
Hari ini, harga petrol naik lagi, RM2.70 untuk 1 liter. Jika dulu satu tangki penuh cukup dengan hanya RM55, tapi sekarang, jumlahnya mencecah RM80… dan satu tangki penuh selalunya cukup untuk penggunaan seminggu.
Jika dulu bajet bulanan bagi minyak hanyalah RM200, tapi sekarang, kena peruntukan RM320. Beza sebanyak RM120 sebulan.
So… ada 2 pilihan yang “baik” untuk menangani kos kenaikan minyak ini.
1) Kurangkan perbelanjan-perbelanjaan yang lain sebanyak RM120.. astro potong, langganan suratkhabar & majalah potong, vcd & dvd potong, kfc-mcd-pizza potong, balik kampung potong… potong .. potong.. potong.. dan potonglah apa-apa sahaja yang anda rasa boleh dipotong.
2) Buat sesuatu yang boleh menambahkan pendapatan sekurang-kurangnya RM120 sebulan. Tak kisahlah nak jual burger ke? jual prepaid ke? jual insuran ke? ataupun memulakan perniagaan internet.. yang penting hasil pendapatan tambahan itu adalah halal dan dilakukan dengan perkara yang betul.
Untuk pilihan-pilihan yang “tak berapa baik” pula ada banyak…
3) anda boleh mula berpiket dan memulakan demonstrasi jalanan menuntut kerajaan menurunkan harga minyak..
4) merampok stesyen minyak..
5) memulakan aktiviti-aktiviti jenayah yang menguntungkan seperti merompak, makan rasuah, menganjurkan skim cepat kaya ataupun memulakan produksi pakcik terlampau (ops! belanja untuk dvd sudah dipotong, mungkin produksi ini tidak akan berjaya…)
manakala untuk pilihan yang lebih drastik pula.. adalah seperti..
6) Pindah rumah. Jika masih menyewa, pindah ke rumah yang sewanya lebih murah.
7) Jual kereta dan tukar kepada motosikal. Balik kampung.. ramai-ramai naik bas.
8 ) Berhijrah ke kawasan yang mempunyai kos sara hidup yang lebih rendah… dari johor ke kedah? (harga beras lebih murah di kedah)… atau.. luar negara mungkin?
9) Berhenti kerja dan mulakan perniagaan dari rumah sepenuh masa…
pilihan-pilihan lain… lu pikirlah sendiri…
dalam hidup ini.. ada banyak pilihan…. pilih lah yang mana anda rasa terbaik untuk diri anda..
satu sms poyo yang saya baru terima sebentar tadi sebaik sahaja kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak.. “Saudara/i, saya ada satu bisnes yg hebat nak kongsi bersama.. yang pasti anda tak akan menyesal dan tak rugi apa2.. bisnes nie boleh atasi masalah kenaikan minyak dan gas.. sms saya email anda sekarang.. anda pasti teruja.”
Mungkin semakin ramai yang akan terjebak ke kancah penipuan skim cepat kaya selepas ini.. hmm…
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.




























Kalau leh potong jgak line streamyxx…hehe takde la..susah la nak carik makan kan??hehe
Beli apa yang anda rasa patut…
Dulu nasi lemak RM 1 sekarang naik RM 1.50 kot…
Dulu beras 10 kg RM 19 sekarang RM RM 39-40
Lu fikirlah sendiri…Macam ‘penjajahan’ jepun la pulak??
ahaks. lawak pulak aku tengok gelagat manusia malam ni. ramai yang duk berpusu-pusu nak isi minyak. macam bekalan minyak akan habis dan lenyap terus dari muka bumi. aku ada satu cadagan kat sini. apa kata kalau semua rakyat malaysia naik aja basikal. badan sihat, pencemaran kurang, jimat minyak,murah pulak tu. haha.
Tak tak best nye kenaikan harga ni for sure akan effect gak pada harga barangan yang lain..
Nak tak nak harga barang akan trus naik lagila..
alamat kerajaan kena tukar la ni..hohoho
kenaikannnya bukan sekadar RM 120 shuth…
Asalamualaikum shuth..
Terima kasih kerana shuth menulis maklumat ini.
Harga kadar minyak dan inflasi pada harini semakin meningkat.
Oleh itu masyarakat perlu bijak untuk meningkatkan pendapatan ekonomi mereka.
mungkin membuat bisnes online dan offline. Pada post yang lepas shuth ada mengatakan mengenai kecemasan dan perlu membuat simpanan untuk kecemasan yang berlaku, ini juga adalah salah satu kecemasan bukan? Mungkin bagi pembaca laman ini memerlukan sedikit tips mengenai minyak. Sila lah lawati laman web ini
http://www.sandakan-fuelsaver.com
Saya yang menaiki haiwan yang paling bijak(kancil) pon amat terasa.
Bayangkanlah sebelom nie purata penggunaan RM 10 sehari (tak termasuk balik kampung) tapi setelah di kira2 malam tadi dah jadi RM 13.80. Tambahan RM 3.85 sehari. Sebulan dah jadi RM 77 hinggit. Tu baru minyak. tak campor lagik harga makanan dan keperluan asas yang bakal naik??????
p/s :subsidi baru dapat RM 52.08 sebulan. campor tolak darab bahagi tambahan sara hidup sebulan bertambah lebih 18% setiap bulan…..pening…pening
pakdi >> Yer.. betul tu pakdi.. kenaikan sebenar bukan hanya setakat RM120.. itu kiraan kasar je.. lepas nie memang siap lah semua naik.. kerajaan kata subsidi yang selebihnya akan digunakan untuk subsidi barang makanan. Tahi!..
Hisam >> nampaknya.. kenalah naikkan “income” lebih dari 20% lepas nie.. kalau nak harapkan kenaikkan gaji sampai 20%.. mati hidup semula pun belum tentu dapat.
Macam-macam kene potong kalau macam ni bajet untuk majalah kesayangan jugak kene potong…
I vote “no” for demostration
“peace”
Mari buat hidden magik untuk menambah rezeki kita..
1.Sertai Kelab Dhuha..yakni kita berusaha secara istiqamah melakukan Solat Dhuha minima 2 rakaat..
2. Mengamalkan Surah Al-Waqiah setiap hari.
Oh.. sangatlah MUJARAB…x percaya? Jom buat sesama…!
ehmmmm,banyak pilihan yang shuth bagi ni. Untuk aku, yang sesuai adalah TUKAR KERAJAAN SEKARANG! Kita bagi peluang Pakatan Rakyat pulak tadbir urus ekonomi negara. Kita bagi peluang dulu, then baru nilai mereka boleh buat ke tidak. jangan tak bagi peluang, tapi kata mereka tak boleh. Kalau mereka boleh buat, sapa yang untung?!
Yang kedua, aku tertarik dengan cadangan ketiga. Memang mcm tak berapa baik pun. Tapi apa pilihan yang kita ada? Nak tunggu bulan jatuh ke riba? Haaa, tunggu la sapa yang nak tunggu. Kalau ada peluang, memang aku nak pi demo sama!
Ni maklumat lanjut :
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=014994&Itemid=85
benda dah berlaku. Jadi pepandaila menambah pendapatan. Jangan bagi alasan dan ngomen aje lagi..
ada part dalam post ini membuatkan saya tersengih2..
1. potong elaun menteri besar, menteri kabinet, timbalan menteri, perdana menteri
2. potong elaun percutian menteri-menteri
3. potong elaun keraian menteri-menteri
4. potong peruntukan ubahsuai dan beli pekakasan rumah menteri-menteri
5. semua ahli wakil rakyat dikenakan caj menggunakan minyak yang tinggi. ohohoho
lagi apa lagi yang boleh potong?
hye…saya org baru kat siney..susah kan minyak petrol naik harga ney..bukan apa kesian kat org susah nak guna kenderaan nak p wat kerja…
rasa2 nya kita kena tukar kerajan lain la plak..barang suma nya nek harga..nampak nya mkn pon kena jimat la skrg ney..pizza,kfc pon setahun sekali jer bley makn…
Tak payah nak tukar2 kerajaan nyer..klau dah tentu harga minyak naik, bukan nyer di sebabkan oleh sesuatu kerajaan pun..bukan kerajaan tu yg duk keluar kan minyak..masalah kenaikan minyak ni melibatkan seluruh dunia..kalau takat nak tikar kerajaan kat malaysia ni..pe diorg duk boleh uat untuk kita..korang pasti ke harga minyak akan turun…atau diorg de lubuk minyak sendiri yg nk dioarng kongsi nga kita…silap2 bukan takat minyak yag naik,ntah pe2 lg yg naik nnt…silap2 boleh tergadai negara dibuat nyer..yg penting sekarang pe kata kita semua dok sepakat cari jalan nak selesai kan masalah yg ade..bukan nyer nk duk bertelagah macam ni…sampai bila pun tak selesai kan…aiseyy…ntah pe nk jadi kat dunia ni…nak kiamat dah agak nyer…