Shuth @ MPH Bookstore.
Sabtu, 9 Ogos 2008 : Saya dan Mohammed Farid akan berada di MPH Bookstore , Midvalley , pada pukul 1.00 – 2.00 petang untuk sesi “Book Talks” buku Rahsia Blogger.
Maklumat lanjut adalah seperti berikut :
Sesi Book Talks Buku Rahsia Blogger
Tarikh : 9 Ogos 2008
Masa : 1 – 2 petang
Tempat : MPH Bookstore, Midvalley.
Semua pembaca-pembaca blog ini dijemput hadir untuk menyaksikan sesi book talks tersebut. Jumpa anda disana!
Updated!
Gambar sekitar sesi book talks yang berlangsung di MPH midvalley.

Farid cuba menyakinkan pendengar bahawa mereka boleh buat duit dengan blog!

Farid semakin syok dan ghairah berceloteh!

Shuth malu-malu kucing.. mioooowww.. sambil mencakar meja!
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

Shuth kalau buat di MPH Ipoh tentu saya turun. Bagi mereka yang dekat tu jangan lepaskan pelung bergambar dan dapatkan autograph penulisnya sekali.
cool.. tapi sabtu mmg hari yg sibuk bagi saya…pagi petang niaga ….(apatah lagi bil-bil dah sampai minta jelas
)…
takde rezeki nak tgk otai bagi talk.. mungkin lain kali…
wah,cepat betul bro upload gambar ye..hehehe.tak sangka saya berpeluang berjumpa dengan salah seorang daripada barisan-barisan otai IM.hehehe.Semoga,buku rahsiablogger akan hangat di pasaran.
bez of luck,
from newbie.
hoho..jauh la. kalau dekat mungkin aku datang.
Jangan plak en farid interfrem shuth plak…
Sama2 le kan…
boleh jadi ejen nih. kena cari mph nih nak order seketul dua…
knape ye sy merasakan kebanyakan orang2 yg menjadi IM ni kelihatan seorang yang pendiam di alam nyata..
adakah ini petanda? ngee..(^_^)
maybe ini hasil pemerhatian saya..
adakah mereka malu meluahkan di alam nyata,
maka ianya dilepaskan di alam maya…dan
apabila berjaya di alam nyata, baru yakin di alam maya:-)
huhu..ayat skema:p (maybe sy kena belajar cara2 ‘attractive word’ dr en.suhamy:)
Buku nie pun dah lama dalam pasaran. Just ramai yang x perasan..
Apa pun good luck bro shuth… Bila la ada kesempatan nak jumpa otai-2 nie. Dah gath itu hari ada hal. Nie pun ada program lak.. Isk2.. Kempunan aku..
hello bro shuth,
buku nih memang best, memang sesuai kepada individu yang baru ingin berjinak-jinak dengan dunia blog. buku ini adalah buku first berkenaan blog yang saya beli, dah lama dah saya beli, dalam tahun nih jugalah tapi tak ingat tarikh bila.
Bro, kalau boleh perbanyakkan karya anda dalam bentuk buku fizikal, saya bukannya apa, tapi saya lebih suka beli buku berbentuk fizikal berbanding ebook, kerana rasa lebih puas membacanya..
Kalau dah biasa public speaking nanti, saya rasa malu-malu kucing shuth akan hilang pepelan.Boleh cari makan dengan jadi speaker mana-mana seminar internet. Sebagai founder forum IM yang paling top (kira macam DP Malaysia) mesti boleh cari makan punya.
Oleh kerana shuth ni ramai fan, apa kata shuth announce sikit aktiviti2 offline di blog ni. Dan kalau turun jb sound saya
alamak..baru hari ni bukak blog shuth..kalau saya tahu tarikh tu, leh gi sana, kebetulan time tu saya keluar ke KL….huhuhuh..
blalang >> ramai fan? ho! ho!.. kalau kipas angin tu banyakla.. saya baru je pasang twitter kat blog nie.. so.. aktiviti offline saya, mungkin saya akan gunakan twitter je untuk beri makluman. maklumlah, tgh offline.. so.. boleh sent update pakai sms jerla.
Tahniah atas penghasilan buku ini…..ARB Dagang
Hi Mr Shuth dan semua pengunjung….saya telah membeli buku ini secara online dan buku ini sampai minggu lepas…saya beli buku ini untuk mendapat ilmu tambahan kerana sebelum ni…saya dalam proses membuat Buku “Panduan Asas Blog Untuk Newbie”…
Buku ini baik..padat dengan tips buat duit… sebelum ini saya telah pun mengikuti program google adsense, Nuffnang.com.my, dan advertlets.com…tetapi dalam buku RAHsia Blogger mengupas lebih banyak dan padat mengenai program yang boleh membuat duit….dari buku tersebut saya dapat info mengenai Technorati.com, SEO, RSS, Mybloglog…. dan banyak lagi tips….Kalau Nak tahu dan nak tambah ilmu mengenai blog, dapatkan lah Buku Rahsia Blogger…