Reserve Fund @ Dana Kecemasan
May 21st, 2008, by shuth

Reserve Fund @ Dana Kecemasan

Andaikata, jika hari ini, sewaktu anda dalam perjalanan ke tempat kerja.. tiba-tiba kereta yang anda pandu, terhenti enjinnya.  Kemudian, apabila dibawa ke bengkel, mekanik bengkel mengatakan, timing belt kereta anda putus dan sekaligus merosakkan enjin kereta anda. Kos untuk memperbaikinya ialah RM2,500..

Hah? Dimanakah anda mahu mendapatkan wang sebanyak itu?

Kemudian, balik ke rumah, dengan keadaan yang penat dan dahaga, anda membuka peti sejuk di rumah anda untuk mengambil satu tin air minuman, malangnya.. peti sejuk rumah anda rosak pula!. Tiada air sejuk untuk anda, sayur-sayuran dan daging di dalam peti sejuk pula mula berbau semacam. Aiseh.. Kalau nak beli peti ais baru, kosnya dalam RM900

Hah? Dimanakah anda mahu mendapatkan wang sebanyak itu?

Duduk di sofa, cuba menonton TV.. apabila cuba on TV, tapi TV tak on on pula.. TV pun rosak?
Kos untuk TV baru.. RM500

Hah?  Dimanakah anda mahu mendapatkan wang sebanyak itu?

Tak boleh tgk TV, pasang laptop la… boleh juga tengok TV secara online. Suiz komputer di tekan… tapi selapas 10  minit, screen laptop masih juga gelap. Wah!.. ini sudah lebih.. laptop pun rosak? Kos untuk laptop baru.. RM2500.

Hah? Dimanakah anda mahu mendapatkan wang sebanyak itu?

Ya.. ya! itu hanyalah kisah dongeng dan rekaan semata-mata.. tak mungkin hidup anda akan ditimpa malang bertingkat-tingkat seperti itu.

Tetapi.. itulah kemungkinan-kemungkinan yang mungkin perlu kita hadapi di dalam kehidupan ini.

Cuba bayangkan, sekarang sudah dekat hujung-hujung bulan, gaji belum masuk lagi, duit dalam poket tinggal RM50 je.. tiba-tiba anda terlibat dalam kemalangan dan mangsa kemalangan yang anda langgar tersebut meminta RM500 sebagai ganti rugi.  Mana nak cekau duit?

Disinilah pentingnya anda memiliki “dana kecemasan” di dalam hidup anda. Dana kecemasan adalah sejumlah wang yang anda simpan di dalam bank, khusus untuk tujuan-tujuan kecemasan. Apakah “kecemasan-kecemasan” tersebut?… Semuanya seperti yang telah saya nyatakan diatas tadi, kereta rosak, peti sejuk rosak, tv rosak, mesin basuh rosak, terlibat dalam kemalangan malah.. ditangkap berkhalwat dan dipaksa berkahwin diberhentikan kerja juga boleh dimasukkan sekali sebagai salah satu perkara kecemasan.

Ianya adalah perkara-perkara yang perlu anda selesaikan dengan segera.. jika tidak.. ia akan menyusahkan lagi hidup anda. Itulah yang saya maksudkan dengan “kecemasan” disini.

Persoalannya, berapakah dana kecemasan yang perlu anda miliki?.. Sesetengah penasihat kewangan, mencadangkan, anda menyimpan 3 bulan gaji sebagai dana kecemasan anda. Contohnya, kalau gaji anda RM2,000 sebulan, maka.. anda perlulah ada RM6,000 sebagai dana kecemasan anda.

Ada sesetengah penasihat kewangan pula..  mencadangkan 6 bulan gaji!. Ianya sebenarnya terpulang kepada anda, ikut keselesaan anda.

Itu adalah anggaran dana bagi orang “makan gaji”.. bagaimana pula dengan usahawan/ orang yang bekerja sendiri?..

Sama aje sebenarnya, ikut keselesaan… tapi bagi saya… saya lebih selesa jika seseorang usahawan itu mempunyai dana kecemasan untuk 2 tahun gaji/ kos sara hidup beliau. Maklumlah,  untuk orang yang nak memulakan / terlibat dalam perniagaan ini, selalunya, ia mengambil masa 2-3 tahun untuk perniagaan mereka betul-betul stabil.

Oklah.. sekian tips untuk kali ini. Jika anda masih belum ada dana kecemasan… usah berlengah lagi. Bina dana kecemasan anda sekarang juga!. Susah hidup beb kalau takde dana kecemasan nie..

Oh! Sebut pasal dana kecemasan nie, ada satu survey sedang dijalankan di wangcyber berkenaan dana kecemasan ini, sila klik disini untuk menyertai survey tersebut.

Yosh!

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

5 comments Subscribe Comments

  1. sial betul kalau jadi mcm tu…hehe
    memang hari yang paling sial ar…

    bagi saya, cukuplah 3 bulan gaji…

  2. bagi aku, biar ada daripada tak ada langsung.

  3. tersenyum sendiri saya membaca post kali ini. Dana kecemasan ni dalam erti kata lain wang dikala suntuk. Tabiat saya sendiri, simpan pas tu cekau balik. Ejejeje . Tu pasal saya lebih gemar gunakan simpanan tetap yang hanya menggunakan buku. lebih selamat dari nafsu kendiri.

  4. Dana kecemasan saya habis bcoz beli rumah..kena kumpul balik. Tapi kalau terdesak sgt, akaun anak-anak saya boleh jadi dana kecemasan juga :)

  5. mungkin yang biasa saya dengar dana ni disebut contigency..
    dana ni biasa diperlukan pada sesuatu masa “unpredicted event”
    saya ada membaca buku, dia cadangkan sekurang2 kita ada contigency setahun daripada pendapatan..


Add your comment