Masa kecik-kecik dulu, sewaktu di sekolah rendah, apabila cikgu tanya.. “Apa cita-cita awak?”, saya akan cakap.. “Saya nak jadi polis!”. Kawan-kawan saya pula, ada yang nak jadi cikgu, bomba, askar, doktor dan macam-macam lah.. yang nak jadi komunis pun ada. Ha! ha!
Sewaktu di sekolah menengah pula. Selepas peperiksaan PMR , pihak sekolah ada mengadakan minggu kerjaya. Pada minggu tersebut, beberapa pihak dijemput untuk membuat pameran dan taklimat di sekolah. Antaranya adalah seperti polis, askar, bomba, jururawat, pegawai bank dan ramai lagi.
Bagi mereka yang berminat nak jadi bomba, boleh jumpa pakcik-pakcik bomba yang ada pada hari itu untuk bertanyakan sebarang soalan. Manakala yang nak jadi polis pula, boleh jumpa dengan En. polis dan
bertanyakan bermacam-macam soalan mengenai polis.
Macam mana nak jadi polis?
Susah ke tak jadi polis?
Apa kelulusan yang perlu ada untuk jadi polis?
Berapa gaji polis sebulan?
Best tak tangkap orang jahat?
dan berbagai-bagai lagi soalan..
Memang seronok pada waktu itu, banyak ilmu dan pengalaman yang diperolehi hasil “menemuramah” En. polis tersebut. En. Polis tu pun jenis layan baaaeeekk punya!
Itu kisah sewaktu di zaman persekolahan…
Apabila sudah meningkat dewasa… seiring dengan perkembangan ilmu di minda, ditambah lagi dengan pengaruh-pengaruh persekitaran. Cita-cita yang ada di dalam diri sewaktu kecil dulu sudah berubah. Jika dulu nak jadi polis, kini, cita-cita saya adalah ingin menjadi seorang usahawan jutawan yang berjaya.
Tidak seperti di alam persekolahan dulu, pihak sekolah akan berusaha menemukan kita dengan pihak yang telah terlibat dengan sesuatu pekerjaan yang kita cita-citakan. Tapi sekarang, kita perlu cari sendiri orang-orang tersebut.
Masalah bagi saya… dimana saya nak mencari usahawan-usahawan jutawan yang telah berjaya untuk saya berbual dan bertanyakan soalan-soalan tentang “Bagaimana hendak menjadi jutawan?”.
Kebanyakkan jutawan adalah sibuk, dan masalah yang paling besar.. siapa pula saya ntuk bertemu mereka dan bertanyakan soalan? Rasa seperti tiada harapan untuk saya bertemu, bertanyakan soalan dan mengorek rahsia dan pengalaman-pengalaman mereka tentang, bagaimana hendak menjadi jutawan.
Baru-baru ini, Dr. Irfan Khairi (jutawan internet malaysia), telah mengeluarkan produk terbaru beliau. Iaitu sebuah ebook yang berjudul “Mentor Jutawan”.
Ianya adalah sebuah ebook yang memuatkan temubual antara beliau dengan jutawan-jutawan di Malaysia seperti:-
- Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
- Azizi Ali, Jurulatih jutawan & Jutawan Hartanah
- Chef Li (Dato’ Dr Rusly), Jutawan Senyap
- Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
- Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
- Dato’ Hussamuddin, Pengasas Kumpulan Karangkraf
- Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapura
Wow! Saya kira.. Ini suatu produk yang hebat! Jadi, saya terus sahaja mendapatkan ebook tersebut. Selepas membaca beberapa temuramah..
Pergh! Memang best!… soalan-soalan yang ditanyakan di dalam temubual tersebut, sama seperti soalan-soalan yang ada di fikiran saya. Itulah soalan-soalan yang ingin saya tanyakan jika berpeluang untuk berjumpa dengan semua jutawan-jutawan tersebut.
Macam mana nak jadi jutawan?
Apa halangan-halangan yang ditempuhi?
Apa pengorbanan yang perlu dilakukan?
Bagaimana menguruskan wang untuk jadi jutawan?
dan berbagai lagi soalan menarik, beserta jawapan menarik diberikan oleh jutawan-jutawan sebenar ini didalam ebook tersebut.
Bagi saya, ianya adalah satu produk yang TEPAT!
Bukankah…
kalau kita nak jadi doktor.. kita kenalah tanya doktor…
kalau nak jadi polis… kenalah tanya polis macam mana nak jadi polis..
kalau nak jadi askar.. kenalah tanya askar.. barulah kita dapat ilmu yang tepat & pengalaman yang sebenar..
Bukankah itu yang sebaiknya?
Begitu juga jika kita ingin jadi jutawan.. kenalah tanya pada mereka yang sudah bergelar jutawan.. jangan pula tanya pada rakan sepejabat atau bos anda yang “masih” belum menjadi jutawan.. takut-takut nanti, ilmu & pengalaman yang diperolehi itu kurang tepat pula.
Jadi, bagi anda yang ingin menjadi jutawan! Saya sarankan anda mendapatkan ebook “Mentor Jutawan” ini.
Memang berbaloi! Klik Disini Untuk Mendapatkan Ebook Mentor Jutawan tersebut!
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.




























Betul lah… nak tahu cam mana nak jadi jutawan, kena tanya jutawan..
Jom dapatkan..
hehe. promote ebook mentor jutawan rupanya.
Salam,
Tak dapat jumpa jutawan secara live,

jumpa melalui ebook beliau pun jadi la.
Masa tgh baca ebook tu, macam terngiang-ngiang
jer suara mereka.
Salam Saudara Suhaimy,
Ha..ha..terjumpa blog saudara yg menarik membincangkan financial freedom. Sebenarnya apakah maksud sebenar istilah ini ya. Adakah bila seseorang itu bergelar jutawan ini bermakna dia telah mencapai financial freedom? Ataupun cukup tinggal di kampung bertani, cukup makan, tiada hutang kereta, rumah dan sebagainya boleh dikatakan juga ‘financial freedom’? Boleh saudara jelaskan lebih detail. Maklumlah saya baru nak kenal istilah.
best buku ni…
)
tapi prefer printed version… sebab buku Dr. IK, yang dulu beli yang printed… (nampak meriah rak buku..
sam75 > salam sauadara sam.. untuk mencapai tahap financial freedom, kita tidak perlu capai tahap jutawan. Financial freedom adalah dimana kita bebeas dari segala hutang.. kalau pakcik yang dikampung dan bertani itu tiada hutang.. maka ya! pakcik tu pun boleh dianggap sebagai financial freedom. boleh baca entry saya sebelum ini di http://www.mohdsuhaimy.com/2008/01/17/4-tahap-kekayaan/
Saya berusia 24 tahun, dan ingin menjadi seorang yang berjaya dan mahu mewah dalam hidup yang mahu saya kecapi. Bagaimana boleh menjadi seorang berjaya dan kaya. Terima kasih.