Archive for August, 2008

30
Aug

Antara Bajet , Merdeka & Puasa di tahun 2008..

Fuh.. banyak perkara yang akan berlaku pada minggu ini…

Bajet 2009…

Semalam, Paklah baru sahaja membentangkan bajet negara untuk tahun 2009. Secara keseluruhan (atas kertas), bajet kali ini lebih cenderung kepada membantu golongan miskin & sederhana. Ye ke? Sejauh mana keberkesannya (perlaksanaannya) sering kali akan menjadi tanda tanya. Yang seringkali saya dengar, apabila ada pihak-pihak yang berkelayakan seperti petani/orang miskin / ibu tunggal dan sebagainya datang ke pejabat kerajaan untuk memohon bantuan.. seringkali akan terdengar alasan.. bajet takde , bajet dah habis, bajet belum sampai dan anda tak layak…

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Memang, tahun ini terasa sangat suram sambutan kemerdekaan, mungkin disebabkan masalah minyak, masalah politik yang ntahhapahapantah dan masalah kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan ramai orang tiada “mood” untuk menyambut hari kemerdekaan. Terlampau banyak masalah & perkara yang lebih penting dan perlu difikirkan oleh semua orang pada waktu ini berbanding memikirkan bila & berapa banyak bendera yang hendak digantungkan di pagar rumah.

Puasa  Ramadhan

Dalam 1-2 hari lagi, kita akan sambut bulan ramadhan pula… semoga bulan ramadhan kali ini akan memberikan lebih banyak ruang kepada diri kita semua untuk muhasabah diri.

Projek terbaru saya kaliini, ada kaitan dengan ketibaan bulan ramadhan. Targetnya hendak dilancarkan minggu lepas, tapi diatas masalah teknikal, ianya terpaksa ditangguhkan dan lewat sedikit, mungkin saya akan melancarkannya serentak dengan ketibaan 1 Ramadhan nanti.

Sedikit preview untuk projek terbaru saya ini… He he he..

Boleh teka kot?

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

28
Aug

Maskahwin.com Upgraded!

Sedang sibuk-sibuk membuat projek baru, tiba-tiba saya terpaksa tangguhkan ia sementara kerana label printing untuk projek terbaru masih belum siap. Insyallah “projek baru” akan disambung semula pada hari sabtu nanti selepas label tersebut siap.

Sementara itu, saya mengambil kesempatan ini untuk menyiapkan versi upgrade website maskahwin. Sebenarnya, saya sudahpun memulakan proses upgrading website maskahwin.com ini sejak awal Januari 2008 yang lalu. Tapi baru sekarang ianya dapat disipakan. Fuuhh~~.. makan 8 bulan juga untuk menyiapkannya.

Alhamdulilah, kini, Maskahwin.com kini mempunyai logo baru, website baru, sistem pembayaran baru, cover baru, bonus baru serta isi kandungan ebook maskahwin juga turut dikemaskini dan ditambah.

Oh! Eheemm.. harga juga ada sedikit baru.. :D

Lawati www.maskahwin.com untuk melihat versi “after makeover” nya.

21
Aug

sibuknya shuth

#Sempoihosting..

Minggu ini saya terlampau sibuk, 5 hari saya tak cukup tidur. Semuanya gara-gara server sempoihosting.com yang di hack minggu lepas. Saya minta maaf kepada semua pelanggan yang terlibat, sehingga kini, masih ada lagi beberapa perkara kecil yang perlu di perbetulkan.

Minggu ini juga, saya telah mendapatkan 2 lagi server baru untuk sempoihosting.com, menjadikan server sempoihosting kini berjumlah 4 biji (2 di malaysia, 2 di oversea), insyallah.. selepas “waktu mendung” ini, sempoihosting.com akan terus melangkah maju lagi ke hadapan dengan lebih laju lagi. Adat orang berniaga, ada masa cerah dan ada masa mendung.. hadapilah sahaja dengan tabah.. :)

#DVD Gath Wangcyber….

Video raw bagi rakaman  WC gathering sudahpun saya perolehi dari cameraman sejak minggu lepas lagi. Cadangnya nak buat editing pada minggu ini, tapi disebabkan masalah server, terpaksalah ditangguhkan proses editing tersebut. Rasanya-rasanya macam lepas raya je baru DVD tu akan siap.. oh! lamanya.. bukan apa, saya sebenarnya terpaksa memberikan laluan kepada “projek” terbaru saya dulu..

# Projek baru?..

Saya kini sebenarnya juga sedang sibuk menyiapkan website/projek baru Extreme D, banyak juga yang perlu diuruskan untuk projek baru ini. Dari perihal mencari supplier hinggalah kepada  perihal packaging dan penghantaran. Insyallah, website baru ini akan dilancarkan seminggu sebelum hari merdeka. Seperti biasa, niche saya untuk wesite baru ini bukanlah berkaitan dengan bidang “internet marketing” ataupun bidang “buat duit”. Projek kali ini hanyalah satu cubaan untuk memberikan satu alternatif baru kepada masyarakat untuk membeli-belah. Apa projeknya dan apa websitenya?.. Shhh…. dah siap nanti baru akan saya umumkan.. :) tunggu…

Sekian, itu sahajalah yang dapat saya bagitau untuk entry kali ini.. tengah sibuk nie.. okla! nak sambung main games wat keje semula..

bye!… ~~