Langkah kerajaan menaikan harga minyak dengan mendadak sememangnya banyak mengundang rasa ketidakpuashatian rakyat. Namun begitu, semuanya terpaksa dipendamkan di dalam hati sahaja dan ditelan bulat-bulat.
Bagi yang sudah tidak tertahan nafsu amarahnya.. mungkin boleh sertai kempen anjuran GERAMM.
Klik dibawah untuk mengambil bahagian. Jangan lupa sign petisyen sekali & sebar-sebarkan.

Tahun 1997, ekonomi malaysia gawat disebabkan aktiviti forex oleh “penyangak matawang”..
Tahun 2008, ekonomi malaysia mungkin akan gawat sekali lagi disebabkan masalah “kenaikan harga minyak” ini… (atau. mungkinkah disebabkan oleh manipulasi kepentingan diri pemimpin-pemimpin kerajaan? )
Semoga kita tabah mengharungi detik-detik kegawatan ekonomi yang menjelang tiba ini.
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.




























Gawat kerana kelemahan matawang USD yang berterusan dan krisis minyak global (tambah lagi dengan ketidakberapabijakan kepemimpinan)
Kenaikan harga minyak dan barang asas memeningkan kepala..
Beras yang menjadi makanan ruji masih tiada jalan penyelesaiannya..
Nak cari beras super 15% tak jumpa2 …
Susahlah orang pendapatan rendah dan sederhana cam saya.,..
Apa nak buat..kena kuatkan usaha dan cuba meningkatkan pendapatan kita.. Bukan senang nak senang..
ho ho kerajaan jugak yang salah
Huhu.. Ada satu lagu nyanyian kumpulan Baji yg sesuai bagi situasi ini yg brtajuk “Untuk Orang Miskin” tak silap saya..
Bila suria oh tunjukkan rupa
Semua mengejar bahagia
Pabila suria tunjukkan rupa
Semua bersiap mengejar bahagia
Hinggakan…
Yang di atas tak sedar terlupa yang di bawah
Yang si miskin terus bergelut meniti hidup
Pabila suria tunjukkan rupa
Semua bersiap mengejar bahagia
Hinggakan…
Yang di atas tak sedar terlupa yang di bawah
Yang si miskin terus bergelut meniti hidup
Si miskin terus merintih
Untuk hiburan atau pun dia halus menyindir
Si miskin terus merintih
Untuk hiburan atau pun dia halus menyindir
Yang selalu merasa
Pabila suria oh tunjukkan rupa
Semua mengejar bahagia
Pabila suria oh tunjukkan rupa
Semua mengejar bahagia
minyak oh minyak…. bantah jangan tak bantah…
affiliate takder ke?
hehehe abdfatah ni ada2 je la…..kat mana2 pun ada lah jejak dia…hehehe
Memang semua rakyat terasa geram, marah, kecewa, takut dan sebagainya bila harga minyak naik mendadak. Namun sebelum kerajaan mengambil tindakan menaikkan lagi harga minyak, lebih baik kita berjimat cermat. Kurangkan segala perbelanjaan ok…
assalamualaikum… marah yek… kita sama-sama tunggu pakatan rakyat pulak memerintah.. TAKBIRRR… ALLAHUAKBAR…
FuH! gila aah!.. semalam saya pergi pasar tani, beli ayam & daging.
Ayam separuh, biasanya harganya RM3-4 , tapi semalam RM6
Daging setngah kilo biasanya RM5-6 , semalam RM10..
50% kenaikan? giler ah.. mana rakyat tak geram?.
utk makluman, perhimpunan tu akan dibuat pada 6 julai, bukan lagi 5 julai. Tempat juga telah berubah, bukan di KLCC lagi, tapi di petaling jaya, depan Amm Corp Mall. Turun rmai2, luahankan GERAMM anda. Tak guna asyik luahkan geram kat rumah jer!
buang masa…baik buat strategi berjimat disamping menambahkan pendapatan drpd mengeluh minyak naik..isu yg takan habis kalau difikir dgn emosi…bersyukur negara masih masih aman dan masih boleh bekerja tanpa gangguan untuk mencari rezeki.
kalo miskin memang akan terus papa kedana laah jadinyer
nak pengsan aku carik duit aduiiih harap2 dapatlah cari duit kahwin fuuuih
Memang bagus buat strategi berjimat di samping menambah pendapatan. Tapi diri sendiri lepaslah. Kita kena jugak fikir pasal masyarakat umum yang rata-ratanya tak tertahan dengan kenaikan melampau-lampau. Inflasi tetap meningkat.
Bak kata Mufti Perlis, sehingga orang miskin yang selalu berjimat pun tak tahu apa lagi yang hendak dijimatkan.
shuth, krisis 97 bukan disebabkan isu soros sahaja. ia digembar gemburkan oleh media (propaganda) untuk menutup kelemahan kepimpinan negara dalam menangani bubbles economy yang berlaku di seluruh asia termasuk malaysia.
Kena kerja keras lagi macam ni buat business internet sebagai part time..:-)..Yang penting mula berjimat.
semua org dah mula ambil kesempatan.. nak makan roti canai pun dah mahal! ohhhh
Oh ‘GERAMM’= Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak
harga barang di kota kinabalu lepas naik minyak…
beras cap roda rm 28.oo 10 kg
sardin yeos besar rm5.15 setin
ayam dekat rm 8 sekilo di giant
rumah teres townhouse dulu rm 325 k sekarang rm 408k
rumah teres 2 tingkat dulu rm 240k sekarang rm280k
udang rm 18 sekilo di giant
geram geram geram geram geram