Archive for June, 2008

27
Jun

NGV.. boleh jimat ke?

LOS ANGELES, CA - NOVEMBER 30:  A natural gas home refueling appliance, Phill, by FuelMaker is connected to a Honda Civic NGV natural gas vehicle during a media day preview at the 100th annual Los Angeles Auto Show in the Los Angeles Convention Center November 30, 2006 in Los Angeles, California. The auto show opens to the public December 1.  (Photo by David McNew/Getty Images)

Image by Getty Images via Daylife

Sejak kenaikan harga minyak ini, berbagai cara & ikhtiar dilakukan oleh masyarakat. Antara langkah yang diambil adalah dengan memasang sistem NGV di kenderaan. Gas NGV adalah 4 kali ganda lebih murah dari harga petrol. Jika petrol seliter adalah RM2.70, gas NGV pula hanya RM0.68 seliter.

Satu tong gas NGV jika diisi penuh, kosnya hanyalah sekitar RM9-RM10, dan kenderaan anda boleh bergerak sejauh 180 - 200km sebelum kehabisan gas.

Jika anda menggunakan petrol, berapa “RM” kah yang perlu anda keluarkan untuk keneraan anda bergerak sejauh 180-200km?

Setelah membuat pengujian & pengukuran, saya mendapati, saya perlu mengisi petrol sebanyak RM50 untuk bergerak sejauh 200km. Bagaimana cara pengukuran dilakukan?.. senang je.. isi minyak RM50, sebelum start kereta, tekan butang reset km di kereta anda. Kemudian, tengoklah bacaan meter tu, berapa jauh jaraknya sebelum kereta anda kehabisan minyak. Lakukan 2-3 kali.. kemudian dapatkan ukuran purata.

Disebabkan kereta saya memerlukan RM50 untuk menyuruhnya bergerak sejauh 200km, ini bermakna, bagi setiap kilometer, saya terpaksa membayar kereta saya sebanyak.. RM50 / 200km = RM0.25 perkm

Orang kata, kalau pasang sistem NGV, lebih jimat, namun begitu, untuk memasang NGV di kenderaan, kosnya adalah dalam lingkungan RM3,000 (bergantung kepada jenis sistem NGV). Oleh itu, satu perkiraan ROI (Return of Investment) perlu dilakukan. Iaitu, kita perlu tahu, jika kita memang NGV, bilakah “waktu” yang sebenar-sebenarnya kita akan merasakan “nikmat” penjimatan itu?

Mari kita kira…

Untuk pemasangan NGV, kosnya RM3,000. Jika saya tidak memasang NGV dan memperuntukkan RM3,000 tersebut untuk digunakan membeli petrol, berapa kilometer kah kenderaan saya boleh bergerak?

RM0.25 = 1km
RM3,000 = RM3000 / RM0.25 = 12,000km

Ya, jika saya gunakan RM3,000 tersebut, kenderaan saya boleh bergerak sejauh 12,000km dengan menggunakan petrol. Persoalannya, berapa lamakah masa yang diperlukan untuk kereta saya bergerak sejauh 12,000 km?

Sekarang, mari kita buat anggaran.. saya akan servis kereta setiap 5,000km sekali, untuk mencapai 5,000km itu pula, biasanya, ia akan mengambil masa 3 bulan. Jadi, secara kasarnya… pegerakan sejauh 12,000 km itu, memerlukan masa selama 6-7 bulan. Ini bermakna, jika saya memasang sistem NGV di kenderaan saya, saya sebenarnya hanya akan merasa “nikmat” penjimatan tersebut, hanya selepas 7 bulan.

Berbaloi ke? Tapi.. dengar kata, selepas 6 bulan (tahun hadapan), harga minyak akan naik lagi?

Saya rasa, NGV ini amat sesuai bagi mereka yang berjalan jauh setiap hari. Contohnya seperti, orang-orang yang kerja di KL, tapi tinggal di serembam.. setiap hari bergerak sejauh 200km (pergi balik). 2 bulan je dah jejak 12,000 km. Maka, sesuai lah rasanya kot nak pasang NGV.

Tapi bagi saya?.. hmm… nak kena check bonet dulu.. muat ke tak? oh!

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

23
Jun

Buat Duit Dengan Nuffnang

Saya sememangnya sudah lama menyertai nuffnang dan mempunyai status Glitteri, namun begitu, tiada sebarang iklan yang keluar di blog saya ini. Tension jugak la… kenapa iklan nuffnang tidak keluar di blog saya? kalau nak ikutkan.. trafik di blog saya ni pun kira ok juga!…

Kira-kira, saya seperti hampir putus harapan dengan nuffnang ini, tetapi.. apabila saya baca ebook percuma hasil tulisan saudara noorizam ini, adoooii! baru saya tersedar.. patutlah iklan nuffnang tak pernah keluar di blog saya. Rupanya-rupanya saya silap “setting” pada akaun nuffnang saya. Tak tahu pula setting itu akan mempengaruhi iklan yang dipaparkan di blog kita.

Lepas dah betulkan setting tu.. barulah nampak beberapa iklan nuffnang muncul di blog saya. Terima kasih noorizam sebab memberikan report ini..

Bagi anda yang nak tahu bagaimana nak buat duit dengan nuffnang.. boleh dapatkan report ini secara percuma dengan men”subscribe” mailing list di blog noorizam. Menarik untuk dibaca, ringkas, dan street to the point.

18
Jun

GERAMM!!

Langkah kerajaan menaikan harga minyak dengan mendadak sememangnya banyak mengundang rasa ketidakpuashatian rakyat. Namun begitu, semuanya terpaksa dipendamkan di dalam hati sahaja dan ditelan bulat-bulat.

Bagi yang sudah tidak tertahan nafsu amarahnya.. mungkin boleh sertai kempen anjuran GERAMM.
Klik dibawah untuk mengambil bahagian. Jangan lupa sign petisyen sekali & sebar-sebarkan.

Tahun 1997, ekonomi malaysia gawat disebabkan aktiviti forex oleh  “penyangak matawang”..
Tahun 2008, ekonomi malaysia mungkin akan gawat sekali lagi disebabkan masalah “kenaikan harga minyak” ini… (atau. mungkinkah disebabkan oleh manipulasi kepentingan diri pemimpin-pemimpin kerajaan? )

Semoga kita tabah mengharungi detik-detik kegawatan ekonomi yang menjelang tiba ini.