kisah budak-budak sekolah zaman sekarang!

Rock God

Image by zarzoso via Flickr

Sewaktu muda-muda dulu (masa zaman-zaman sekolah la..), saya suka bermain gitar… di rumah saya, ada sebuah gitar kapok yang dibeli hasil daripada perniagaan burger yang saya jalankan setiap malam.

Setiap hari, apabila balik sekolah.. saya akan main gitar sekejap.. pastu makan. semayang.. main gitar.. buat kerja sekolah.. main gitar.. semayang.. petang, siap-siap kan barang berniaga dan mula jual burger tepi simpang sambil lepak-lepak main gitar. Oh!

Hujung minggu, pergi ke bandar dan jamming bersama-sama rakan sekampung. Selalunya saya akan bermain bass. Ada juga mencuba untuk jadi vocalist dan drummer, tapi tak bolehlah.. failed.

Masa tu memang saya takde komputer.. orang kampunglah katakan.. memang tak mampu nak beli komputer. Cuma mampu beli gitar tong je.. so.. tiap-tiap hari main gitar jerla.. nak kata expert tu takderla.. tapi kalau setakat nak main kat kenduri kahwin tu.. lepas lah!.. ho! ho! ho!..

Itu kisah saya dulu-dulu…

Zaman sekarang.. budak-budak sekolah lebih gembira menghabiskan masa di pusat-pusat video game atau bermain game komputer di rumah… hasilnya.. jadilah mereka seorang “gamer expert”.. kalau masuk pertandingan main game.. ada harapan lah untuk menang! Mana taknya? kalau dah tiap2 hari asyik main games je.. mestilah boleh jadi terrer kan?

Ada juga budak-budak sekolah sekarang yang suka main skateboard… hari-hari main skateboard… hasilnya.. jadilah mereka seorang skateboarder yang terrer!

Kalau yang main yoyo tiap-tiap hari pula? berkaraoke tiap-tiap hari? berchating tiap-tiap hari? berjoget tiap-tiap hari? berkebun tiap-tiap hari? melompat bangunan setiap hari? Mereka sudah pastinya akan menjadi pakar did alam bidang masing-masing.. practise make perfect beb!

Semua perkara yang kita buat (berlatih) setiap hari biasanya akan menjadikan kita “pakar” di dalam perkara tersebut.. dan dalam hal ini.. budak-budak sekolah adalah golongan yang paling beruntung.. mereka mempunyai paling banyak masa terluang jika hendak dibandingkan dengan orang dewasa yang sudah bekerja.. mereka boleh membuat apa sahaja yang mereka suka buat itu, setiap hari!. Tak perlu nak risau perkara lain seperti kerja di pejabat? anak? bini? pakaian? makan-minum? hutang? dan sebagainya , semuanya diuruskan oleh ibu-bapa mereka.

Sekrang, bayangkan pula jika budak sekolah tersebut baru habis SPM dan meminati “perniagaan internet”, setiap hari, mereka akan duduk depan komputer dan mempelajari tentang selok belok perniagaan di internet! . Setiap hari, mereka akan meluangkan masa selama 10-12 jam untuk duduk di depan komputer dan membuat perkara-pekra yang berkaitan dengan perniagaan internet. Berbanding anda, seorang ibu atau bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja dan keluarga, hanya mampu meluangkan masa antara 1-2 jam sehari di depan komputer untuk belajar mengenai perniagaan internet setiap hari.

Selepas 1-2 tahun.. siapakah yang anda rasa akan menjadi lebih “terrer” tentang perniagaan di internet? budak sekolah tersebut atau anda?

Saya pasti anda tahu jawapannya…

Jadi.. adakah sesuatu yang mustahil jika budak sekolah tersebut boleh menjana pendapatan sehingga RM10,000 sebulan daripada perniagaan internetnya?

Lu pikirlah sendiri….

Zemanta Pixie

18 thoughts on “kisah budak-budak sekolah zaman sekarang!

  1. saya memang amat bersetuju dengan pendapat bro shuth…Budak-budak sekolah memang mempunyai banyak masa untuk buat apa yang dorang nak wat.Memang satu perkara yang amat merugikan jika masa zaman sekolah,masih lagi lalai dan leka dengan hiburan yang hanya membawa kepada pembaziran.Itulah antara sebab saya rasa,mengapa labanon boleh berjaya dalam bidang perniagaan internet.Beliau mula berminat dengan bidang ini sejak berusia 15 tahun,and he struggle 4 it.Saya berasa amat rugi,kerana masa lepas SPM saya hanya dibazirkan.Saya mula terdedah dengan bidang internet marketing,sejak berada di matrikulasi.Harap-harap masih terlambat untuk saya menjadi seorang jutawan muda.hehehe.Practise make progress not perfect..Because,nothing is perfect.

  2. begitulah budak-budak…banyak masa untuk buat apa yang dia orang suka…ada yang buat baik dan ada buat yang tak baik….yang tak baik tu kita harus bimbang. Sekarang ni pun dah banyak kes terjadi pasal budak sekolah ni….sehingga ada yang melibatkan kes bunuh…

  3. teringat lagi waktu sekolah dulu, sebok pergi CC main Half-Life & Counter Strike beramai – ramai.

    Macam mana agaknya keadaan sekarang kalau waktu itu dah mula belajar bisnes internet ni.:)

  4. Budak-budak sekarang hidup zaman teknologi. Sebab itulah mereka lebih maju. Seperti mana kita lebih maju daripada zaman generasi dahulu. Kalau dahulu nak dapat sesuatu info lambat, tetapi kini, boleh dapat cepat malah siran langsung pula tu. Barang yang tidak ada di Malaysia pun boleh beli.

  5. Patut laa ada budak tu dapat boleh dapat 10 K …. kalau orang tu tu mana ada masa pegi kerja jam 1 jam , lepas tu kerja , balik kerja jem 1 jam lagi . Dah tu penat dan kenan layan anak , tak masa nak buka komputer dah …. ada jugak buka komputer kat offis jee pasai kat rumah mana ada internet huuu…huuu….gua dah pikir sendri laa..

  6. Hehe..nampaknya kejayaan budak2 umur 17 tahun ni telah berjaya menyentakkan kita sebagai org dewasa ak..

    Budak2 boleh buat, takkan kita takleh buat? dush! terkena batang hidung sendiri :p

    selain budak2 sekolah, budak2 U pun banyak masa…memang banyak masa..So, bagi sesape yg masih lagi dikategorikan sebagai “budak2″, start la buat bisnes sekarang. Jangan ko jadi macam akak ni. Dah tua, baru sibuk2 bersekang mata nak ber bisnes.. (tua ke? :p)

    Bak kata orang jawa, “it’s never too late”..so, wp rasa diri dah tua, tak kira! mesti teruskan usaha…BERUSAHALAH!!!

    Selamat Maju Jaya untuk semua :)

  7. Zaman sekarang, teknologi banyak memudahkan mereka utk melakukan sesuatu. Nak atau taknak, tahu tapi tak ambil tahu…semuanya depends on depa juga. Kadang2, nampak tapi buat2 tak nampak pun ada juga…siapa yang ambil peluang tentulah berjaya :). Tahniah buat budak2 zaman sekarang yg cuba menggunakan peluang yg ada sebaik mungkin!

  8. ada baguih gak jadi budak zaman dulu.. sekurang2nyer kita pernah rasa susahnyer.. budak sekarang memang ler baguih zaman teknologi yang mengizinkan apa2 yang terjangkau didepan mata belaka… namun ibu bapa juga harus mengawasi semua nya….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge