Archive for July, 2008



23
Jul

i’m out of the race

Hari ini hidup saya sedikit berbeza. Tiada lagi suasana kelam-kabut bersiap di pagi hari untuk bergegas ke pejabat. Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi, tapi saya masih lagi duduk di depan komputer dengan kain pelekat di rumah dan menulis blog ini. Oh!..

Semalam, secara rasminya, saya telah terkeluar dari “perlumbaan tikus” (rat race) setelah hampir 6 tahun menyertainya. Hari ini saya akan memulakan kehidupan baru sebagai seorang IM sepenuh masa. Nampaknya, azam saya  yang ke-14 bagi tahun 2008 sudah tercapai. Yeah! (sambil mengangkat tangan dan membuat simbol peace!)

Terima kasih kepada kawan-kawan di NIOSH yang sudi membuat sedikit “Farewell Party” semalam. Semoga kalian semua terus happy & success selalu!

22 August 2008 : Farewell Party @ NIOSH

22 Julai 2008 : Farewell Party @ NIOSH

Zemanta Pixie

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

16
Jul

Silap langkah…

Ok, kali ini nak cerita sedikit perihal ekonomi negara kita. Sejak kebelakangan ini, saya melihat dan berpendapat, kerajaan telah banyak mengambil langkah yang kurang tepatdi dalam menjaga dan menguruskan ekonomi negara.

1) Kenaikan harga minyak secara mendadak.

Hasil menonton perdebatan minyak antara Dato Seri Anwar dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang ditayangkan di TV9 semalam, saya percaya, harga minyak sebenarnya boleh dinaikkan secara peringkat demi peringkat dan bukannya secara mendadak. Seperti pengurusan kewangan peribadi, kerajaan juga mempunyai dana kecemasannya. Jadi, pada waktu-waktu begini, apa salahnya menggunakan dana kecemasan tersebut “sedikit” (bukan semua) untuk membolehkan kenaikan harga minyak dilakukan secara peringkat demi peringkat. Isu yang ingin ditekankan disini ialah mengapa harga minyak dinaikan secara mendadak? Mengapa tidak dinaikan secara berperingkat? BUKANnya tak kasi langsung naik harga minyak..

Satu perkara yang saya kira agak lucu yang diperkatakan oleh Datuk Ahmad Shabery Cheek semalam ialah, berkenaan “menaikan harga minyak untuk mengurangkan kadar inflasi”. Aduh! Macam Datuk Seri Anwar kata.. “teori ekonomi mana diorang pakai nie?”.. minyak adalah keperluan asas.. jika minyak naik.. maka inflasi akan turut naik.

Konon-kononnya, duit yang tidak digunakan untuk subsidi minyak itu akan digunakan untuk subsidi makanan, subsidi pada makanan? Saya tidak nampak.. yang saya nampak, beras tempatan sudah tidak ada di pasaraya , yang ada hanya beras import yang lebih mahal. Inikah yang dikatakan subsidi makanan?

Menteri-menteri tak pernah beli ikan mahupun beras di pasar.. jadi, mereka tidak nampak realiti sebenar. Kononnya kadar inflasi negara hanya 6%, hakikatnya.. ia lebih dari itu. Jika nasi lemak dulu RM1.50 sekarang sudah RM2.00 , ianya 30%.. bukannya 6%..

Ringkasnya, menaikkan harga minyak secara mendadak adalah satu kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan.

2) Cadangan 2 gaji sebulan

Ini adalah cadangan yang paling bo*tut* yang pernah saya dengar dikeluarkan oleh pak menteri..  dengan kenaikan kadar inflasi yang mendadak secara tiba-tiba (berpunca dari kenaikan harga minyak) , rakyat perlukan lebih banyak WANG untuk menyara sara hidup, bukannya lebih KERAP. Bayaran gaji 2 kali sebulan hanya akan lebih mengkucar-kacirkan pengurusan kewangan keluarga.  Nasib baik idea bo”tut” ini tidak menjadi.

3) Memanjangkan tempoh pinjaman perumahan.

Pihak kerajaan telah berbincang dengan pihak bank, agar  kadar bayaran bulanan pinjaman perumahan dapat dikurangkan, dengan cara, memanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman. Fuh! memang satu lagi langkah silap dilakukan oleh kerajaan. Kadang-kadang saya tertanya, siapakah penasihat ekonomi negara dan mengapa beliau ini terlalu “bo*tut*” kewangan. Ini adalah perkara basic dalam pengurusan hutang. Memanjangkan lagi tempoh pinjaman,  sebenarnya akan menyebabkan jumlah hutang itu bertambah banyak (walaupun bayaran bulanan kurang, kurang sikit je.. bukan banyak pun!),.

Jika beli rumah RM100,00 , dan bayar semula dalam masa 20 tahun, anda perlu bayar RM220,000 untuk langsaikan hutang tersebut. Tetapi jika tempoh permbayaran tersebut dilanjutkan sehingga 30 tahun, bermakna anda perlu bayar sebanyak RM280,000 untuk melangsaikan hutang rumah itu (kiraan berdasarkan kadar interest 6%). Jadi, dimananya yang kurang? ianya hanya akan menyebabkan rakyat lebih terperangkap dalam hutang dan seterusnya akan menyebabkan ekonomi rakyat terus merana. Sekaligus merencat pertumbuhan ekonomi negara.
Hmm.. entahla.. apa nak jadi pun tak tahula.. rosak negara macam nie..

14
Jul

WangCyber.com Gathering 2008

WangCyber Gathering 2008