31
Jul
08

be proactive..

Di dalam buku “Secret of Self Made Millionaires” tulisan Adam Khoo , ada menyatakan, salah satu sikap yang perlu ada untuk menjadi seorang jutawan adalah sikap “proactive”. Ia bermaksud, mengambil langkah awal ataupun bertindak terlebih dahulu.

Contoh paling mudah.. jika anda sedang duduk menunggu bas dan ternampak seorang awek cun.. anda perlulah menegur dan menjadi pihak pertama yang memulakan conversation bersama awek itu.. “Hai! sorang je?.. dah kahwin ke belum? uweeerkkk!..

Bukannya .. menunggu dan berharap awek itu berjalan di depan anda dan terseliuh.. kemudian, anda dengan machonya, akan cuba membantu. Berhentilah berharap…

Itu contoh dalam dunia percintaan.. mungkin boleh dipraktikan oleh mereka yang masih single. Untuk contoh dalam dunia perniagaan pula..

Jika anda menerima miss call sewaktu anda sedang sibuk dan tidak sempat menjawapnya. Anda perlulah telefon semula nombor “miss call” tersebut secepat mungkin. Bertanyakan, siapakah disana dan apakah yang boleh anda lakukan untuk membantu mereka?  Mungkin ianya seorang “orang kaya” yang ingin menjadi pelanggan anda dan memberikan anda projek berjuta. Itu, sesuatu yang proaktif..

Tetapi, jika anda hanya menunggu dan berharap orang tersebut menelefon anda semula. Itu adalah suatu sikap yang tidak proaktif.

Begitu juga halnya jika anda menghadiri sesebuah seminar, perjumpaan, perhimpunan atau pun gathering. Anda boleh sahaja duduk di suatu sudut dan menunggu sesiapa di majlis tersebut datang kepada anda (tidak proaktif).. ataupun, anda boleh bergerak, menegur dan memulakan conversation dengan semua orang yang berada di majlis tersebut (proaktif).

Dengan cara itu,anda akan memperolehi lebih banyak kawan dan network kelak. Di dalam perniagaan.. network adalah salah satu komponen yang penting.. lebih besar network, lebih mudah untuk anda berjaya.. saya pasti anda sedar akan hakikat itu.

Yosh!

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


12 Responses to “be proactive..”


  1. 1 ijamidayu Aug 1st, 2008 at 12:31 am

    Fuh.. Nice Tips bro.. Thanks..

    Kadang-kadang kita terlalu berharapkan? Hmmm.. Kena lebih proaktif dan agresif ler kalo mcm 2.. :)

  2. 2 paan Aug 1st, 2008 at 1:23 am

    memang betul apa yang bro katakan tue.orang yang proaktif akan lebih cepat bertindak.jangan berharap peluang datang pada kita.tapi cari dan kejarlah peluan kejayaan itu..

  3. 3 Xango Bisness Aug 1st, 2008 at 1:45 am

    Tapi dulu saya pernah tengok Shuth ni seorang yang pemalu dan kurang proaktif masa perjumpaan Alumni SaifulSham …. ke sekarang dah berubah watak dah???. Dalam perniagaan internet ni memang terbukti Shuth seorang yang proaktif.

  4. 4 shuth Aug 1st, 2008 at 1:50 am

    oo.. masa tu tak baca lagi buku Adam Khoo tu.. ho! ho! ho!..

  5. 5 Noorizam Shah Aug 1st, 2008 at 2:58 am

    so ni kalau tengok memang nampak macam pendiam.. tetapi bila dah berbual dengan dia.. memang peramah orangnya. :)

  6. 6 zool Aug 1st, 2008 at 3:01 pm

    Bile citer tang awek tu rasa cam terkena batang hidung sendiri lah plak..
    huhuhu…

    tapi memang betulkan kena ‘proactive’ dan jangan berharap bulan jatuh ke langit…
    sekarang sedang berusaha ke arah tu

  7. 7 Khai... Aug 3rd, 2008 at 5:44 am

    ya saya sokong kita menjadi seorang yang aktif. Apabila aktif secara tidak langsung kita akan lebih pantas dan cekap buat kerja. Kadang kala kita seolah-olah kena berlakon, bukan bermaksud untuk menipu tapi untuk menaikkan lagi semangat diri untuk lebih maju. Proaktif lagilah, walaubagaimanapun sikap kita lah yang penting perlu bersedia berubah ke arah lebih baik..:-)

  8. 8 nald Aug 6th, 2008 at 11:21 am

    memang… kita kena aktif…

  9. 9 bantingboy Aug 9th, 2008 at 6:14 am

    benar. proaktif itu lebih bagus dari pasif.

  10. 10 khairul Aug 12th, 2008 at 9:05 am

    Bak kata pepatah orang Melayu “Diam-diam ubi, tapi berisi”. Walaumacamanapun, setiap kerja yang dilakukan perlu bersungguh-sungguh tanpa ada rasa jemu dan putus asa.

    Setuju tak??

  11. 11 ZaidiRazali Aug 17th, 2008 at 11:12 am

    kadang2 orang nilai dari muka kita untuk buat andaian,terutama muka yang orang anggap jenis serius atau pendiam. sedangkan hakikatnya bila dah borak, silap2 lagi banyak cakapnya. tips yang bagus,dan saya sendiri sedar kepentingan ini. tanpa network, sukar nak bejaya dalam apa jua yang dilakukan oleh kita.

  1. 1 Rahsia Peluang Perniagaan Internet Tips Buat Duit Usahawan Internet » Archive » Nak Promosi FREE? Cari Lelaki Ini! Pingback on Aug 2nd, 2008 at 3:49 pm

Leave a Reply