Datacenter terbakar!

Makluman untuk beberapa pelanggan sempoihosting.com. Saya mendapat makluman daripada pihak server provider sempoihosting, mengenai.. satu kebakaran yang telah berlaku di datacentar mereka yang terletak di Houston,Texas.

Kejadian ini telah menyebabkan, 9,000 server mereka terpaksa ditutup buat sementara waktu, dan server sempoihosting adalah merupakan salah satu daripadanya. Namun begitu, mereka melaporkan tiada komputer server yang terbakar dan semua data adalah selamat.

Apa yang menjadi masalah kini ialah, pihak bomba menasihatkan mereka menutup sementara waktu bekalan kuasa elektrik mereka bagi mengawal kebakaran yang berlaku. Pihak datacenter juga kini sedang giat berusaha memperbaiki segala kerosakan yang berlaku.

Buat masa ini, tiada tarikh jangkaan untuk server tersebut kembali semula berfungsi yang dapat dikeluarkan oleh pihak datacenter. Tetapi, apa yang pasti, mereka sedang berusaha keras memperbaikinya.

Jesteru itu, saya ingin memohon maaf kepada pelanggan-pelanggan sempoihosting yang terbabit dimana akaun mereka terletak di server tersebut. (Tidak ramai, lebih kurang 12 orang sahaja).

Diharapkan, anda dapat sabar menunggu website anda kembali pulih seperti biasa. Segala kesulitan yang dihadapi amat dikesali dan saya memohon maaf .

Sekian, terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 thoughts on “Datacenter terbakar!

  1. Ada 2 server sempoihosting yang terlibat, sempoi02 dan juga sempoi06
    Buat masa ini, server sempoi06 sudah kembali pulih.
    Manakala server sempoi02 masih lagi down.

  2. aduh parah beb, aku bukak laman skbmaharani.com hari ni tak boleh, sempoi hosting pun tak boleh, sesat aku ke wang cyber kendian kesini barulah dapat tahu. cikgu besar nak mintak update web skbmaharani.com, data center pulak terbakar. bilalah nak pulih ni…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>