Archive for May, 2008



12
May

Shuth @ Jom Seminar

Ya..! Sabtu haritu saya menghadiri seminar JomSeminar di Almanda Hotel, PJ. Memang seronok dapat jumpa rakan-rakan IM yang lain.

Ramai juga yang saya jumpa dan kenal pada haritu, antara mereka yang memang pernah saya jumpa sebelum ini ialah  kak G, gobala , norizam & sham , yang saya tak pernah jumpa sebelum ini pula adalah seperti alang ( tak sangka “abg bermisai polis” ini mempunyai suara yang agak “ceria”.. oh!) , syed ikhwan , riggithit, fuad latif, yusry, kasyidi, syawarma ( ke abooain.. confius nama dua nie.. orang sama ke orang yang berbeza?), arejee, kekero, wancyber, blalang, Sukeri (orang sekampung nie) dan ramai lagi yang saya tak berapa ingat namanya… maaf lah yer! Jika anda peserta seminar JomSeminar haritu.. bolehlah tinggalkan komen dibawah.

Tapi apa yang pasti memang seronok dapat jumpa mereka semua.

Berkenaan seminar Jomseminar pula.. secara keseluruhannya , ia amat OK!.. untuk menjadi mahir dalam 6 bidang (Adsense, Blogging, Affiliate, CPA, Direktori dan SEO)  dalam masa sehari memang sesuatu yang mustahil. Seminar ini hanyalah untuk “kickstart” sahaja… so.. ruangan forum private yang dijanjikan memang merupakan satu usaha “after sales” support yang amat diperlukan bagi kesemua bekas peserta. Syabas saya ucapkan kepada semua krew JomSeminar.

Kepada semua bekas2 peserta pula, diharapkan, segala ilmu yang diperolehi di seminar tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Yosh!

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

05
May

macam-macam shuth..

Fuh!.. hampir seminggu blog ini tidak berupdate!.. otak pun dah beku.. takde idea nak tulis apa.. so.. saya tulis lah skit2 pasal kehidupan saya untuk beberapa minggu lepas..

Sejak kebelakangan ini saya  memang agak sibuk. Bulan lepas seminggu saya pergi berkursus, kursus FreeBSD, Apache & mySQL.. memang rasa macam nak muntah. Hari-hari tgk command prompt.

Kemudian, balik rumah.. TV pulak rosak … disebabkan sibuk berkursus dan tak sempat nak gi ke kedai membuat survey dan beli TV, maka saya survey online sahaja dan nekad beli TV secara online. Saya sendiri macam tak percaya yang saya beli TV yang berharga RM1,899 secara online!. Fuhh.. nasib baik kompeni tu tak tipu.. (Eleh.. nak berlagak lah tu beli TV baru..) Oh! rileks la bro.. sekali-sekala…. anggap ia sebagai motivasi kay!.. ahak!

Saya buat survey di website lelong sahaja dan mengambil keputusan nekad untuk cuba membelinya , ini website lelong tersebut, dan ini pula website penjual TV tersebut,  www.ewarehouse.com.my. Bolehlah kot kalau sapa2 nak beli TV pasni kat website tu.

Kelmarin, saya melihat semula “azam-azam tahun baru” yang pernah saya tuliskan pada awal bulan januari yang lalu. Saya betul-betul tak sangka… “Memiliki TV LCD” adalah merupakan azam saya no -13. Memang tak sangka betul.. saya memang tak ingat langsung saya ada membuat azam tersebut. Patut lah masa nak beli TV tersebut hati saya macam rasa “ok” je.. oh!

Pengajarannya : Lihat semula azam anda.. dah berapa banyak yang dah tercapai? Dah nak dekat setengah tahun dah nie.. oh!

Esok, saya akan ke Johor Bahru pula selama 3 hari untuk menguruskan seminar 2 hari… so.. mungkin akan kurang ber”online” , so.. kepada semua pelanggan2 sempoihosting, maskahwin & wangcyber.. mungkin order anda akan lewat sedikit untuk diproses. Mungkin lewat 6-8 jam.. (selalunya saya akan proses order dalam masa 30 minit)

Oh yer.. sebut pasal wangcyber, baru teringat… Cabaran WC sudah kembali. Saudara Ramfir  telah sudi menaja 2 cabaran sekaligus untuk bulan Mei/Jun ini… kepada mereka yang berminat nak menyertai cabaran tersebut, lawati Topik Cabaran WC di Forum WC sekarang. Ada hadiah menarik yang menanti anda.

ok.. sekian untuk kali ini. yosh!