05
May
08

macam-macam shuth..

Fuh!.. hampir seminggu blog ini tidak berupdate!.. otak pun dah beku.. takde idea nak tulis apa.. so.. saya tulis lah skit2 pasal kehidupan saya untuk beberapa minggu lepas..

Sejak kebelakangan ini saya  memang agak sibuk. Bulan lepas seminggu saya pergi berkursus, kursus FreeBSD, Apache & mySQL.. memang rasa macam nak muntah. Hari-hari tgk command prompt.

Kemudian, balik rumah.. TV pulak rosak … disebabkan sibuk berkursus dan tak sempat nak gi ke kedai membuat survey dan beli TV, maka saya survey online sahaja dan nekad beli TV secara online. Saya sendiri macam tak percaya yang saya beli TV yang berharga RM1,899 secara online!. Fuhh.. nasib baik kompeni tu tak tipu.. (Eleh.. nak berlagak lah tu beli TV baru..) Oh! rileks la bro.. sekali-sekala…. anggap ia sebagai motivasi kay!.. ahak!

Saya buat survey di website lelong sahaja dan mengambil keputusan nekad untuk cuba membelinya , ini website lelong tersebut, dan ini pula website penjual TV tersebut,  www.ewarehouse.com.my. Bolehlah kot kalau sapa2 nak beli TV pasni kat website tu.

Kelmarin, saya melihat semula “azam-azam tahun baru” yang pernah saya tuliskan pada awal bulan januari yang lalu. Saya betul-betul tak sangka… “Memiliki TV LCD” adalah merupakan azam saya no -13. Memang tak sangka betul.. saya memang tak ingat langsung saya ada membuat azam tersebut. Patut lah masa nak beli TV tersebut hati saya macam rasa “ok” je.. oh!

Pengajarannya : Lihat semula azam anda.. dah berapa banyak yang dah tercapai? Dah nak dekat setengah tahun dah nie.. oh!

Esok, saya akan ke Johor Bahru pula selama 3 hari untuk menguruskan seminar 2 hari… so.. mungkin akan kurang ber”online” , so.. kepada semua pelanggan2 sempoihosting, maskahwin & wangcyber.. mungkin order anda akan lewat sedikit untuk diproses. Mungkin lewat 6-8 jam.. (selalunya saya akan proses order dalam masa 30 minit)

Oh yer.. sebut pasal wangcyber, baru teringat… Cabaran WC sudah kembali. Saudara Ramfir  telah sudi menaja 2 cabaran sekaligus untuk bulan Mei/Jun ini… kepada mereka yang berminat nak menyertai cabaran tersebut, lawati Topik Cabaran WC di Forum WC sekarang. Ada hadiah menarik yang menanti anda.

ok.. sekian untuk kali ini. yosh!

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


7 Responses to “macam-macam shuth..”


  1. 1 Noorizam Shah May 9th, 2008 at 3:49 am

    seminar jomseminar tak pergi ke shuth?

  2. 2 shuth May 9th, 2008 at 4:45 am

    pergi… saya gi hari sabtu.. :)

  3. 3 arejae May 11th, 2008 at 3:17 pm

    oo..shuth pun main ngan FreeBSD gak yer.
    anyway…glad to meet you kat seminar tuh.sempoiii.. :)

  4. 4 emzek May 11th, 2008 at 4:39 pm

    Tahniah Shuth.. dah tercapai satu lagi azam untuk tahun ni.

  5. 5 zool May 13th, 2008 at 1:39 am

    Hm.. azam saya masih tak tercapai lagi…
    tapi takpe azam tahun lepas, memiliki rumah telah tercapai dan sekarang plak proses mencari ‘orang rumah’..
    ada sapa boleh tolong carikkan??
    He he he..

  6. 6 duit May 14th, 2008 at 6:42 pm

    nak cuba jugalah beli tv di internet…harap2 x tertipu….

  1. 1 syedkhalil.com » Tiada lagi Astro Pingback on Jun 13th, 2008 at 5:06 pm

Leave a Reply




Email Subscriber

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner