Archive for May, 2008

28
May

Tips Menangani Inflasi

Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak barang yang naik harga. Semuanya berpunca dari kenaikan harga minyak. Harga minyak naik -> kos pengangkutan naik -> kos pengeluaran produk naik -> harga barang pun naik ler.

Pendek kata, kalau harga minyak naik.. semua barang pun akan turut naik harga. Dan secara tidak langsung.. maskahwin juga berkemungkinan akan naik. Dengan itu, saya menyeru kepada labanon semua yang masih lagi “suci dalam debu” dan telah berkemampuan itu, berkahwinlah kamu sebelum kamu dikahwinkan. Hah?

Patah balik kepada cerita inflasi, inflasi boleh dibahagikan kepada 2 peringkat.

Peringkat pertama adalah kadar inflasi negara. Yang ini memang kita tidak boleh nak kawal.. ianya terletak diluar kuasa/kawalan kita.. kalau harga minyak nak naik.. ia akan naik.. kita sebagai individu tidak akan dapat menghalang atau mengawal kenaikan harga minyak tersebut. Kadar kenaikan inflasi ini biasanya tidak banyak. dalam 2-4% setahun. Perkara ini biar kerajaan dan bank negara yang uruskan.

Peringkat kedua adalah kadar inflasi keluarga. Macam mana tu? Contohnya.. dulu sewaktu kita kecil-kecil, ayah kita belanja abc tepi jalan pun, kita rasa dah ok sangat… tapi sekarang.. anak-anak kita.. ajak makan abc tepi jalan.. aiseh! jatuhlah standard. Kalau nak makan abc , kena gi baskin robins. (ada ke abc kat baskin robins? oh!) .

Contoh lain… jika dulu sekeluarga makan KFC sebulan sekali, tapi sekarang.. makan KFC seminggu sekali.

Jika dulu kalau nak beli burger just singgah mana2 stall burger tepi jalan.. tapi sekarang, kalau nak beli burger mesti tepon 1300-13-1300.

Jika dulu cuma tgk 6 channel TV (TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9) sekarang sudah tengok lebih 80 channel (Astro ler)

Kadar inflasi peringkat kedua inilah yang selalunya mempunyai kadar peningkatan yang tinggi setiap tahun… kenaikkannya boleh mencecah sehingga 10% , 30% , 75% mahupun 125% setahun. Namun begitu, satu berita gembira, anda boleh mengawal kadar inflasi peringkat kedua ini. Untuk mengawalnya.. anda perlulah berbincang dan bersepakat bersama semua ahli di dalam keluarga. Kalau tidak.. sudah juga. Yerla.. si ayah beli baju setahun sekali.. si anak beli baju sebulan sekali dan baju tersebut pula mesti anda tanda right!. Si anak berehat di kantin sekolah, si ibu pula berehat di mcD setiap hari. Susah ler nak kawal kadar inflasi kalau macam tu.. so.. kena sepakat dan bekerjasama.

Ok!.. itu cerita pasal peringkat inflasi.. sekarang saya nak bagi beberapa tips untuk anda mengawal kadar inflasi.

1) Menonton movie secara online!. Ya.. tahukah anda, anda kini boleh menonton movie secara online dengan PERCUMA! adakah saya ada mengatakan perkataan PERCUMA tadi? Tak percaya? Percayalah~~~~ (kata siti nurhaliza).. malah, saya baru sahaja menonton filem INDIANA JONES yang terbaru tadi. Ianya percuma sahaja! Tak perlu menghabiskan duit di panggung wayang dan berasak-asak beratur panjang membeli tiket. Apa yang lebih menarik, anda bukan sahaja boleh menonton filem yang ditayangkan di Malaysia, tapi.. filem2 yang tak masuk malaysia pun anda boleh tgk sekali.

Tak caya? Pergi tengok kat Watch Movies Online. Memanglah.. kualitinya agak kurang sedikit (standard cd pirate) dan tiada subtitle bahasa melayu. Tapi! okla tu.. free je kan?..
2) Brand No More! . Ya.. sesuatu barang itu akan menjadi mahal disebabkan jenama. dan jenama ini pula biasanya mengambarkan 2 perkara.. kualiti dan juga gaya. Jika anda ingin membeli barangan yang berjenama.. pastikan jenama itu “berjenama” di sebabkan kualitinya, bukannya disebabkan “ayat-ayat bunga” yang memujuk anda untuk menjadi lebih bergaya. Tetapi, apa yang lebih penting, belilah sesuatu itu mengikut keperluan. Contohnya, jika anda hanya perlukan seutas jam tangan yang boleh menunjukkan anda masa, cukuplah sekadar membeli jam tangan yang tahan lasak sedikit yang mungkin berharga RM30-RM300. Tak perlulah beli jam tangan yang berharga sehingga RM3,000 - RM30,000. (Eh? ada beb orang beli jam tangan sampai RM3,000.. bukan jutawan pun mamat tu.. kerani je! Gua pernah jumpa beb orang macam nie..memang gua tak paham la beb kenapa dia sanggup beli jam semahal tu. Kena tipu kot? oh!).

Contoh lain, Jika anda perlukan sebuah handphone yang boleh membuat panggilan telefon, menghantar sms, berkamera, bermuzik, mempunyai sambungan internet 3G, wifi dan HDSPA kerana ia penting untuk kerja2 dan kehidupan seharian anda dan hanya N95 yang dapat memenuhi semua keperluan itu. Belilah N95 (dengan syarat mampulah).. i think it’s ok!. Perlu diingat.. anda membelinya untuk memenuhi keperluan anda.. bukannya untuk memenuhi “gaya” anda.

Pendek kata, beli sesuatu itu untuk keperluan & kualiti.. bukan untuk jenama @ gaya.

Okla.. itu je 2 tips yang “luar biasa sedikit” yang dapat saya fikirkan buat masa ini. Tips-tips biasa yang lain seperti berhenti merokok, kurangkan makan diluar, kurangkan bahan majalah picisan dan sebagainya.. itu saya rasa anda sudah boleh fikirkan sendiri..

Sekian, untuk kali ini.. yosh!

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

21
May

Reserve Fund @ Dana Kecemasan

Andaikata, jika hari ini, sewaktu anda dalam perjalanan ke tempat kerja.. tiba-tiba kereta yang anda pandu, terhenti enjinnya.  Kemudian, apabila dibawa ke bengkel, mekanik bengkel mengatakan, timing belt kereta anda putus dan sekaligus merosakkan enjin kereta anda. Kos untuk memperbaikinya ialah RM2,500..

Hah? Dimanakah anda mahu mendapatkan wang sebanyak itu?

Kemudian, balik ke rumah, dengan keadaan yang penat dan dahaga, anda membuka peti sejuk di rumah anda untuk mengambil satu tin air minuman, malangnya.. peti sejuk rumah anda rosak pula!. Tiada air sejuk untuk anda, sayur-sayuran dan daging di dalam peti sejuk pula mula berbau semacam. Aiseh.. Kalau nak beli peti ais baru, kosnya dalam RM900

Hah? Dimanakah anda mahu mendapatkan wang sebanyak itu?

Duduk di sofa, cuba menonton TV.. apabila cuba on TV, tapi TV tak on on pula.. TV pun rosak?
Kos untuk TV baru.. RM500

Hah?  Dimanakah anda mahu mendapatkan wang sebanyak itu?

Tak boleh tgk TV, pasang laptop la… boleh juga tengok TV secara online. Suiz komputer di tekan… tapi selapas 10  minit, screen laptop masih juga gelap. Wah!.. ini sudah lebih.. laptop pun rosak? Kos untuk laptop baru.. RM2500.

Hah? Dimanakah anda mahu mendapatkan wang sebanyak itu?

Ya.. ya! itu hanyalah kisah dongeng dan rekaan semata-mata.. tak mungkin hidup anda akan ditimpa malang bertingkat-tingkat seperti itu.

Tetapi.. itulah kemungkinan-kemungkinan yang mungkin perlu kita hadapi di dalam kehidupan ini.

Cuba bayangkan, sekarang sudah dekat hujung-hujung bulan, gaji belum masuk lagi, duit dalam poket tinggal RM50 je.. tiba-tiba anda terlibat dalam kemalangan dan mangsa kemalangan yang anda langgar tersebut meminta RM500 sebagai ganti rugi.  Mana nak cekau duit?

Disinilah pentingnya anda memiliki “dana kecemasan” di dalam hidup anda. Dana kecemasan adalah sejumlah wang yang anda simpan di dalam bank, khusus untuk tujuan-tujuan kecemasan. Apakah “kecemasan-kecemasan” tersebut?… Semuanya seperti yang telah saya nyatakan diatas tadi, kereta rosak, peti sejuk rosak, tv rosak, mesin basuh rosak, terlibat dalam kemalangan malah.. ditangkap berkhalwat dan dipaksa berkahwin diberhentikan kerja juga boleh dimasukkan sekali sebagai salah satu perkara kecemasan.

Ianya adalah perkara-perkara yang perlu anda selesaikan dengan segera.. jika tidak.. ia akan menyusahkan lagi hidup anda. Itulah yang saya maksudkan dengan “kecemasan” disini.

Persoalannya, berapakah dana kecemasan yang perlu anda miliki?.. Sesetengah penasihat kewangan, mencadangkan, anda menyimpan 3 bulan gaji sebagai dana kecemasan anda. Contohnya, kalau gaji anda RM2,000 sebulan, maka.. anda perlulah ada RM6,000 sebagai dana kecemasan anda.

Ada sesetengah penasihat kewangan pula..  mencadangkan 6 bulan gaji!. Ianya sebenarnya terpulang kepada anda, ikut keselesaan anda.

Itu adalah anggaran dana bagi orang “makan gaji”.. bagaimana pula dengan usahawan/ orang yang bekerja sendiri?..

Sama aje sebenarnya, ikut keselesaan… tapi bagi saya… saya lebih selesa jika seseorang usahawan itu mempunyai dana kecemasan untuk 2 tahun gaji/ kos sara hidup beliau. Maklumlah,  untuk orang yang nak memulakan / terlibat dalam perniagaan ini, selalunya, ia mengambil masa 2-3 tahun untuk perniagaan mereka betul-betul stabil.

Oklah.. sekian tips untuk kali ini. Jika anda masih belum ada dana kecemasan… usah berlengah lagi. Bina dana kecemasan anda sekarang juga!. Susah hidup beb kalau takde dana kecemasan nie..

Oh! Sebut pasal dana kecemasan nie, ada satu survey sedang dijalankan di wangcyber berkenaan dana kecemasan ini, sila klik disini untuk menyertai survey tersebut.

Yosh!

16
May

Kad kredit.. ok ke ko?

Ada sesetengah pihak mengatakan, kad kredit adalah lambang kepada kemewahan… dan ada sesetengah pihak yang lain pula mengatakan sebaliknya, “kad kredit adalah punca kepada kehancuran kewangan anda…”

yang mana satu yang betul?…

suatu masa dahulu (sewaktu masih muda dan bujang), saya pernah berhutang dengan pihak bank menerusi kad kredit sebanyak RM3,000 dan saya mengambil masa hampir 2 tahun untuk melangsaikan hutang kad kredit tersebut.. memang rasa sedikit tension juga.. nak ikutkan.. hutang saya taklah banyak sangat.. RM3,000 je.. lepastu tiap-tiap bulan saya bayar.. tapi tak habis-habis… 2 tahun baru habis.. arghh!

tapi itu dulu…. sekarang?

Sekarang.. setiap bulan.. saya menggunakan kad kredit saya antara RM3,000 - RM7,000 sebulan.. tapi alhamdulilah.. hutang pinjaman kad kredit tersebut.. dapat saya langsaikan setiap bulan. Oh tidak! saya tidak menggunakan kad kredit saya untuk berjoli dan berdansa di disko-disko atau mana-mana pusat hiburan sehingga larut malam.. tetapi saya menggunakan kad kredit saya sebagai alat untuk “pusingan” modal bagi perniagaan internet saya.

Maklumlah, yuran webhosting, nama domain, autoresponder, ebook, membership dan sebagainya.. semuanya perlu dibayar secara online menggunakan kad kredit.

Kenapa tak guna kad debit?

Kad debit?.. hmm.. memang teringin juga nak buat, tapi asyik tak berkesempatan sahaja.. lagipun saya rasa saya tiada masalah di dalam menggunakan kad kredit ini.. jadi saya rasa better saya stick sahaja dengan kad kredit ini.

Apa yang saya suka di dalam menggunakan kad kredit ini ialah.. mengenai “point” yang diberi.. semakin banyak kita gunakan kad kredit, semakin banyak point yang kita akan dapat kumpulkan. Point tersebut pula boleh ditebus dengan apa-apa barang yang ditawarkan. Buat masa ini, saya telah berjaya menebus sebuah penimbang berat elektronik dan sebuah water boiler elektronik hanya dengan menggunakan “point” yang terkumpul daripada kad kredit tersebut.

Yuran kad kredit mahal?

Oh! percaya atau tidak… anda sebenarnya boleh untuk tidak membayar yuran tahunan kad kredit anda dengan hanya menelefon call center pengeluar kad kredit tersebut. Contohnya seperti maybank atau citibank.. call sahaja no customer service yang terdapat di belakang kad tersebut dan katakan kepada mereka, anda inginkan yuran percuma untuk kad anda.

Selalunya, jika mereka mendapati anda kerap menggunakan kad kredit anda, mereka tidak akan banyak songeh dan akan hapuskan yuran tahunan anda pada tahun itu dari sistem mereka. Tetapi, kalau mereka banyak songeh.. katakan pada mereka anda ingin batalkan kad kredit anda dan ingin pergi ke bank lain yang menawarkan pemilikan kad kredit secara percuma seumur hidup. Nescaya mereka akan bagi juga anda yuran percuma tersebut.

Apa yang saya cuba sampaikan disini.. saya pernah mengalami kedua-dua situasi, dimana saya “tidak bijak” dan “bijak” di dalam menggunakan kad kredit. Apa yang saya sedar.. kad kredit sebenarnya hanyalah satu “alat”, jika kita bijak menggunakannya.. ia boleh mendatangkan manfaat. Tetapi, jika kurang bijak di dalam menggunakannya.. ia boleh menjadi punca kepada kemusnahan hidup kita.

Kesimpulannya…… lu pikirlah sendiri!…. ho! ho! ho!




Email Subscriber

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner