
Semalam, merupakan satu hari yang bersejarah bagi komuniti wangcyber.com. Setelah 3 tahun beroperasi, akhirnya, semalam, satu majlis perjumpaan ahli komuniti wangcyber secara rasmi, telah berjaya di adakan.
Rata-rata, ramai yang seronok dan gembira dengan perjumpaan semalam.. mana taknya.. selain dapat berjumpa , berteman tapi bermesra dan bernetworking bersama-sama rakan IM, semua yang hadir juga dapat baju WC, car sticker, bag, makan best, dan juga dapat ilmu dan tips yang “power” dari ahli panel forum dan juga dr. irfan sendiri. (Bak kata mastercard, the value is priceless…)
Ya!.. memang saya minta dr irfan kongsi tips, “Bagaimana nak jadi jutawan internet di malaysia.. secara real!” Jadi, saya kira.. dr irfan sudah pun berikan tips tersebut semalam. Berbahagialah semua dengan ilmu yang dr irfan berikan semalam. Kalau anda nak dengar lebih banyak tips2 yang hebat dari dr. irfan, mungkin anda boleh datang ke seminar beliau selepas ini (mungkin juga dr. irfan boleh buat seminar perniagaan internet untuk level intermediate & advance lepas nie..
).
Sebenarnya, majlis semalam adalah merupakan pengalaman “pertama kali” saya di dalam mengetuai dan menguruskan sesebuah majlis. selama ini, saya hanya menjadi pembantu sahaja. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan juga kepada saudara Farid (rahsiakambing.com) yang banyk membantu saya di dalam menguruskan majlis ini, bermula dari survey tempat hinggalah kepada menjadi pengacara majlis.
Begitu juga dengan fai yang sudi membantu menjaga booth jualan buku, hasrul yang sudi membantu kerja-kerja persedian pada hari tersebut, catzer (selaku official cameragirl) dan juga awek yang sudi menjaga kaunter pendaftaran (nama & no phone terpaksa dirahsiakan, kalau nak jumpa awek tu lagi.. boleh datang ke seminar anjuran wangcyber pada masa akan datang.. ho! ho! ho!..)
Sebenarnya, saya rasa sedikit terkilan juga semalam sebab tak sempat nak bergambar (guna camera sendiri) dan berbual-bual panjang dengan semua orang, maklumlah, jadi penganjur, sudah tentunya agak sibuk sedikit.
Bagi yang tak dapat hadir.. tak perlulah menyesal sangat (walaupun sebenarnya anda memang perlu menyesal selama 44 hari.. ho! ho! ho!)… insyallah DVD rakaman majlis gathering ini akan dikeluarkan tidak lama lagi.. tunggu…
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.



























Thanks shuth.. 2 thumbs up. tak tau nak kata apa lagi… terharu… haha..
Mmg btul…saper2 yg x hadir tu mmg rugi besar beb..hehe. Ramai IM yg ada yg selama ni tersorok identiti sebenar di sebalik ID nama dan gambar yg bergrafik..Sekali tengok, hahhh..begini orangnyer..hehe.
Kalau tak buat mcm ni, xtau la nak jumpa bila. Thanks to Shuth..
Memang best gathering ni.. First time pegi gathering sebenarnya dalam hidup..
Gathering sekolah pon tak penah nak pegi.. Tiba-tibe WC Gathering ni leh pegi lak.. haha.
Tak dapat nak pegi.. Nak buat camne…
tahniah pada shuth sebab dapat menganjurkan gathering ni dengan jayanya…
tahniah shuth! WC Gath memang superb!!!
Huhu.. Memang sebuah majlis yang sangat bermakna bagi saya walaupun saya kurang dikenali pada hari tu..

PS: Terima kasih byk shuth sbb sudi hantar saya balik..
Thanks Shuth, kerna jasa baik anda and team, dapat la gak saya tersepit hampir nak tecicir daripada 80 list. Mula da tension coz da tutup, tp bile pluang dibuka smule, xpk panjang dah…dapatla aura otai2 bekalan insan kerdil yg baru nk merangkak nih..
dan yang pastinya aku jeles uhuhu
Sedih tak dapat nak join. Jauh di perantauan…
Anyway tahniah shuth dan ahli-ahli wangcyber.com
aku pon jeles….!
p/s - nakwat camne.. ada urusan … mmg tak dpt gi…(rugi tak dpt join ‘berteman tapi bermesra dan bernetworking..’
)
Shuth.. tak patut betul kena ‘halau’ semuanya.. hehehe
Good Job Shuth,
Bile next gathering
yang tak jadi penganjur pun masih tak boleh beramah-mesra dengan semua orang
walaubagaimanapun saya puas sebab boleh kenal ramai kawan2
tahniah bro
t.kaseh bebanyk.. bebnyk t.kaseh kat sume
Takpe shuth next gathering sy ngan Fai dah plan..Fai nak jaga meja pendaftaran ngan ehem ehem…Sengal lah Fai..
Sy kalau shuth masih sudi ..spt biasa cameragirl sudei lah..itupun kira ok.
Saya bagi 5 bintang le untuk gath WC 2008 ni walaupun masa agak singkat namun Objektif saya memang tercapai walaupun tidak sepenuhnya.
Semoga ianya boleh diadakan setiap tahun kerana IM ni semakin bertambah sudah tentu semakin ramai kawan nanti.
Tahniah, Shuth!
tahniah bro, saya memang respect ngan bro…. tapi saya tak dpt joint… jauh kat sabah.. apa-apa pun tahniah..
Tahniah kepada Shuth for a very successful gathering … memang the IM Malaysia event of the Year!
Nasib baik Kak G sempat juga balik dari ikut hubby outstation, kalo tak haru betul kalo tak dapat join bersama.
Well, next time, kalau Shuth buat 2nd Gathering ke apa-apa, SMS je kat Kak G. (huhu, saya tak buka YM sgt sekarang ni coz nanti tak terbuat kerja lak)
Once again, congrats and for that cheap price, memang berbaloi sekali. Hopefully next time can ajak lagi ramai…
Kak G.
Tahniah Shuth
Rugi pulak rasanya tak join
Shuth,
Saya ucap tahniah dan terima kasih pada WC dan team yang uruskan gathering tu. Banyak yang dapat dari situ especially networking. Hope to meet again in another event.