Silap langkah…
July 16th, 2008, by shuth

Silap langkah…

Ok, kali ini nak cerita sedikit perihal ekonomi negara kita. Sejak kebelakangan ini, saya melihat dan berpendapat, kerajaan telah banyak mengambil langkah yang kurang tepatdi dalam menjaga dan menguruskan ekonomi negara.

1) Kenaikan harga minyak secara mendadak.

Hasil menonton perdebatan minyak antara Dato Seri Anwar dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang ditayangkan di TV9 semalam, saya percaya, harga minyak sebenarnya boleh dinaikkan secara peringkat demi peringkat dan bukannya secara mendadak. Seperti pengurusan kewangan peribadi, kerajaan juga mempunyai dana kecemasannya. Jadi, pada waktu-waktu begini, apa salahnya menggunakan dana kecemasan tersebut “sedikit” (bukan semua) untuk membolehkan kenaikan harga minyak dilakukan secara peringkat demi peringkat. Isu yang ingin ditekankan disini ialah mengapa harga minyak dinaikan secara mendadak? Mengapa tidak dinaikan secara berperingkat? BUKANnya tak kasi langsung naik harga minyak..

Satu perkara yang saya kira agak lucu yang diperkatakan oleh Datuk Ahmad Shabery Cheek semalam ialah, berkenaan “menaikan harga minyak untuk mengurangkan kadar inflasi”. Aduh! Macam Datuk Seri Anwar kata.. “teori ekonomi mana diorang pakai nie?”.. minyak adalah keperluan asas.. jika minyak naik.. maka inflasi akan turut naik.

Konon-kononnya, duit yang tidak digunakan untuk subsidi minyak itu akan digunakan untuk subsidi makanan, subsidi pada makanan? Saya tidak nampak.. yang saya nampak, beras tempatan sudah tidak ada di pasaraya , yang ada hanya beras import yang lebih mahal. Inikah yang dikatakan subsidi makanan?

Menteri-menteri tak pernah beli ikan mahupun beras di pasar.. jadi, mereka tidak nampak realiti sebenar. Kononnya kadar inflasi negara hanya 6%, hakikatnya.. ia lebih dari itu. Jika nasi lemak dulu RM1.50 sekarang sudah RM2.00 , ianya 30%.. bukannya 6%..

Ringkasnya, menaikkan harga minyak secara mendadak adalah satu kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan.

2) Cadangan 2 gaji sebulan

Ini adalah cadangan yang paling bo*tut* yang pernah saya dengar dikeluarkan oleh pak menteri..  dengan kenaikan kadar inflasi yang mendadak secara tiba-tiba (berpunca dari kenaikan harga minyak) , rakyat perlukan lebih banyak WANG untuk menyara sara hidup, bukannya lebih KERAP. Bayaran gaji 2 kali sebulan hanya akan lebih mengkucar-kacirkan pengurusan kewangan keluarga.  Nasib baik idea bo”tut” ini tidak menjadi.

3) Memanjangkan tempoh pinjaman perumahan.

Pihak kerajaan telah berbincang dengan pihak bank, agar  kadar bayaran bulanan pinjaman perumahan dapat dikurangkan, dengan cara, memanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman. Fuh! memang satu lagi langkah silap dilakukan oleh kerajaan. Kadang-kadang saya tertanya, siapakah penasihat ekonomi negara dan mengapa beliau ini terlalu “bo*tut*” kewangan. Ini adalah perkara basic dalam pengurusan hutang. Memanjangkan lagi tempoh pinjaman,  sebenarnya akan menyebabkan jumlah hutang itu bertambah banyak (walaupun bayaran bulanan kurang, kurang sikit je.. bukan banyak pun!),.

Jika beli rumah RM100,00 , dan bayar semula dalam masa 20 tahun, anda perlu bayar RM220,000 untuk langsaikan hutang tersebut. Tetapi jika tempoh permbayaran tersebut dilanjutkan sehingga 30 tahun, bermakna anda perlu bayar sebanyak RM280,000 untuk melangsaikan hutang rumah itu (kiraan berdasarkan kadar interest 6%). Jadi, dimananya yang kurang? ianya hanya akan menyebabkan rakyat lebih terperangkap dalam hutang dan seterusnya akan menyebabkan ekonomi rakyat terus merana. Sekaligus merencat pertumbuhan ekonomi negara.
Hmm.. entahla.. apa nak jadi pun tak tahula.. rosak negara macam nie..

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

19 comments Subscribe Comments

  1. Ye memang yang saya pun percaya lepas tengot debat mlm tadi, kerajaan patut naikkan harga minyak secara berperingkat, ni tidak sebelum PRU 08 kata takkan naik minyak, tup tup naik jugak secara tiba-tiba. Sepatutnya pak Menteri turun padang tengok keadaan sebenar yang terjadi pada rakyat macam kita ni.

  2. First time tengok bro shuth komplen pasal *tooooooooooooooooooooooottttttttttttt* , bengang kat *tooooooooooooooooooooooottttttttttttt* :D

  3. saya pun setuju dengan pandangan shuth. Apa yang dilihat pada debat semalam, Anwar berhujah berdasarkan masalah rakyat, bukan bercerita pasal rakyat negara lain.

    Persoalannya harga minyak yang dinaikkan secara mendadak hanya dikaitkan dengan harga pasaran minyak mentah sedunia.

    Tadi berita kat AWANI nyatakan harga minyak mentah dunia telah turun sedikit (6 sen rasanya). Betul kata Anwar, harga minyak dunia tidak menentu, ada pasang surutnya dan tidak ada sesiapa yang boleh tentukan harga minyak akan terus naik.

    Buktinya, pengumuman keuntungan PETRONAS semalam. Jika ambil 1 bilion pun, apalah sangat daripada pendapatan kerajaan yang berbilion2 diberikan PETRONAS.

  4. Tak tau lah apa saya nak komen. Lu pikir lah sendiri………….ARB Dagang

  5. Perdebatan malam tadi sebenarnya bukan umpama “bertemu buku dengan ruas”. Dato Seri Anwar lebih berpengalaman apabila bercakap soal ekonomi dengan mengutarakan fakta-fakta yang sahih dan jelas berbanding Datuk Ahmad Shabery Cheek yang seolah-olah ketandusan hujah untuk berdebat.

  6. Sokong ‘Rakyat Terhimpit’, umpama gajah dengan semut… seorang cakap soal ekonomi, seorang lagi tak habis2 menghentam peribadi. Apa2 pun syabas kepada Datuk Shabery kerana berani untuk berdebat (walaupun kalah teruk) dan setinggi2 syabas kepada Dato’ Seri Anwar.

  7. By Hisam on July 17th 2008

    Kesian tengok shabery cheek. dia sendiri tak faham apa yang dia cakapkan. masa tengok tuh kaloo boleh nak je tolong kesat air liur kat bibir dia tuh. huhuhuhuhu

  8. Assalammualaikum,

    Sepatutnya bukan Datuk Shebery yang berdebat dengan Dato Seri Anwar, kerana beliau adalah menteri Penerangan, bukannya ekonomi.Bukan nak komen mana-mana tetapi perdebatan malam itu seharusnya menbuka mata rakyat mengenai pentingnya pengetahuan ekonomi dalam diri masing-masing. Tidak la asyik diperbodohkan sahaja.

    Sepatutnya setiap rakyat setelah habis selesai solat berdoa supaya di jauhi dari pemimpin yang zalim. Setiap doa orang yang teraniaya, akan di makbul oleh Allah.Tapi apa pun berusahalah untuk memperbaiki mikroekonomi iaitu keluarga kita dahulu.

  9. ehm..apapun. saya nantikan debat kedua. mungkinkah wujud debat kedua nanti?

  10. Apa nak jadi dengan Warga Malaysia sekarang,nampak macam bermusuhan sesama kaum.Sedarlah bangsa lain ketawakan bangsa Melayu…

  11. Yup betul kata Shut dedahkan sapa penasihat kerajaan sekarang…apa punya kambing lar idea diorang ni

  12. Salam,

    Pertama sekali, saya sependapat dengan Shuth berkaitan
    perkara di atas.

    Jika dipanjangkan tempoh pinjaman perumahan,
    berapa lama nak habis bayar da…
    Takkan sepanjang hayat nak bayar hutang je kan?

    Tentang debat pula, saya rasa Menteri Penerangan
    bukan orang yang sesuai untuk berdebat dgn DSAI.

    Ada yg perasan tak DSAI minta berdebat dgn pakar
    ekonomi yg lain pada masa akan datang?

    Harapnya lepas ini, para menteri sedar kepentingan
    melengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu.

    Jika tiada ilmu, macam mana nak memimpin kan?

    Akhir kata, mohon maaf jikalau ada terkasar
    bahasa. Saya sekadar memberi pandangan.

    Sekian, wassalam.

  13. By aida on July 19th 2008

    betulllllllllll!!!!
    yg paling penting kenapa naik mendadak bukan secara berperingkat??
    time nak kasi kemudahan bukan main tunggu lama tapi time nak naik harge cepatt jerrrr..

    pastu si ahmad shabery vs DSAI tak sesuai langsungla sebab si shabery tu asyik serang personally sampai DSAI pilih utk tidak mengattack balik sebab skali je dia dapat muncul kt tv…

    bagi “diorang” minyak naik takpelah sebab sana sini kene hantar ngan kenderaan kerajaan ,makan tido kat hotel..
    kita yg berpendapatan cukup makan ni macamane..

    ya Allah selamatkan Malaysia dari tangan tangan yg zalim…

  14. langkah yg silap ini harus diperbetulkan secepat mungkin supaya rakyat tidak terbeban dgn kos sara hidup yg semakin meningkat.

  15. salam shuth.

    ni kali pertama saya jejakkan kaki di blog anda.memenag betol apa yang shuth katakan, kerajaan tidak sepatutnya menaikkan harga dengan mendadak. tapi shuth kene gak mengetahui keadaan dunia sekarang. minyak dunia bukan naik sikik2, malah mencanak2 naik. tanpa hiraukan penderitaan penduduk DUNIA. ni bukan m’sia sahaja. cuba bayangkan negara yang lagi miskin daripada msia. pasti lagi sengsara bukan?

    Apa yang kita patut lakukan sekarang, berganding bahu, cuba untuk bertahan. Mybe masa ni, kita diuji dari segi ekonomi. seperti masa kegawatan ekonomi, semua berganding bahu. even negara pada satu tahap cukup sengsara. yang sedang belajar di overc kene panggil balik. ada yang tgh belajar kat U kene berenti. tp, semua tu kita hadapi dengan JAYANYA. salah satu sebab, kita sabar dan SUPER tenang.
    Saya pasti, dengan kehebatan anuar ibrahim dan PR sekarang, gov yang bodoh sahaja akan menaiikkan harga minyak. For sure ia akan dijadikan ISU oleh PR untuk menawan hati rakyat dan cube menjatuhkan gov. right?

    bg saya, keputusan ini, adalah keputusan terbaik untuk MASA DEPAN m’sia. mcm saudara shuth sendiri. kalau pk hari ni jerk, sure habeskan duit jerk la keje. beri barangan peribadi yang x sepatutnya. tapi, disebabkan suadara sendiri ingin memiliki MASA DEPAN yg cerah, sebab tu wat bisness internet kan? haaaa… itu lah sebabnya. even nk start dulu,myb x cukup duit nk beli hosting (macam saya :D ) tp, alhamdulillah sekarang. kan?

    saya bukan org kerajaan dan bukan pembangkang. diorg ada salah dan ada betol. im very2 sure, biler keadaan harga minyak dunia da stable, and da turun, gov akan tronkan. it just a matter of time. harap semua rakyat m’sia bersabar… tenang.. orang yg tenang adalah orang yg PALING hebat.

    shuth, ni pendapat peribadi eh. no offence. saja, semua macam nampak gov salah jerk. and, cube pk, ape contribution kita pada nation instead, apa contribution nation/negara pada kita. cube stand together sama2 berjuang. orang melayu pun da berpecah2 habes sekarang. mcm maner nk maju mccm ni.

    p/S: wah! 1st time tulis comment panjang giler mcm ni :D shuth, 0-0 eh. bukan ahli politik, cuma rasa mcm ada jugak benarnya di pihak gov.

  16. Salam

    Menarik apa yang bro Fahdi cuba katakan ok saya agak setuju juga dengan apa yang bro katakan pendek kata “balance” ok lah mungkin juga sbb kenaikan harga minyak dunia kita kata kena berkorban sedikit ok betul tu tak der masalah tapi camana dengan harga barangan yang dah mula naik mendadak…saya percaya kalo naikkan harga benda lain memang tak der masalah lah kot tapi kalo minyak ni sama ada industri, pengguna dan tak pengguna minyak pun terbabit dengan kenaikan ni ho ho…

    Selain dari subsidi minyak saya percaya gov ada sumber lain yang boleh digunakan dan source lain untuk menampung kekurangan…

  17. hello shuth… hampir tak percaya shuth komen perdebatan tersebut…. bila lagi shuth nak joint politik, maksud saya, full time….
    tapi memang betul, tak kan minyak naik secara mendadak, ini telah menyebabkan harga barang dan perkhidmatan naik mendadak juga… tapi gaji sektor swasta tak naik juga…
    harap-harap harga domain tidak naik mendadak seperti harga minyak… naik 10% tak pah jangan naik 100% dah lah.

  18. Perdebatan antara Datuk Shabery dan DSAI, secara peribadi saya katakan DSAI bukanlah calang2 orang untuk berdebat dengannya memandang beliau seorang yang berpengalaman serta mempunyai semua fakta yang jelas untuk membidas segala persoalan yang timbul.

  19. salam,
    wah hangatnyer citer pasal debat. sy pun setuju Datuk Shabery tak layak berlawan dengan DSAI. Tapi disebabkan pemimpin atasan takut agaknya sebab itu dia bagi menteri penerangan jer yang berlawan debat. Maner perginya menteri kewangan, maner tpm, maner pm? awat, takut ka?
    Yg lagi sakit hati tu baca surat khabar esoknya, rata2 memuji Datuk Shabery. kononnya DSAI ini tak layak, org yg tengah ada kes liwat tak patut muncul kat tv, ckp byk tengok kertas, tak confident la tah apa2. tut tut esok nyer kena tangkap lak DSAI. alahai, apa nk jadi dgn M’sia nie. kalu org besar gaduh, org kecik kat bawak nie aper citer…..


Add your comment