugi sebab sesetengah baka kambing memang cerewet. Bila sekor kena selsema,boleh jangkit satu kandang.Silap silap leh mati kalo teruk (pengalaman ni).
Family saya terlibat dalam ternakan kambing,lembu,kerbau..memang niche yang bagus..:)
Saya nak kawin pun dapat sponsor lembu. :p. Ada la jugak orang sponsor.
saya juga ada pengalaman bela kambing. dulu masa kat kampung, ayah saya ada bela kambing jenis Janapari. waktu beli tu adalah 7 ekor. kemudian beranak jadi 11 ekor.
waktu tu saya la tukang gembala kambing ni. yang tak larat kambing ni kalau dilepaskan akan pergi meragut ke kawasan yang jauh. kadang-kadang sampai sehari tak balik ke kandang (bela stail kampung, tak sistematik).
last-last jual semua kambing ni dengan satu tokei kat Melaka. Lepas tu beli pula kambing biri-biri 3 ekor. sekarang tinggal seekor yang tengah bunting. dua ekor dah kena korban buat kenduri hari tu..
selain kambing saya juga ada 7 ekor kerbau (asalnya 2 ekor, beranak pinak jadi 7). La ni, ada la orang kat kampung tu tolong tengok2kan kerbau ini.
pergh! gempak pojek nih! produk gini jarang ader kat internet! musti sold out cam ‘goreng pisang panas sodap dimakan begitu ajo’! congratz you both!!! emmm… tak wat affiliate ker… huhuhu…..
huhu shuth.. akhirnya ada juga panduan penternakan kambing ni dipasaran. Dah lama dok menantikan sapa yang ada buat sebab saya berminat nak tau pasal penternakan kambing ni.
Tentang cara pembayaran tu, saya dah test dan amat tertarik terutama sekali fungsi shuth deliver username n password ebook tu… username and password ebook tu set pada system netbuilder atau shuth ada guna mailloop skali?
untuk deliver username & password tu bukan guna mailloop atau netbuilder punya sistem, sistem tu customized develop sendiri..
tapi haritu saya ada chat ngan orang IMC, diorang kata, untuk versi ebookpro7 akan datang, diorang akan ada sistem deliver yang lebih kurang macam nie dan mungkin diorang akan kenakan sedikit yuran bulanan. kena tunggu jerla amirol..
Ye ke shuth? customize sendiri? menarik tu. .. blh jadi produk sendiri untuk jual gak tu.
Bagus jugak kalau ada fungsi yang IMC nak sediakan untuk deliver username & password ebookpro ni. nak kena tengoklah berapa harga yuran bulanan tu. berbaloi atau tidak.
Thanks again.
huhu. best. memang best.
ideas make money =) congrat bro! pasal sistem ni memang sy teruja sbb fully automatik. pembeli pun puas ati. hm… tp bro mcm all fully automatik ni ada tak kelemahannya?
Menarik gak ek..
Saya minat gak dalam bidang penternakan nie..
Cuma masa je takde coz still blaja lagi kan..:)
Memang tertarik dengan cara sistem shuth..
Bisnes automatik je.. Saya pengguna sempoihosting dah dapat tau kehebatan sistemnya.. Caiyoklah..
tentang kambing saya agak sukar menceburi memandangkan kawasan rumah kurang luas..
salam..
wow..saya makin kagum dengan shuth ni..
sy tertarik sangat dengan cara pembayaran 100% automatik yg shuth cakap 2..
puas sy pikir macam mane la shuth buat..tapi stil x dapat tangkap..tapi sy rasa mungkin borang optin sebelum buat pembayaran 2 ade kene mengene..betul x??
shuth, sy tol2 teruje la dengan cara pembayaran auto 2..shuth ajar la camne nak buat..