Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak barang yang naik harga. Semuanya berpunca dari kenaikan harga minyak. Harga minyak naik -> kos pengangkutan naik -> kos pengeluaran produk naik -> harga barang pun naik ler.
Pendek kata, kalau harga minyak naik.. semua barang pun akan turut naik harga. Dan secara tidak langsung.. maskahwin juga berkemungkinan akan naik. Dengan itu, saya menyeru kepada labanon semua yang masih lagi “suci dalam debu” dan telah berkemampuan itu, berkahwinlah kamu sebelum kamu dikahwinkan. Hah?
Patah balik kepada cerita inflasi, inflasi boleh dibahagikan kepada 2 peringkat.
Peringkat pertama adalah kadar inflasi negara. Yang ini memang kita tidak boleh nak kawal.. ianya terletak diluar kuasa/kawalan kita.. kalau harga minyak nak naik.. ia akan naik.. kita sebagai individu tidak akan dapat menghalang atau mengawal kenaikan harga minyak tersebut. Kadar kenaikan inflasi ini biasanya tidak banyak. dalam 2-4% setahun. Perkara ini biar kerajaan dan bank negara yang uruskan.
Peringkat kedua adalah kadar inflasi keluarga. Macam mana tu? Contohnya.. dulu sewaktu kita kecil-kecil, ayah kita belanja abc tepi jalan pun, kita rasa dah ok sangat… tapi sekarang.. anak-anak kita.. ajak makan abc tepi jalan.. aiseh! jatuhlah standard. Kalau nak makan abc , kena gi baskin robins. (ada ke abc kat baskin robins? oh!) .
Contoh lain… jika dulu sekeluarga makan KFC sebulan sekali, tapi sekarang.. makan KFC seminggu sekali.
Jika dulu kalau nak beli burger just singgah mana2 stall burger tepi jalan.. tapi sekarang, kalau nak beli burger mesti tepon 1300-13-1300.
Jika dulu cuma tgk 6 channel TV (TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9) sekarang sudah tengok lebih 80 channel (Astro ler)
Kadar inflasi peringkat kedua inilah yang selalunya mempunyai kadar peningkatan yang tinggi setiap tahun… kenaikkannya boleh mencecah sehingga 10% , 30% , 75% mahupun 125% setahun. Namun begitu, satu berita gembira, anda boleh mengawal kadar inflasi peringkat kedua ini. Untuk mengawalnya.. anda perlulah berbincang dan bersepakat bersama semua ahli di dalam keluarga. Kalau tidak.. sudah juga. Yerla.. si ayah beli baju setahun sekali.. si anak beli baju sebulan sekali dan baju tersebut pula mesti anda tanda right!. Si anak berehat di kantin sekolah, si ibu pula berehat di mcD setiap hari. Susah ler nak kawal kadar inflasi kalau macam tu.. so.. kena sepakat dan bekerjasama.
Ok!.. itu cerita pasal peringkat inflasi.. sekarang saya nak bagi beberapa tips untuk anda mengawal kadar inflasi.
1) Menonton movie secara online!. Ya.. tahukah anda, anda kini boleh menonton movie secara online dengan PERCUMA! adakah saya ada mengatakan perkataan PERCUMA tadi? Tak percaya? Percayalah~~~~ (kata siti nurhaliza).. malah, saya baru sahaja menonton filem INDIANA JONES yang terbaru tadi. Ianya percuma sahaja! Tak perlu menghabiskan duit di panggung wayang dan berasak-asak beratur panjang membeli tiket. Apa yang lebih menarik, anda bukan sahaja boleh menonton filem yang ditayangkan di Malaysia, tapi.. filem2 yang tak masuk malaysia pun anda boleh tgk sekali.
Tak caya? Pergi tengok kat Watch Movies Online. Memanglah.. kualitinya agak kurang sedikit (standard cd pirate) dan tiada subtitle bahasa melayu. Tapi! okla tu.. free je kan?..
2) Brand No More! . Ya.. sesuatu barang itu akan menjadi mahal disebabkan jenama. dan jenama ini pula biasanya mengambarkan 2 perkara.. kualiti dan juga gaya. Jika anda ingin membeli barangan yang berjenama.. pastikan jenama itu “berjenama” di sebabkan kualitinya, bukannya disebabkan “ayat-ayat bunga” yang memujuk anda untuk menjadi lebih bergaya. Tetapi, apa yang lebih penting, belilah sesuatu itu mengikut keperluan. Contohnya, jika anda hanya perlukan seutas jam tangan yang boleh menunjukkan anda masa, cukuplah sekadar membeli jam tangan yang tahan lasak sedikit yang mungkin berharga RM30-RM300. Tak perlulah beli jam tangan yang berharga sehingga RM3,000 - RM30,000. (Eh? ada beb orang beli jam tangan sampai RM3,000.. bukan jutawan pun mamat tu.. kerani je! Gua pernah jumpa beb orang macam nie..memang gua tak paham la beb kenapa dia sanggup beli jam semahal tu. Kena tipu kot? oh!).
Contoh lain, Jika anda perlukan sebuah handphone yang boleh membuat panggilan telefon, menghantar sms, berkamera, bermuzik, mempunyai sambungan internet 3G, wifi dan HDSPA kerana ia penting untuk kerja2 dan kehidupan seharian anda dan hanya N95 yang dapat memenuhi semua keperluan itu. Belilah N95 (dengan syarat mampulah).. i think it’s ok!. Perlu diingat.. anda membelinya untuk memenuhi keperluan anda.. bukannya untuk memenuhi “gaya” anda.
Pendek kata, beli sesuatu itu untuk keperluan & kualiti.. bukan untuk jenama @ gaya.
Okla.. itu je 2 tips yang “luar biasa sedikit” yang dapat saya fikirkan buat masa ini. Tips-tips biasa yang lain seperti berhenti merokok, kurangkan makan diluar, kurangkan bahan majalah picisan dan sebagainya.. itu saya rasa anda sudah boleh fikirkan sendiri..
Sekian, untuk kali ini.. yosh!
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.




























Betul tips2 yang En Suhaimy bagi ni..
Memang perlu ada tips untuk menangani inflasi
setuju sgt…apabila kita gagal kawal bajet keluarga itu yg akan membuatkan kita rasa tersepit akhir nanti…kawal nafsu berbelanja…
Yup Shuth saya pula memanggil infalsi no 2 tu sebagai inflasi gaya hidup yang memang akan drastik kesan kepada kita. Adakalanya untuk mengekalkan gaya hidup menyebabkan kita dipenuhi hutang setiap masa….ada yang mampu tak de masalah…tapi kalo tak mampu elok ikut apa yang shuth suggest. Kalo boleh start menabung dan melabur…dan bina passive income.
Saya juga pernah jumpa sorang mamat yang pakai jam sehingga RM10k… adeh sakit ker apa… kalau dah bebas kewangan takpe… tapi still dok pinjam duit dengan orang..
Gua betul-betul tak faham ha ha ha!
saya juga turut bersetuju. Dalam erti kata lain, solusi yang boleh kita ambil dalam monitor perbelanjaan kita adalah berbelanja secara bijak. Bijak membeli bijak menjana.
Sebenarnya penjimatan yang besar boleh dilakukan dengan masak di rumah, beli barang kat pasar borong dan masak sendiri tapi tu untuk malam jee laa , hari kerja terpaksa makan di luar laa tapi boss aku tetap bawak bekal sebab dia vegitarian dan aku rasa dia save banyak , dah laa gaji mahal sebagai GM. Bab Astro pun satu aku rasa sekarang in membazir jee sebab anak aku dah control dan selalu jee tengok Astro Ceria walau pun ada berpuluh lagi chanel lain yang best tu yang pening kepala den , tapi buat masa ni aku rasa Astro tu penting untuk kehidupan aku sekeluarga.Dekat rumah aku ada panggung wayang dan untuk filem boxoffice tu aku masih pergi ke panggung kerana kepuasan, hidup ini memerlukan kepuasan tak gitu ….. tapi untuk cerita biasa tu memeber aku kaki download akan supply free..heee untung gak kerja kompani IT nii….banyak lanun lanun dalam office.
menarik pasa tonton movie online ni.. kiranya ni buka tengok movie pirate la kan?
tips yang bagus.. ini semua berlaku disebabkan nak mengejar gaya hidup mewah, kononnye kalu beli barang2 yang branded2+mahal2 dan makan tempat2 high class kira macam tergolong dalam org2 yang berjaya lah kot..
ape2 pun yang menanggung kite jugak.. kena byk piki sebelum buat aper2 tindakkan..
tq..
Kerani pakai jam sampai RM3K?! Apa sawan ke mamat tu?! Heh… biasalah, Malay always forget maaa!!!
honestly. Tips yang sangat berguna untuk diamalkan.
Salam,
Memang menarik post-post dari bro Suhaimy nie…
Saya ada beberapa artikel nak letakkan di blog saya..
Saya akan sertakan back link ke page bro Suhaimy semula..
Boleh ke??? Rasanya banyak ilmu yang boleh dikongsi bersama nie…
“ukur baju badan sendiri”
tps yang cukup berguna.
yang paling best tu dapat tengok video percuma,,,,,he he
noorizam >> hmm.. tak pastilah..
razif >> boleh je..
tq bro!
Kenapa nak tanggung beban Inflasi letakkan kepada diri kita?
Ada baiknya anda tetapkan gaya berbelanja mewah dan
kos peningkatan tersebut alihkan kepada suami anda or boyfriend anda.
Jika dulu nafkah sebagai isteri anda dapat sebanyak RM3000.00 sebulan campur
RM4000.00 sebulan dari gaji kita Now dah ada income RM7k sebulan untuk
belanja sakan bagi anak2 dan keperluan diri sendiri.
Ia juga dapat mengurangkan kecurangan suami anda yang mana leka sebenarnya
mereka diluar pergi berurut, merokok Dunhill or belanja tak tentu arah. Kesan
baiknya suami anda akan mati-matian untuk bekerja cari duit beri nafkah anak2 dan
isteri tercinta. Kalau dulu diorang hisap rokok Dunhill 20s sekarang dah 14s jer,
baik untuk kesihatan diorang jugak kan..
Percayalah mendesak suami anda selalu boleh membantu hubungan suami isteri berpanjangan.
Langkah yg silap jika gaji kita, share dan bagi suami untuk uruskan keluarga..Ermmm lelama
habislah suami anda gunakan duit tu untuk start kahwin dua.
“Gaji dan duit kita untuk kecantikan kita”
ha! ha! saya kasihan dengan suami laling…
Mmm..pandangan bernas..
Lama tak mengikuti perkembangan shuth..
Tanamkam dalam minda `JIMAT CERMAT AMALAN KITA`
Salam…erm tips yg berguna & bagus juga drpd Mr.Shuth kita.
Inflasi peringkat ke-2 (kadar inflasi keluarga) suka atau tidak pastinya kita akan hadapi juga, cuma kena pandai2la menguruskannya. Yelah mcm yg shuth bgtau kenaikannya boleh mencecah hingga 125% setahun! huhh… Pendek kata kena bijakla menangani inflasi ni. Beli dan gunakan mana yg perlu jer, toksah ikutkan sangat kemahuan tu (ehh boleh ker camni…adui)
‘Keperluan sewajarnya mengatasi kemahuan’. Sekadar pendapat.
wah laling… nayalah suami anda :p
p/s: Bro shuth hati2 ngan wanita sekarang ho ho ho!