05
Jun
08

Minyak naik!… Siapa untung,siapa rugi?

Tadi berita TV3 ada menyiarkan sedikit berita mengenai feedback orang ramai tentang kenaikan harga minyak ini. Semua orang yang ditemuramah mengucapkan ribuan terim kasih kepada kerajaan malaysia… siapakah mereka? Penduduk Thailand.. penduduk singapura dan juga pengusaha stesyen minyak. Eh? nampak sangat tiada seorang pun rakyat malaysia yang gembira dengan keputusan tersebut untuk ditemuramah. (Mungkin lepas nie mereka boleh upah pelakon tambahan untuk membuatkan aksi gembira sambil menunjukkan simbol bagus sewaktu mengisi minyak).

Kemudian.. trelintas difikiran saya.. siapakah yang akan mendapat keuntungan yang paling besar dan siapakah yang akan paling sengsara akibat kesan kenaikan minyak ini secara langsung? Setelah beberapa ketika berfikir sambil makan roti lor…. saya dapat sedikit jawapan.

Yang Paling Gembira / Untung..

  • Rakyat singapura
  • Rakyat Thailand
  • Pengusaha stesyen minyak

Yang Paling Merana

  • Orang keje kerajaan yang bergred rendah , sudahlah gaji mereka kecil, dan mereka tidak dibenarkan pula untuk membuat sebarang kerja2 luar atau bisnes part time.
  • Bos-bos di syarikat swasta, bos-bos yang gaji kecil la.. yang gaji mereka antara Rm4k - Rm6k.. dengan peningkatan minyak sebanyak 40% sudah pastinya, mereka juga akan merasa kesannya, malangnya mereka juga tidak mampu untuk membuat kerja2 sampingan untuk menambahkan pendapatan mereka diebabkan mereka ini selalunya teramat sibuk dengan kerja pejabat. Bos lah katakan…
  • Pekerja-pekerja eksekutif  biasa dan bawahan (kerani/despatch boy) yang tidak mempunyai kemahiran lain selain pergi kerja, balik kerja, makan,  tidur, bangun, pergi kerja, balik kerja, makan, tidur, bangun, pergi kerja, balik kerja, makan,  tidur, bangun, pergi kerja…
  • Teksi yang tidak menggunakan NGV
  • Syarikat-syarikat kecil yang banyak menggunakan pengangkutan untuk operasi perniagaan mereka

Yang Tidak Terkesan

  • Menteri-menteri, sebab minyak mereka semua dibayar oleh kerajaan (rakyat).
  • Pakcik makcik di kampung yang menoreh getah dengan hanya menaiki basikal.
  • Orang-orang kaya

Secara ringkasnya, golongan yang paling teruk (merana) kesan kenaikan minyak ini adalah golongan pertengahan ( golongan yang paling ramai di malaysia), manakala golongan miskin yang tidak memiliki kenderaan, langsung tidak merasai apa-apa kesan  (mereka ini hanya akan terkesan apabila harga barang naik kelak!) .

Kesimpulannya…. untuk mengeluarkan diri anda daripada masalah minyak ini.. jadilah seorang pengusaha stesyen minyak yang kaya raya! oh!

P/s:- Kepada mereka yang berasa sangat tertekan, stress dan membuak-buak nafsu amarah tu, saya cadangkan anda baca artikel di blog shueqry ini..  artikel motivasi yang saya rasa amat baik sekali. Dan sekaligus mengetahui punca mengapakah anda berasa sangat stress dengan kenaikan harga minyak ini..

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


20 Responses to “Minyak naik!… Siapa untung,siapa rugi?”


  1. 1 fared Jun 5th, 2008 at 6:25 pm

    “Yang Tidak Terkesan

    * Menteri-menteri, sebab minyak mereka semua dibayar oleh kerajaan (rakyat).
    * Pakcik makcik di kampung yang menoreh getah dengan hanya menaiki basikal.
    * Orang-orang kaya ”

    memang fenomena ini tidak ada impak langsung kepada mereka di atas ni. sebab tu mereka (menteri-mentara) hanya membisu dan buat relax bila harna minyak naik. bayangkan orang macam kita. kerja pakai tenaga sendiri, nak taruk minyak lagi. walhal mereka(menteri-mentara) langsung tidak pernah memegang pistol minyak tu..

    yang rugi,
    faredsyauky.com

  2. 2 nabieel Jun 5th, 2008 at 7:54 pm

    susah nak kata,bertindak secara tiba2 ni akan mengundang keparahan w.pun kerajaan kata ada dpt subsidi ni ke,tu ke,apa ke…semua tak leh pakai..

    bygkan minyak byr naik 0.10sen brg naik berapa kali ganda.

    sy kesian tgk org melayu di malaysia,macam kena tindas oleh kerajaan sendiri.

    yang byk beratur isi minyak last minit seblm pukul 12 kaum mana paling ramai?

    jika pentadbiran sebegini, politik berkecar kacir,tidak mustahil negara ini akan di perintah oleh negara jiran..

  3. 3 saharman Jun 6th, 2008 at 3:03 am

    Naik jangan tak naik…. padan muka semua,

    ” Ala relek laa brother….. tengok negara lain tu ..minyak diaorang tu lagi mahal dari negara kita” kata Dogol.
    “Weh Dogol , kau tak tengok ke gaji diaorang tu berapa dan gaji kita berapa, memang patut laa bapak kau bagi nama Dogol ” kata Wak Seman sambil berlalu dengan motor buruknya yang tak berbayar road tax dan dah tentunya Wak Seman takkan dapat rebet yang RM 150 tuu.

  4. 4 zool Jun 6th, 2008 at 3:40 am

    Betul tu bro…
    Saya yang keje kerajaan ni dah mula terasa..
    Tak lama lagi harga Barang Naik..
    Lagilah susah…
    dah tu belum kawen lagi…
    Camne nak simpan nie…
    Terpaksa senyap2 buat bisnes lain…

  5. 5 syia Jun 6th, 2008 at 10:34 am

    herm.. syia pun x nampak apa sebenarnye kebaikan drpd kenaikan harge ni utk rakyat malaysia.. sepatutnye kerajaan cari cara nk kurangkan beban rakyat bukan cekik rakyat lagi

  6. 6 sham Jun 6th, 2008 at 2:00 pm

    Tersedak jugak sekejap bila Pak Lah announce harga minyak naik…Terpaksa up jugak la kos untuk kawin..huhuhu..ingat bajet dah cukup,minyak naik…kene review balik kos..bukan lagi RM18K maybe kena tambah extra 2k lagi kot.

    Kebetulan masa announce tu tengah makan dengan bakal mertua & tunang..Kesian jugak family tunang sebab ayah dia dah meninggal,takde orang yang nak uruskan.Saya terpaksa ulang alik dari KL ke perak untuk uruskan..

    Yang still bujang tu,nampaknya tak cukup cukup la duit untuk kawin ye.. Kesimpulannya beli la buku maskahwin yang hilang.. :P

  7. 7 mazlie nadzri Jun 6th, 2008 at 5:24 pm

    Salam..

    Entahla….pening juga dibuatnya. Tapi nak tak nak, kena gandakan usaha untuk tampung perbelanjaan keluarga.

    Memang pak menteri tak terkesan pun dengan kenaikan minyak ni. Ini yang tak adil sebenarnya. Mereka cakap suruh rakyat berjimat cermat, tapi saya tak nampak pak menteri ni buat apa yang diorang cakap.

    Bak kata Nabil Raja Lawak, ‘LU PIKIRLAH SENDIRI’ :)

    p/s : kena ikut saranan bro syam tu, belilah buku maskawin yang hilang sebab saya nak kawin…:)

  8. 8 zuhairy Jun 7th, 2008 at 2:44 am

    bagi yang ada kudrat lebih, boleh la cakap nak gandakan usaha.Habis tu, kalau orang yang dah berumur, larat ke nak gandakan usaha???

    Rakyat bukan tak berjimat.Tapi harga barang akan naik jugak. Macam mana?

    Sebahagian kita gak yang silap. Yang pangkah PARTI BARANG NAIK hari tu sapa suruh?

    Sekarang, “lu pikir la sendiri.”

  9. 9 Noorizam Shah Jun 10th, 2008 at 4:02 am

    akhirnya menteri punya elaun kena potong juga.. ohooho

  10. 10 Firdauz Jun 10th, 2008 at 4:25 am

    dengar citer, menjelang bulan ogos la ni, harga minyak naik lagi RM0.30 dan subsidi dihapuskan terus. Tak tau samaada sahih atau tak.

  11. 11 Abdul Rashid Basar Jun 11th, 2008 at 8:11 am

    Malam tadi saya menonton bual bicara antara Dato Shahrir Abdul Samad dengan YB Salehuddin Ayub yang membincangkan berkenaan minyak. Dalam perbincangan itu dapat disimpulkan bahawa harga minyak terus naik. Jalan penyelesaian masih lagi dicari. Apa yang jelas kita terpaksa menghadapi fenomena luarbiasa ini. Dengan Kos sara hidup yang semakin tinggi..kita perlu memikirkan bagaimana hendak meningkatkan pendapatan kita bagi menampung kos sara hidup yang semakin tinggi. Jika kita asyik memikirkan harga minyak naik, akhirnya tak jadi apa….

    ARB Dagang.Com
    http://www.informasi.arbdagang.com

  12. 12 mus Jun 12th, 2008 at 2:59 am

    post ni yang saya paling suka….pasal minyak naik ni semua orang dah bising termasuk kita.

    menteri memang tak rasa apa…sebab mereka semua dapat percuma..yang susah orang miskin dan gaji berpendapatan rendah.

    elaun menteri dah potong…tapi harga barang tetap akan naik, secara logik jika elaun mereka dipotong, apa kaitan dengan orang yang memang miskin sebab barang tetap juga naik. Sepatutnya elaun ni dipotong untuk menanggung subsidi harga minyak dunia naik.

    betul kata sham….kos nak kahwin mesti naik lepas ni….susahlah orang yang belum kahwin macam aku ni

  13. 13 SyedHafidz Jun 15th, 2008 at 4:54 am

    Nampaknye kenaikan harga minyak banyak terima pandangan negatif daripada kita golongan marhaen nie..
    saya nampak kerajaan seolah2 menipu rakyat lagi dengan kenaikan harga minyak nie, haritu janji takkan ada kenaikan sampai ogos, tp naik lagi da…
    ni dengar cite ogos nak naik rm 4..
    haiya..kena tukar ini kelajaan ma!!
    huhu

  14. 14 Cik Kak Jun 15th, 2008 at 3:25 pm

    Nasib baiknya Cik Kak kerja dekat..10 minit drive dah sampai..jalan kaki pun boleh tapi 45 min baru sampai la.. Kesian kat kawan2 yang tinggal jauh dari tempat kerja..
    Tapi yang tak bestnye harga makan naik jugak..nak save kat situ tak boleh dah..
    Tang tu yang terasa sangat tu..
    Kerajaan patut fikir cara lain la..yang bernas sikit..jangan tup.tup.suka hati naik harga minyak sebab semua barang pun akan naik jugak..
    Pikir la sikit….geram betul..

  15. 15 shafiq Jul 24th, 2008 at 6:57 am

    Ni nak habaq kat hampa sat… proses penukaran kerajaan sedang bejalan.
    Taklama gi semua pakat tau a…

  1. 1 Implikasi Harga Minyak Naik Di Malaysia | Shamsuriyadi.com Pingback on Jun 7th, 2008 at 2:28 am
  2. 2 TENGOK GAMBAR JE HARI NI | Blog Bisikan Hati Pingback on Jun 7th, 2008 at 8:45 am
  3. 3 Wanita & Komputer » Blog Archive » Minyak Oh Minyak… Pingback on Jun 8th, 2008 at 10:19 am
  4. 4 Tambahpendapatan.com » Harga minyak naik lagi! Jom kita buat duit Pingback on Jun 8th, 2008 at 2:57 pm
  5. 5 firdauz.net » Harga Petrol & Beras Naik? Pingback on Jun 10th, 2008 at 4:24 am

Leave a Reply