Apa ringtone handphone anda?
July 10th, 2008, by shuth

Apa ringtone handphone anda?

Percaya atau tidak… muzik ringtone yang dimainkan oleh handphone anda setiap kali anda menerima panggilan, sebenarnya.. mampu mempengaruhi kemajuan bisnes anda.

Satu tips, apabila anda berkomunikasi dengan pelanggan anda melalui telefon, anda perlulah senyum sewaktu bercakap dengan mereka di telefon. Walaupun senyuman anda itu tidak dapat dilihat, tetapi, ia sebenarnya akan mempengaruhi nada suara anda..

Sebagai seseorang yang sudah akil baligh dewasa dan sering bergaul dengan orang ramai, saya pasti anda sudah boleh mengenalpasti atau membayangkan wajah & perasaan seseorang dengan hanya mendengar suara mereka sahaja. Sama ada mereka sedang takut, marah, sedih, gembira, ceria, baru bangun tido mahupun sedang “bersenam” untuk tido.

Jadi, sentiasalah senyum sewaktu bercakap di telefon.. lebih-lebih lagi jika pemanggil itu adalah bakal pelanggan anda. Perkara ini akan membuatkan pemanggil tersebut berasa selesa dan gembira untuk bercakap dengan anda. Apabila mereka gembira, mereka akan mula mempercayai anda. Apabila mereka percayai anda, mereka akan membeli produk anda. Apabila mereka beli produk anda… maka, perniagaan anda akan untung!

Persoalannya…. bagaimanakah hendak mewujudkan perasaan gembira dan sentiasa tersenyum apabila hendak mengangkat telefon?

Jawapannya.. Ringtone!… yer.. dengan ringtone telefon anda.

Sebelum ini, saya menggunapakai lagu “slow & jiwang karat putus cinta” untuk ringtone handphone saya. Oleh itu, setiap kali handphone saya berbunyi, secara tiba-tiba , saya akan terbayangkan mood putus cinta suatu ketika dulu, (ala.. masa zaman-zaman ziana zain masih anak dara dulu.. Oh!) . Oleh itu, apabila saya mengangkat handphon dan mengucapkan “hello”, suara saya agak mendatar dan tidak bermaya. Nak cakap & layan pemanggil pun rasa macam tak semangat sahaja. Maklumlah.. tengah dalam “mood” putus cinta katakan..

Tetapi..  semuanya berubah dalam sekelip mata sebaik sahaja saya menukarkan ringtone handphone saya! (apsal ayat nie bunyi macam salesletter je? Oh!). Kini saya menukarkan “ringtone” handphone saya dengan lagu yang sedikit “rancak, bersemangat & ceria”… dengan itu, setiap kali saya mendengar handphone saya berbunyi.. saya akan merasa sangat teruja, seronok, ghairah dan gembira!. Apabila angkat, saya akan mengucapkan .. “Hallluuuuu… s.h.u.t.h. suhaimy disini! Siapa disana? Boleh saya bantu?..”.. ho! ho! ho!..

Memang terasa perbezaannya..! (nasib baik den takde jual ringtone! kalau tidak, mahu penuh link ke website ringtone tu dalam post nie! Oh!).

Kesimpulannya… tukar ringtone handphone anda sekarang! Tukarkan ia kepada lagu yang mampu membuatkan anda berasa ceria dan bersemangat setiap kali mendengarnya! Insyallah bisnes anda akan bertambah maju!

Kita layan lagu nie…

Zemanta Pixie
Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

14 comments Subscribe Comments

  1. Saya pakai hp biasa je… polifonik ni..bukan mp3 ke apa… N95 shuth lain la.. :)

  2. By Han on July 11th 2008

    huis…
    lagu jiwang ow youtube tu…shuth..hehe
    lemah semangat dgr nih…

  3. lagu tu kalau baca lirik dia.. memanglah jiwang dan sedih..
    tapi kalau dengar muzik dia.. ok! rancak!…
    actually, depends pada selera masing2 sebenarnya..
    nak layan lirik ke atau nak layan muzik.. atau kedua-duanya..

  4. Huhu.. Hp saya xde bunyi.. Vibrate je sepanjang masa.. :lol:

  5. Nak mantap lagi, mcm saya langgan caller ringtone, so sapa yang tepon pasti akan dengar lagu rancak yang saya pilih. cthnya I feel good ala lagu tema ntv7 dulu

  6. shuth.. tengah main keyword ringtone ke? ohoho

  7. hehee…ada makna tu setiap apa yang shuth post..hehe betul tak??ringtone aku plak techno sound je..baru rancak..ehhe

  8. huhu..pakai yang biasa-biasa je.

  9. Still pakai tepon polifonik lagi, Nokia 3210

  10. hehehehehe….aku guna 2100…hehehe….takder lagu. edit sendiri ringtone. ekekeke. tapi tips baik juga ni.

  11. Bagus juga tip yang anda katakan tu……ARB Dagang

  12. hello shuth… lagu jiwang paling best…..

  13. Hohooo….Shuth! saya suka lagu rancak ketika “bersenam” untuk tidor. Baru semangat datang. :)

  14. hanya menggunakan ringtone old school nokia..haha nak angkat pon rasa biasa je


Add your comment