i’m out of the race
Hari ini hidup saya sedikit berbeza. Tiada lagi suasana kelam-kabut bersiap di pagi hari untuk bergegas ke pejabat. Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi, tapi saya masih lagi duduk di depan komputer dengan kain pelekat di rumah dan menulis blog ini. Oh!..
Semalam, secara rasminya, saya telah terkeluar dari “perlumbaan tikus” (rat race) setelah hampir 6 tahun menyertainya. Hari ini saya akan memulakan kehidupan baru sebagai seorang IM sepenuh masa. Nampaknya, azam saya yang ke-14 bagi tahun 2008 sudah tercapai. Yeah! (sambil mengangkat tangan dan membuat simbol peace!)
Terima kasih kepada kawan-kawan di NIOSH yang sudi membuat sedikit “Farewell Party” semalam. Semoga kalian semua terus happy & success selalu!

22 Julai 2008 : Farewell Party @ NIOSH
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.


Tahniah shuth kerana telah menjadi usahawan sepenuh masa. Lepas ni boleh la buat keje sambil pakai kain pelekat
. Jangan jadi keja lain dah la
tahniah bro. syok kan…kol 9 masih pakaikain pelekat? hahhahahaha
ho3…sy pun tumpang gembira
Tahniah bro,
Anda telah terkeluar dari (rat race). Siok wo.. wat full time kat umah..
( Bila agaknya menyusul time aku)
hohoho..perjuangan baru bermula tu..tambah lagi full time im kat malaysia.. all the best shuth.
TAHNIAH…Suhaimy. Semoga success selalu…
Sekarang berlangsung Ekspo Usahawan Maju ‘08 kat Jusco Alpha Angle.. Semalam abang pi, ada beberapa nak bertanya pasal marketing dalam online ni. Boleh la bagi kad bisnes kat diorang. good luck.
woh kool! he he.. lepas ni boleh jalani hidup kerja dari rumah sepenuh masa =)
hurmmm… nampaknya aku masih didalam perlumbaan tersebut (rat race)… erk…sampai bile yeee?
Semoga anda membuat keputusan yang betul. Doakan saya menjejaki dan mengikuti cara langkah……ARB Dagang
Hehe.. Akhirnya Shuth telah bergelar “Usahawan Internet Sepenuh Masa”
Err.. Saya dah dengar hasrat tu dari tahun lepas.. Tahniah Shuth!
PS:Huhu.. Nasib baik saya double check komen.. Kalau tak tadi tersasul tulis “suri rumah sepenuh masa” huhu..
Wah! Tahniah! Welcome to the club! Nanti boleh lah selalu bersinglet dan berkain pelekat sepanjang masa. Hihihihihi…
tahniah shuth.. tunggu turn saya pula! ohoho
alamak? jelous!, jelous!. Nampaknya ada orang lagi awal dari aku. takpe2 aku kejo.
anyway goodluck and all the best ever shuth.
Tahniah Shuth!!!
Congrats Shuth, selamat menempuh alam baru hehe.jealous ni.
Wahh..tahniah Shuth.. Saya dah dengar cerita pasal Shuth ni sejak bulan lepas dari kawan Shuth, Nizam yang keje kat oversea tu..hehe. Tapi dia xnak saya bising2.
Apa2 pun, tahniah dan semoga terus success..
tahniah shuth.
tahniah shuth!!! welcome to the club!
p/s – ada silap sikit kot kat gambar tu.. “22 August 2008 : Farewell Party @ NIOSH ” ..
tahniah shuth…apa-apapun perjuangan harus diteruskan!…kami akan menyusul dan menjejakimu sebagai panduan dan pedoman..hehehe
Welcome to the Fulltime IM Club…
Tahniah Shuth. Ini adalah salah satu langkah kecil untuk
masa depan yang besar. (pergh ayat)…
eh. tu pizza kan? kan?
Huhuhu aku nak out of the rat race jugalah….nantilah nak kena atur strategi elok2 ..kalau guys setakat pakai kain pelikat je jam 9.. pompuan pula boleh buat facial kat umah sambil2 ngadap notebook ..
Assalammualaikum,
Tahniah Shuth, semoga success selalu, doakan saya juga akan menjadi seperti anda. Fulltime IM.
Tahniah Shuth.. Semoga bertambah-tambah rezeki menjadi fulltime IM
tahniah.
bak kata yang lain di atas, ia baru bermula.
tak sama hidup yang tahu ada paycheck menanti di hujung bulan dan hidup yang belum tentu ada paycheck lagi pada bulan berikutnya.
all the best.
besttt kalo dah jadi fulltime IM ke, own your own biz (tak kira online ke , offline..) tapi hati mesti kerasss….
Tahniah bro… semoga terus succes…
Tahniah Shuth. Akhirnya impian menjadi kenyataan. Semoga semakin terus sukses dengan perniagaan yang dijalankan.
lah.. aku awal sebulan dari ko, bro.. hehe
sama-samalah kita menjadi semakin baik.
wah..shuth pun dah jadi fulltime IM yer..
tahniah2..
Tahniah Shuth
Aku hampir melakukan perkara tersebut, tapi tak jadi.
tahniah! tentu seronok kan?
semoga anda akan lebih berjaya dan dikurniakan rezeki yang melimpah-limpah.
insyaallah aku akan menyusul kemudian!
Tahniah bro…
Saya lambat lagi kot nak pencen..
HUhuhuhuh
wa wa wa.. tahniah.. nak bila ar turn saya pulak yer…
tahniah shuth..anda dah bebas dari kawalan orang lain..kini anda bebas..bila pulak akan tiba masa daku
hehe. tahniah. bukan senang nak jadi orang bebas ni..
hi shuth, i still vividly remember the many moments of us talking about you getting out of the rat race. i am delighted that you finally take the plunge! Wishing your business great success while still in ‘kain pelikat’! Don’t forget to eat well and stay in touch.
Tahniah Shuth!
Semoga terus maju…
Tahniah shuth. Dah berhenti baru tau shuth kerja NIOSH. semoga maju jaya kepada shuth salah seorang dari ikon IM di Malaysia.
Tahniah shuth,
Kejayaan tuan menguatkan lagi bukti, dengan bisnes internet pun memang boleh cari makan
Semoga tuan terus berjaya
Mungkin agak terlambat kan … tapi nak ucapkan tahniah jugak lar … Tahniah 3x …
adoiiii…jeles tak terkata…nak gak rasse jadi IM full time nie…skang ni asik bz dgn klas je..tak sbr nak hbis blajar..huwarrghhh
Tahniah sut walaupun terlambat ucapnya. Congrats again..
saya pon ade blog gak
tgh usaha untuk nk cecah rm 200
Tahniah Shuth,
En. Shuth, telah menjadi mentor inspirasi saya walaupun Shuth tidak tahu mahupun bersua muka atau mengenali saya.
Huhuhu 10 Oktober baru sampai ke artikel ini.