Archive for April, 2008



08
Apr

Blog Jana Pendapatan Lumayan

blog0001

Keratan akhbar KOSMO (8 April 2008). Klik pada gambar untuk melihat paparan yang lebih besar.

Kebiasaannya, orang ramai  menggunakan blog sebagai tempat untuk mencurahkan idea dan perasaan atau menceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling, tetapi jika kena caranya, ia sebenarnya  mampu menjadi ‘lubuk duit’

Jangan lupa dapatkan buku "Rahsia Blogger" dan ketahui "cara yang betul" membuat duit dari blog.

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

04
Apr

Jom sembang-sembang…

Oklah.. hari sabtu & ahad ini saya akan lebih banyak bersosial, kepada pelawat-pelawat blog ini yang ingin bertemu dan berteman tapi mesra dengan saya.. bolehlah kita jumpa di salah satu event berikut.

Seminar Perniagaan Internet
9-12 pagi, Sabtu , 5 April 2008
Kolej INPENS , Pulau Indah

Saya akan berada di Kolej INPENS, Pulau  Indah, Klang.. memeberikan sedikit taklimat mengenai perniagaan internet kepada adik-adik student yang berminat untuk berniaga di internet. Seminar ini hanya terbuka kepada pelajar INPENS sahaja.

———————————–

Hi-TeaWanitaNiaga.com
3-5 ptg, Sabtu, 5 April 2008
Palace of Golden Horses, Mines

Ini adalah gathering/annual hi-tea bagi website WanitaNiaga.com , saya sebenarnya hanya menemani isteri saya untuk acara ini.. tapi dengar kata, ahli-ahli wangcyber yang lain pun ada join juga gathering nie… ada lah kawan kot.. :)

Maklumat lanjut ada kat sini, tak tahulah sama ada pendaftaran masih open lagi atau tidak ?

———————————–

Pelancaran Buku Rahsia Blogger
11-1 tgh, Ahad, 6 April 2008
Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC

Buku “Rahsia Blogger” sebenarnya sudah pun berada di pasaran sejak bulan November 2007 lagi, tapi .. sempena pesta buku antarabangsa ini, pihak penerbit “Truewealth Publishing” telah mengambil kesempatan untuk melancarkan buku-buku terbitan mereka. Salah satunya ialah buku “Rahsia Blogger“… insyallah.. saya akan berada disitu sewaktu majlis pelancaran tersebut..

Jumpa disana yer! Yosh!

01
Apr

Orang asli beli vacum?

Marketing… adalah merupakan jantung kepada sesebuah perniagaan. Lagi hebat “marketing” yang dilakukan.. maka.. lagi hebatlah perniagaan tersebut. Sale bertambah.. Branding meningkat naik dan sudah pastinya, keuntungan juga akan mencanak-canak naik..

Namun begitu, satu perkara yang perlu difahami ialah, marketing hanyalah sebuah alat, ia seperti sebilah pisau.. selain boleh digunakan untuk memotong bawang.. ia juga boleh digunakan untuk membunuh!

Ya! Marketing yang hebat.. boleh menaikkan sesebuah perniagaan dalam sekelip mata… dan ia juga.. mampu membunuh sesebuah perniagaan dalam sekelip mata.

Ingat tentang entry saya sebelum ini tentang 3 aspek yang akan menjadikan sesebuah perniagaan yang berjaya? Owner, product & marketing..

Ketiga-tiga aspek ini perlulah seimbang dan berada pada keadaan yang baik. Rosak salah satu daripadanya.. maka pincanglah perniagaan tersebut. Malahan.. silap haribulan.. boleh jatuh tersungkur dan bungkus.

Produk yang hebat, tetapi marketing yang kurang berkesan.. akan menjadikan perniagaan itu “slow” sedikit untuk berjaya..

Produk yang kurang bagus tetapi marketing yang hebat.. akan menjadikan perniagaan itu naik mendadak sekejap dan kemudian terus jatuh dan tersungkur..

Mengapa? Produk yang kurang bagus dengan marketing yang hebat akan menjadikan produk tersebut amat laris dan banyak pembelinya.. kemudian, apabila pembeli-pembeli tersebut menyedari produk tersebut tidak bagus.. maka akan timbullah banyak rungutan dan “complain” tentang produk tersebut… lagi hebat marketing dibuat.. lagi banyak produk dijual.. dan lagi banyak “complain” akan di dengar..

Akhirnya.. dalam sekelip mata.. perniagaan tersebut akan bungkus.

“Ada orang kata.. biasalah.. kalau jual apa-apa pun, pasti akan ada orang yang tidak puas hati.. “

Ya betul!.. jika 100 orang yang membeli dan 1-2 orang tidak berpuas hati.. itu adalah normal.. tetapi.. jika dalam 100 orang itu ada 20-30 orang yang tak bepuas hati.. heh? pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan produk tersebut.. perlulah selidik dan review semula produk tersebut.. usah memekakakan telinga dan terus menjual.. jika begitu..semakin pantaslah perniagaan itu akan tersungkur dan bungkus..

“Tiada produk yang sempurna.. setiap produk memerlukan masa untuk menjadi sempurna”..

Sememangnya setiap produk memerlukan masa untuk ber”evolusi” dan menjadi lebih baik…. itu tidak dinafikan.. windows dan proton antara contoh produk yang memerlukan masa untuk berevolusi.. tetapi pastikan proses “evolusi” itu berlaku dengan pantas untuk menjamin kesinambungan jangka hayat perniagaan… jika tidak.. bungkuslah jawapnya..

Marketing strategy juga perlulah betul dan kena pada “target marketnya”… menjual vacum pada orang-orang asli yang tidak mempunyai bekalan elektrik dirumah walaupun boleh laku tetapi ia akan menimbulkan kemarahan.

Memanglah vacum itu boleh berfungsi… tapi jika dijual dikawasan orang asli yang tiada bekalan elektrik.. apa kejadahnya? Sudah pastinya.. mengamuklah orang-orang tersebut..

“Ko kata bendalah nie boleh membersihkan rumah dengan sekelip mata tanpa perlu bersusah payah dan mengeluarkan peluh? Tapi tak boleh pakai pun? Habis duit aku beribu-ribu bayar untuk beli bendalah nie.. penipusss ujar orang asli tersebut..

Dalam kes ini, siapa yang perlu dipersalahkan?.. Penjual atau pembeli?…

Lu pikir lah sendiri… yosh!