16
May
08

Kad kredit.. ok ke ko?

YouTube Preview Image

Ada sesetengah pihak mengatakan, kad kredit adalah lambang kepada kemewahan… dan ada sesetengah pihak yang lain pula mengatakan sebaliknya, “kad kredit adalah punca kepada kehancuran kewangan anda…”

yang mana satu yang betul?…

suatu masa dahulu (sewaktu masih muda dan bujang), saya pernah berhutang dengan pihak bank menerusi kad kredit sebanyak RM3,000 dan saya mengambil masa hampir 2 tahun untuk melangsaikan hutang kad kredit tersebut.. memang rasa sedikit tension juga.. nak ikutkan.. hutang saya taklah banyak sangat.. RM3,000 je.. lepastu tiap-tiap bulan saya bayar.. tapi tak habis-habis… 2 tahun baru habis.. arghh!

tapi itu dulu…. sekarang?

Sekarang.. setiap bulan.. saya menggunakan kad kredit saya antara RM3,000 - RM7,000 sebulan.. tapi alhamdulilah.. hutang pinjaman kad kredit tersebut.. dapat saya langsaikan setiap bulan. Oh tidak! saya tidak menggunakan kad kredit saya untuk berjoli dan berdansa di disko-disko atau mana-mana pusat hiburan sehingga larut malam.. tetapi saya menggunakan kad kredit saya sebagai alat untuk “pusingan” modal bagi perniagaan internet saya.

Maklumlah, yuran webhosting, nama domain, autoresponder, ebook, membership dan sebagainya.. semuanya perlu dibayar secara online menggunakan kad kredit.

Kenapa tak guna kad debit?

Kad debit?.. hmm.. memang teringin juga nak buat, tapi asyik tak berkesempatan sahaja.. lagipun saya rasa saya tiada masalah di dalam menggunakan kad kredit ini.. jadi saya rasa better saya stick sahaja dengan kad kredit ini.

Apa yang saya suka di dalam menggunakan kad kredit ini ialah.. mengenai “point” yang diberi.. semakin banyak kita gunakan kad kredit, semakin banyak point yang kita akan dapat kumpulkan. Point tersebut pula boleh ditebus dengan apa-apa barang yang ditawarkan. Buat masa ini, saya telah berjaya menebus sebuah penimbang berat elektronik dan sebuah water boiler elektronik hanya dengan menggunakan “point” yang terkumpul daripada kad kredit tersebut.

Yuran kad kredit mahal?

Oh! percaya atau tidak… anda sebenarnya boleh untuk tidak membayar yuran tahunan kad kredit anda dengan hanya menelefon call center pengeluar kad kredit tersebut. Contohnya seperti maybank atau citibank.. call sahaja no customer service yang terdapat di belakang kad tersebut dan katakan kepada mereka, anda inginkan yuran percuma untuk kad anda.

Selalunya, jika mereka mendapati anda kerap menggunakan kad kredit anda, mereka tidak akan banyak songeh dan akan hapuskan yuran tahunan anda pada tahun itu dari sistem mereka. Tetapi, kalau mereka banyak songeh.. katakan pada mereka anda ingin batalkan kad kredit anda dan ingin pergi ke bank lain yang menawarkan pemilikan kad kredit secara percuma seumur hidup. Nescaya mereka akan bagi juga anda yuran percuma tersebut.

Apa yang saya cuba sampaikan disini.. saya pernah mengalami kedua-dua situasi, dimana saya “tidak bijak” dan “bijak” di dalam menggunakan kad kredit. Apa yang saya sedar.. kad kredit sebenarnya hanyalah satu “alat”, jika kita bijak menggunakannya.. ia boleh mendatangkan manfaat. Tetapi, jika kurang bijak di dalam menggunakannya.. ia boleh menjadi punca kepada kemusnahan hidup kita.

Kesimpulannya…… lu pikirlah sendiri!…. ho! ho! ho!

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


15 Responses to “Kad kredit.. ok ke ko?”


  1. 1 Isman May 16th, 2008 at 5:03 pm

    Ya betul tu Shuth,kad kredit ada pro dan kontra , untuk kecemasan memang baik…tapi kalau nak enjoy, AWAS anda akan termenung panjangggg.

  2. 2 dauz May 17th, 2008 at 1:44 am

    [quote comment=""]Ya betul tu Shuth,kad kredit ada pro dan kontra , untuk kecemasan memang baik…tapi kalau nak enjoy, AWAS anda akan termenung panjangggg.[/quote]

    Hoho…Kalau muda lagi baik guna kad debit kerana anda dapat budget perbelanjaan…tapi terpulang la..kalau kaya takpe hehe

  3. 3 Noorizam Shah May 17th, 2008 at 3:25 pm

    so far, saya masih lagi tak bersedia nak pakai kad kredit.. tak tau kenapa.

    Mungkin bagi saya kad debit lebih selamat. Yang tak selamat pakai kad debit ialah bila keadaan kecemasan.. mana nak cekau duit wooo.

  4. 4 Muaz May 18th, 2008 at 10:36 am

    [quote comment=""]so far, saya masih lagi tak bersedia nak pakai kad kredit.. tak tau kenapa.

    Mungkin bagi saya kad debit lebih selamat. Yang tak selamat pakai kad debit ialah bila keadaan kecemasan.. mana nak cekau duit wooo.[/quote]
    [quote comment="5338"]so far, saya masih lagi tak bersedia nak pakai kad kredit.. tak tau kenapa.

    Mungkin bagi saya kad debit lebih selamat. Yang tak selamat pakai kad debit ialah bila keadaan kecemasan.. mana nak cekau duit wooo.[/quote]

    Kah5 :D .

    Time nih kepala otak *etan bagi macam2 idea :p

  5. 5 titan May 18th, 2008 at 11:53 am

    Hehe, jika tahu pakai. Tahulah camana nak bayar. Kita kenela bijak. HEhe..

  6. 6 drInspirasi May 18th, 2008 at 2:56 pm

    Bagi pendapat saya, kad kredit ada kelebihannya. Tapi cuma kena pastikan dari segi kadar faedahnya. Gunakan kad kredit yang disediakan oleh Bank Islam jika takut terlibat dengan riba. Untuk lebih selamat guna kad debit supaya kita senang meletakkan batas pada pembelanjaaan kita.:-)

  7. 7 Otai Pasar Malam May 18th, 2008 at 8:41 pm

    [quote comment=""]Hehe, jika tahu pakai. Tahulah camana nak bayar. Kita kenela bijak. HEhe..[/quote]

    Pandai pun….. kalau tak dak pun susahgak

  8. 8 NayanMohd May 19th, 2008 at 1:29 am

    Kad Kredit??

    OK - jika tau guna dgn betul dan ada sumber untuk bayar balik apa yg dah guna.

    KO - jika tak tahu guna dgn betul dan hanya tau guna tapi tak tau nak bayar balik.

  9. 9 Sawi busuk May 19th, 2008 at 8:01 am

    Kad kredit mesti ada sebab kalau buat bisnes online…. tu yang no 1???

  10. 10 zool May 19th, 2008 at 2:24 pm

    Saya ada kad kredit tapi tak penah menggunakannya…
    Masih ketakutan untuk menggunakannya..
    Kad debit masih belum didaftar lagi..
    Apa2 pun saya setuju dengan shuth..
    Kena bijak mengatur kewangan..
    Kalau pandai guna mesti pandai bayar…

  11. 11 Jutawan Pasar Malam May 20th, 2008 at 6:08 am

    [quote comment=""]Saya ada kad kredit tapi tak penah menggunakannya…
    Masih ketakutan untuk menggunakannya..
    Kad debit masih belum didaftar lagi..
    Apa2 pun saya setuju dengan shuth..
    Kena bijak mengatur kewangan..
    Kalau pandai guna mesti pandai bayar…[/quote]

    Saya pernah kata dalam perniagaan jangan takut keluar modal… kalau takut anda hanya layak makan gaji dan jadi kuli orang seumur hayat… penggunaan kad kredit amat penting dewasa ini untuk urusan jual beli barang … tambahan dalam perniagaan Internet?????

  12. 12 Fizi May 20th, 2008 at 5:00 pm

    Oh.. rahsia untuk mendapatkan yuran tahunan percuma tu saya tak tau lagi sebelum ni.. so shuth utk Citibank tu boleh la saya contact call center utk dpt kan yuran free tu kan?

  13. 13 atilia Jun 2nd, 2008 at 1:59 am

    pada pendapat kitaler,, kad kredit ni penting gak sebab2 kecemasan… hospital yang nak letak deposit gitu,, hotel gak kot2 ler terkandas, kereta tiba2 nak masuk bengkel kat perjalanan & nak booking airasia… kiranyer kalau bayo dalam tempoh ditetapkan memang berbaloi.. dapat point lagi.. semalam beli barang rumah kat Giant gunakan SCB c/card dapat gak rebat 8%,, isi minyak kat BP pun dapat rebat.. okler tu…
    Tapi kalau tak berbayo @ bayo minima alamat ler… macam pinjam kat Ahlong ler jugak…

  14. 14 nabieel Jun 3rd, 2008 at 9:12 pm

    ada sesiapa tahu tentang kad tune money?

    dengar under visa tp bukan kredit atau debit kad..

    ia seakan-akan prepaid card..top up dulu baru bayar..

    http://www.tunemoney.com

  15. 15 nabieel Jun 3rd, 2008 at 9:14 pm

    silap cakap plak pagi2 ni..

    topup dulu, baru guna..

Leave a Reply