27
Jun
08

NGV.. boleh jimat ke?

LOS ANGELES, CA - NOVEMBER 30:  A natural gas home refueling appliance, Phill, by FuelMaker is connected to a Honda Civic NGV natural gas vehicle during a media day preview at the 100th annual Los Angeles Auto Show in the Los Angeles Convention Center November 30, 2006 in Los Angeles, California. The auto show opens to the public December 1.  (Photo by David McNew/Getty Images)

Image by Getty Images via Daylife

Sejak kenaikan harga minyak ini, berbagai cara & ikhtiar dilakukan oleh masyarakat. Antara langkah yang diambil adalah dengan memasang sistem NGV di kenderaan. Gas NGV adalah 4 kali ganda lebih murah dari harga petrol. Jika petrol seliter adalah RM2.70, gas NGV pula hanya RM0.68 seliter.

Satu tong gas NGV jika diisi penuh, kosnya hanyalah sekitar RM9-RM10, dan kenderaan anda boleh bergerak sejauh 180 - 200km sebelum kehabisan gas.

Jika anda menggunakan petrol, berapa “RM” kah yang perlu anda keluarkan untuk keneraan anda bergerak sejauh 180-200km?

Setelah membuat pengujian & pengukuran, saya mendapati, saya perlu mengisi petrol sebanyak RM50 untuk bergerak sejauh 200km. Bagaimana cara pengukuran dilakukan?.. senang je.. isi minyak RM50, sebelum start kereta, tekan butang reset km di kereta anda. Kemudian, tengoklah bacaan meter tu, berapa jauh jaraknya sebelum kereta anda kehabisan minyak. Lakukan 2-3 kali.. kemudian dapatkan ukuran purata.

Disebabkan kereta saya memerlukan RM50 untuk menyuruhnya bergerak sejauh 200km, ini bermakna, bagi setiap kilometer, saya terpaksa membayar kereta saya sebanyak.. RM50 / 200km = RM0.25 perkm

Orang kata, kalau pasang sistem NGV, lebih jimat, namun begitu, untuk memasang NGV di kenderaan, kosnya adalah dalam lingkungan RM3,000 (bergantung kepada jenis sistem NGV). Oleh itu, satu perkiraan ROI (Return of Investment) perlu dilakukan. Iaitu, kita perlu tahu, jika kita memang NGV, bilakah “waktu” yang sebenar-sebenarnya kita akan merasakan “nikmat” penjimatan itu?

Mari kita kira…

Untuk pemasangan NGV, kosnya RM3,000. Jika saya tidak memasang NGV dan memperuntukkan RM3,000 tersebut untuk digunakan membeli petrol, berapa kilometer kah kenderaan saya boleh bergerak?

RM0.25 = 1km
RM3,000 = RM3000 / RM0.25 = 12,000km

Ya, jika saya gunakan RM3,000 tersebut, kenderaan saya boleh bergerak sejauh 12,000km dengan menggunakan petrol. Persoalannya, berapa lamakah masa yang diperlukan untuk kereta saya bergerak sejauh 12,000 km?

Sekarang, mari kita buat anggaran.. saya akan servis kereta setiap 5,000km sekali, untuk mencapai 5,000km itu pula, biasanya, ia akan mengambil masa 3 bulan. Jadi, secara kasarnya… pegerakan sejauh 12,000 km itu, memerlukan masa selama 6-7 bulan. Ini bermakna, jika saya memasang sistem NGV di kenderaan saya, saya sebenarnya hanya akan merasa “nikmat” penjimatan tersebut, hanya selepas 7 bulan.

Berbaloi ke? Tapi.. dengar kata, selepas 6 bulan (tahun hadapan), harga minyak akan naik lagi?

Saya rasa, NGV ini amat sesuai bagi mereka yang berjalan jauh setiap hari. Contohnya seperti, orang-orang yang kerja di KL, tapi tinggal di serembam.. setiap hari bergerak sejauh 200km (pergi balik). 2 bulan je dah jejak 12,000 km. Maka, sesuai lah rasanya kot nak pasang NGV.

Tapi bagi saya?.. hmm… nak kena check bonet dulu.. muat ke tak? oh!

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


32 Responses to “NGV.. boleh jimat ke?”


  1. 1 bantingboy Jun 27th, 2008 at 2:59 pm

    tul. kalau bonet kecik sangat. Rasa tak best plak. Tapi aku dengar, ramai gak kete kancil pakai NGV sekarang..

  2. 2 zool Jun 28th, 2008 at 12:17 pm

    Ramai kata jimat..
    Nak try blm mampu

  3. 3 waidakmy Jun 29th, 2008 at 4:32 am

    harga NGV tu tak murah pun sebenarnya..cuma subsidi banyak sikit dari petrol..akan datang siapa tahu kalau harga NGV naik juga..hoho

  4. 4 xkx Jun 29th, 2008 at 5:08 pm

    Mungkinkah suatu ketika nanti kerajaan pula menaikkan harga NGV?
    Yelah, bila semua dah pasang NGV siapa pulak nak beli petrol?

    Dan mungkin juga ada pihak yang akan mengawal penjualan dan kos pemasangan tong2 NGV di kereta2 rakyat. Almaklumlah ekonomi negara kita dikuasai oleh puak2 kroni yang mementingkan poket sendiri..

  5. 5 oktant Jun 30th, 2008 at 1:04 pm

    Pada saya, keputusan utk memasang NGV ni bergantung kepada individu.

    Mereka perlu lakukan analisa dr pelbagai aspek seperti;

    i. Umur kenderaan itu sendiri. Berapa tahun lagi mereka nak pakai
    kereta tu? Kalau ia masih baru, agak berbaloi pasang ngv.
    ii. Ruang kereta itu sendiri. Adakah ia praktikal utk dipasang ngv?
    (Jika bonet kecik mgkin kurang sesuai bg sesetengah org/keluarga)
    iii. Jarak perjalanan harian. (spt yg shuth nyatakan di atas)
    iv. Ikut bajet masing2.

    dan faktor2 lain.

    sekian pandangan dr saya. :)

  6. 6 zool Jul 1st, 2008 at 5:06 am

    Baru ni dengar berita gas pun akan naik harga..
    Jadi camne tu???

  7. 7 Abdul Rashid Basar Jul 2nd, 2008 at 10:45 am

    Untuk masa terdekat ini mungkin menjimatkan. tetapi bila ngv dah banyak permintaan, ngv pulak yang naik, Macamna?……ARB Dagang

  8. 8 taukey Jul 3rd, 2008 at 3:06 pm

    NGV adalah satu satunya produk yang merugikan petronas. Kalau kita lihat shell atau syarikat lain tidak menjual NGV. Ini kerana harga dikawal oleh kerajaan dan disamping itu gas tersebut diberikan sedikit sahaja subsidi. Kalau tak silap fakta ini saya baca kat blog Tun.

    Ada juga terbaca kerajaan nak bina 200 stesen NGV seluruh negara. hehehe. konfius daaa

  9. 9 Budak Gas Jul 4th, 2008 at 1:31 am

    Aper yg korang risau sgt ni. aku keje ngan company gas aku tahu laaa. gas takkan naik punya. klau naik pun still jimat dan takkan lebih dr minyak so at the end still jimat jugak. keter aku pun pakai gas dah stahun dah. dari dok ding dong dong pasang jer. coz minyak akan naik jugak tapi harga gas akan tetap dibawah harga minyak.

  10. 10 nanas Jul 8th, 2008 at 10:06 am

    2 jam duduk kat Stesen NGV Subang jaya (SS15) and 1 jam interview mechanics (3-4 org). Semua cerita mende yg sama:
    1. Pick-up tadak. sori beb.
    2. boot space..alahai..muat utk stroller baby jek. audio system kene adjust la atau cerai terus especially woofer yg besar2 tuh.
    3. Injection car = valve enjin tahan dalam 6-7 bulan. tapi kalau tukar pun baru berapa ratus compare ngan RM yg jimat untuk isi minyak. Carburator plak = 1.5tahun.
    kiranya, every 6 months kene check la enjin tuh.
    4. Yes, kalau berulang-alik waima sunway-putrajaya hari2 pun berbaloi tukar.
    5. perkiraan senang je : kalau perjalanan sunway ke shah alam:
    petrol : RM10.00
    NGV : Bahagi 4: RM2.50
    kalau nak pasang tank 55liter, aku kena isi 2 hari sekali.
    6. kalau jalan jauh & takdek stesen NGV, switch je la pi petrol. especially balik kampung. alah, berapa kali sgt balik kampung. kalau sebulans ekali pun, tak rugi mana la. kalau keta aku, dari KL sampai temerloh bertahan la NGV tuh. the rest of the way, guna petrol. lain la stesen NGV kat kemasik tuh dah bukak..
    pikir punya pikir, aaaaaaaaaa…..tukar NGV jek la…yg penting, bulan2 insyaallah, jimat RM400.00 beb!!

  11. 11 Budak Gas Jul 9th, 2008 at 1:22 am

    aku krg setuju la ngan cakap nanas tentang keter maintenance. so far aku dah pasang setahun tak de masalah pun. masalah valve injection ker, oil pump, engine ker. rasa aku aku tak pernah lak facing that problem. klau ader org yg facing that problem rasanya bkn sbb pasang gas. may be dia tak tahu aper nak jaga bila pakai gas.

    1)Actually bila pasang gas at least once a week keter tu kena jalan pakai minyak jugak. sbb supaya oil pump tu berjalan jadi ianya tak rosak itu jer.

    2) tentang pick up tu rasnya pun tak de masalah. nak pick up cam ner sgt. aku rasa keter aku ok jer.

    3) tentang boot space tu of course la klau woofer dah makan separuh boot memang la tak muat. korang kena ingat saiz tong ngv tu besar mcm tong gas kat dapur so pikir la besar mana. aku pakai wira sedan dan pakai tong ngv 65liter. so ok jer bila balik kg beg 3-4 blh muat siap bawa stroller anak lagi. jadi aku tak tahu la bila org cakap tak muat. unless klau keter kancil mmg aku akui tak muat la. sbb mmg boot space tu tak de. klau keter yg boot dia kontot mmg la tak muat mcm keter MPV ker.
    tapi cuma skrang diorang buat lak pasang tong tu kat bawah kat tempat tayar spare.

    4)tentang harga gas tu aku tak cayua akan naik. klau naik sgt pun tak kan melebihi harga minyak. lagipun tempat aku keje ni dah dpt info harga takkan naik sbb klau naik akan berlaku rantaian kenaikan. contoh kilang dan hotel yg pakai gas akan terpaksa menanggung kerugian kos operasi dan ader possibility tutup. jadi gomen tak jadi nak naikkan.

    lagi satu klau korang nak pasang ngv ni tanya dgn org yg pakai ngv dan mechanic yg pakai ngv jgn tanya org yg tak pakai sbb byk fatwa yg akan kuar. semuabnya karut marut jer.

  12. 12 boyngv Jul 9th, 2008 at 3:54 am

    assalamualaikum…..apa khabar semua…saya adalah satu penguna system NGV ni…keyataan semua di atas ok semua……kalau nk pasang system NGV boleh lah cal saya sebab saya salah seorang yg berkeje di sysrikat pemasangan system NGV ni…Waranty system NGV 3 tahun di tempat saya…..semua kelengkapan system mempunyai sijil setiap satu kompunan yg di pasang pada kereta anda..

    call saya 012 6792610

  13. 13 nanas Jul 9th, 2008 at 10:15 am

    setuju ngan budak gas. kena tanya org yg guna NGV gak. banyak idea karut-marut. pasal valve tuh, entahle sejauh mana kebenaran. tapi mekanik2 tuh seme memang sokokng idea NGV nih :P
    sekarang, baru nak start survey installer.pening jugak.
    good luck to me and all of us.

  14. 14 boyngv Jul 10th, 2008 at 1:28 am

    assalamualaikum semua..
    Kebenaran nya menggunakan NGV adalah amat menjimatkan….bayangkan RM 10.00 boleh buat perjalanan sejauh 220km hingga 240km…Cukai jalan 25% potong pulak tu…kalau minyak (petrol) pulak mcm mana?
    Nk pasang system NGV mesti tahu bahawa tpt pasang NGV tu ada lesen - sijil pendaftaran bengkel kejuruteraan(Kategori C) dr JPJ pengiktirafan kelulusan BVB untuk Kit NGV standard ISO - DOSH - dan setiap kompunan yg dipasang pada kereta setiap satu ada sijil nya sama juga dgn cylinder nya….

    Di tpt saya semua tu ada ,,barang berkualiti… Waranty 3 tahun..harga Dr RM 3995.00 hingga RM 9000.00… Call 012 6792610

    NGV 0.68 sen skrg ni petrol rm 2.70 sen ……. 0.68 sen 10 liter rm 6.80 .. 30 hari rm 204.00 … petrol rm 2.70 sen 10 liter rm 27.00 30 hari rm 810.00 = kita jimat rm 606.00 sebulan kan kan RM 606.00 kalau simpan setahun dh berapa RM 606.00 x 12 bulan = RM 7,272.00 setahun… pasang NGV tiap tiap bulan bayar kt bank boleh lepas punya dan enjin boleh di jaga dgn baik dan pembelanjaan harian terjamin dan lain lain

  15. 15 yap Jul 11th, 2008 at 3:13 pm

    Pasang NGV kena cari makenik yg betul-betul pandai,kereta saya Proton,baru pasang NGV 15hari,tapi banyak masalah,enjin tak stabil,asyik nak mati,2 kali enjin terlalu panas sampai henti kat tepi jalan,kena naik cab pergi kerja,dan tukar radiator,kipas dan water pump semua yg baru,lepas tu enjin selalu berbunyi ” Pam “,yg masalah ni kena tukar plug dan plug wire baru,sampai sekarang masalah belum selesai lagi,mekanik tu masih suruh saya tukar ni tukar tu,sesiapa yg berminat beli NGV kit baru saya? Baru pakai 15hari,call 016-2056484.Sekian Terima Kasih

  16. 16 Budak Gas Jul 14th, 2008 at 1:02 am

    aku rasa masalah yg Yap facing bukan masalah besar pun. tapi mmg betul pun klau nak pasang kena cari tempat dan mekanik yg ok. sbb bila kena keadaan skrang ni ramai yg cakap blh buat tapi sebenarnya tak dpt sijil kelulusan dari JPJ. itu yg jadi bila pasang benda tu tak ok.

    Ok mengenai masalah Yap tu. Actuallu bila baru pasang NGV kit tu mmg ia akan takes time utk dptkan tuning yg betul ingat pasang pas tu blh jalan ok ker. mana ader tgk nasib laa. Sbb bila pasang mekanik tu akan set tuning keter tu. pas tu bila kita jalan keter baru kita akan dpt tahu mana problem. sbb bila pasang diorang akan pasang ikut normal standard tapi bila keter tu start berjalan baru kita akan tahu keter tu nak tuning ikut mana. sbb tu bila dah pakai kita akan tahu mana masalahnya. pasal plug tu mmg kena tukar atau kepala plug tu kena ketuk skit kasi rapat skit besi yg kepala plug tu. sbb pembakaran gas ngan pembakaran minyak berbeza jadi besi yg plug tu kena rapat. masalah ni mmg sampai skrang pun aku hadapi. so bila pegi servis keter klau tukar plug aku kena buat sendiri atau cakap ngan mekanik tu.

    pas tu pasal cable plug tu pun mmg tgk keadaan kadang-kadang perlu tukar atau tak. sbb macam plug tu jugak may be cable yg lama tu kecil jadi dia tak blh nak support api utk pembakaran.

    tapi actually Yap try bawa gi mekanik lak ker. sbb biasa klau lps pasang mmg tak de masalah besar pun. cuma kadang2 nak dapatkan tuning dia jer.

  17. 17 matzis Jul 23rd, 2008 at 5:17 pm

    minyak dan gas adalah dua bahan api yang sangat berbeza, kedua-duanya mempunyai kelebihan dan keburukan masing-masing. oleh itu fikir2kanlah yang mana paling terbaik.

  18. 18 budaktaktau Jul 31st, 2008 at 5:56 am

    aku pakai wira1.5(M) kete thn 96. aku b’mnat nk psg ngv nih tp aku xtau ape2 psl ngv ni yg aku cume tau ia mnjmatkn. elok x klu kete aku psg ngv sbb kete ni dah lame lgpun bnyk prob. mklumla kete 2nd. klu elok jnis yg mcm mane yg korg rekemenkn aku psg & brape kosnye? kt mane tmpt psg yg murah & djamin? aku dok kt jb
    kpd yg pakar2 bgi nshat cket kt aku tntg ngv & penggunaannye

  19. 19 abe wahid Aug 4th, 2008 at 6:02 am

    saya ni sikit pening lalat berkaitan NGV neh, apa ke bezanya antara pasang sistem NGV dkete sisi besar dengan kete sisi kecik; apa yang saya faham adalah kalau tong dia besar isinya lebih dan lebihlah perjalanan, tapi perbezaan harga ni yang tak faham.

    satu lagi kita cakap fasal kebaikan untuk alam sekitar, petronas dah ambil bahagian dengan tidak meninggikan harga gas, bila pula kerajaan nak ambil bahagian bantu yang kurang upaya nak pasang sistem NGV kat kete.

  20. 20 RAZALLY Aug 11th, 2008 at 1:37 pm

    hi, saya pung pengguna ngv juga ( kancil 660 m)saya dengar macam macam komen yg kita dengar ada yg betui ada yg komen tak pikir. cuma dengar cakap org aje.saya guna kancil buat runner( 130km hingga 160km satu hari ) kancil saya tak ada masalah at all, pickup macam biasa aje.cuba kita bandingkan dengan teksi ( satu hari teksi kena kayuh 200km hingga 350km ) tak ada apa pun.teksi boleh tahan 10thn hingga 15thn mungkin lebih.ini kan pula kereta persendirian lagi enjin tahan lama.cost saya satu hari cuma rm5.90 hingga rm 6.71( tengok pam )tangki 47 ltr )kalau enjin mudah nak mati tu kenalah buat adjust timing atau pun tukar power nozle yg tembaga ( cost rm50 )lepas tu adjust tenpad( cost rm45.00 )stiap kali saya kat pam ngv mesti saya tanya driver teksi tentang ngv kit boleh tahan berapa lama, boleh dikata semua teksi driver kata dia dak guna ngv kit untuk 2 teksi )untk pengetahuan anda sejak saya guna ngv saya save rm 350 hingga rm450 sebulan)loan kancil 5tahun (rm 266 sebulan)masuk dua tahun setengah kancil saya habis bayar )
    lagi satu org kata enjin tak pickup,tapi poket saya pickup.sebenarnya penggunaan petrol adalah mahal cost melebihi ansuran bulanan kereta )
    cuba ambil formula ini:
    waja bulanan 680 sebulan x 9 tahun = 108 bulan
    petrol satu hari rm 23.00 X 24 hari bekerja =rm 552.00
    ngv satu hari rm 4.00 x 24 hari bekerja =rm 96.00
    petro rm 552.00 - ngv rm 96.00 = rm 456.00 ( rm 456.00 ni awak boleh tambah untuk bayar ansuran bulanan waja anda dari 9 thn mungkin akan tinggal 4 thn atau pun rm 456.00 ni awak cuma tambah rm 224.00 aje sebulan utk sama rm 680.00 bayangkan bertapa banyaknya awak boleh save.
    sama kita renungkan
    dengan pengunaan ngv awak boleh menyelamatkan duit negara( subsidi)
    saya sekarang dlm proses nak jual kancil 660m 1998 ( ngv ready ) rm 8000.00 cash,neg
    nak tukar wira injection,biasalah dah banyak save terlalu banyak,kalau ngv naik 100 peratus pun saya masih save banyak.kalau minat dgn kancil saya sila hubungi ( 013-392-7768 ) zally

  21. 21 Suri Aug 19th, 2008 at 5:07 am

    saya baru seminggu pasang ngv kat unser saya. saya duk kat seremban dan keja saya memerlukan saya travel purata lbh krg 150 km ke 200 km sehari. Sebulan duit petrol saya lebih dari rm1000. tapi sjak seminggu ni saya baru spend rm60.00 saja. memang jimat. sebulan mungkin baru rm240.00. kos saya pasang rm6800. saya kira-kira dalam tempoh 10 ke 11 bulan saya boleh dapat balik kos pasang tu. lepas tu baru saya nak enjoy. kalau gas nak harga pun saya rasa mesti ada exra lagi. tapi harap2 tak naik le sampai saya dapat balik modal saya. he.he.he

  22. 22 boyngv Aug 20th, 2008 at 7:58 am

    assalamualaikum suri
    apa khabar..?awak pasang ngv ni system jenis apa ya..harga RM6800 kt mana>>?

  23. 23 orang laut Aug 26th, 2008 at 2:38 am

    mahal la pasang ngv…nape harga utk pemasangan ngv x serupa…paling murah yang pernah saya tanya kat kedai rm3800 utk wira 1.3 injetcion paling mahal rm6800….tolong bagi komen ape bezanyeeee

  24. 24 Suri Aug 27th, 2008 at 2:23 am

    salam untuk kekawan sume,
    saya ni tau pasang je. tapi saya buat research dulu tentang harga dan tempat yang servicenya bagus. saya buat kat jalan mantin,kawan yang pakai unser juga yang suggestkan tempat tu. Alhamdulillah, setakat ini kereta saya tak ada masalah walau pun kekadang kelam kabut juga saya enjin cam nak mati. unser saya ni manual. Camno pun, so far so good. Poket penuh je sampai ujung bulan…..

  25. 25 shah Sep 24th, 2008 at 8:14 am

    Saya pun pakai NGV kat kancil pasang tempat lain… banyak problem asyik mati enjin… Pegi kedai NGV (nilai Square) kat nilai mohon ikhsan diaorang tgk2 kan keta kancil apasal banyak masalah… dalam sehari dia orang call balik dah siap. Yang aku gembira dia orang siap susun balik tank aku untuk muatkan tayar spare yang dok kat kerusi belakang selama ini. Test drive pergh… x pernah aku alami enjin lancar selama dah sebulan aku pasang NGV. Sampai sekarang dah 3 bulan isteri pakai buat keje… xde masalah timbul cuma pick up kurang sikit sebabnya aku convert keta manual jadi auto… Lepaih nie persona pulak.

  26. 26 Mengkarung Oct 3rd, 2008 at 6:47 am

    saya dah pakai NGV pada waja 1.6 auto selama 2 minggu, amat menjimatkan jika sebelum ini pakai petrol 2 minggu lebih kurang RM 250 tapi pakai NGV baru RM 40.
    ada 2 jenis sistem NGV iaitu Sistem Mixer (RM4000 - waja) or Sequential (RM6000 - waja). Langsung x de masalah n buat masa nie belum tuning lagi first time je lepas pasang

  27. 27 ACE NGV Oct 19th, 2008 at 2:32 am

    Untuk pengetahuan anda semua,

    ACE adalah sebuah anak syarikat milik penuh (100%) EON Berhad, manakala DRB-HICOM adalah pemegang saham terbesar (80%) di dalam syarikat EON Berhad.

    ACE kini telah diiktiraf oleh JPJ Malaysia sebagai Pusat 3S NGV yang bertauliah di Malaysia. ACE mempunyai kakitangan dan teknikal partner yang berkemahiran tinggi dalam hal-hal yang berkaitan dengan NGV.

    ACE juga kini dalam proses untuk memasang lori-lori alam flora dan juga kenderaan2 syarikat di bawah kumpulan DRB-HICOM.

    Product yang ditawarkan adalah berkualiti tinggi (Rank 1 dalam dunia) dengan harga yang amat berpatutan.

    Untuk maklumat lanjut sila hubungi Automotive Conversion Engineering di nombor talian 03-3341 3131.

    Sekian,

    Terima Kasih

  28. 28 sad Oct 21st, 2008 at 3:30 pm

    helo.. aku dok kt jb.. pakai honda SV4 2.0 auto.. nk tnye pd ssape yg sudi mjwb, agak2 kos pemasangn NGV kt kete aku brape ekk? sbb aku dgr pemasangn NGV slain ikut jenis tong gas 2 ia jg kene ikut jenis kete.. aku ade dgr RM3000-RM5000. Then aku dgr ade yg pasang smpai RM6800..confius..skang kete aku tlalu kuat mkn minyak, (1km = RM0.32sen) rase nk jual je tapi fikir2 blik baru je amik sbln,rugi plk.. dan lg, ssuai ke kete aku tu pasang NGV? mksud aku kete 2 kete lame (1994). thnk you…

  29. 29 ACE NGV Oct 23rd, 2008 at 7:35 am

    En. Sad,

    Secara umum, pemasangan sistem NGV bergantung kepada sistem enjin kenderaan yang digunakan. Untuk makluman anda, sistem NGV mempunyai 3 kategori iaitu :-

    1. Karburator Sistem (Kos pemasangan 3,000 - 4,000)
    2. Mixer Sistem (Kos pemasangan 4,500 - 5,200)
    3. Sequential Sistem (6,500 - 7,200)

    Untuk memastikan prestasi kenderaan anda tidak terganggu semasa menggunakan NGV, maka anda digalakkan menggunakan sequential sistem kerana sistem ini menggunakan E.C.U NGV untuk mengawal kemasukan CNG ke atas sistem enjin kenderaan anda.

    Jika anda tidak mementingkan aspek prestasi kenderaan, maka tidak salah menggunakan Mixer sistem tetapi anda perlu meruabah “Driving Patent” anda.

    Sekian,

    ACE NGV

  30. 30 Mengkarung Nov 5th, 2008 at 8:34 am

    Encik Ace Ngv

    Apa guna saluran air yang ada pada regulator ngv, mcm mane kalau tak guna pengairan air pada regulator berkenaan. Ada apa2 masalah ke tidak

    Sekian,

    Mengkarung

  31. 31 shah Nov 17th, 2008 at 7:14 am

    En. Mengkarung, saya di fahamkan saluran air itu di gunakan jika enjin tidak cukup panas untuk melancarkan gas (gas jadi beku). Saya di fahamkan jika pakai keta kancil kena guna salur ini yang di sambung dengan hos radiator) sebab. enjin tak cukup panas untuk lancarkan aliran gas (seperti kereta sayalah).

    dengarnya untuk kaki pecut ada kit untuk melembabkan gas supaya tidak terlalu kering dan panas semasa memecut laju (jenis bawa sampai 140km/j)… Ada sesiapa tahu…?

  32. 32 dioh Nov 18th, 2008 at 12:29 am

    En ACE NGV, boleh x bagitau ACE ni kat mana dan ada x kat N9…? ada laman web x?

    Untuk waja 1.6(a) thn 2003…apa system yg paling sesuai….dan apa makna perlu merubah ‘Driving Patent’ tu….

    Terima kasih…..

Leave a Reply