Makluman kepada semua pelanggan-pelanggan sempoihosting. Salah satu server sempoihosting telah dihack dengan teruk (kemungkinan semua data-data di dalam server tersebut juga turut hilang akibat didelete oleh hacker tersebut). Pada waktu ini, saya sedang berusaha untuk menghidupkan semula server tersebut. Namun begitu, ia mungkin akan mengambil masa yang panjang. Mungkin antara 1-2 hari. Ini kerana saya terpaksa meng”create” semula semua website-website yang terletak di server tersebut.
Saya mohon maaaf kepada semua pelanggan sempoihosting yang mana website mereka terletak di server tersebut. Diharapkan anda semua dapat bersabar menunggu website anda di on semula.
Sekian, harap maklum.
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.



























saya seorang pelanggan sempoihosting.. website sy baru saja dilancarkan.. dan tgh wat promosi…then.. bila bukak pagi tadi.. ade problem.. skrg bru sy tahu kenapa masalah ni terjadi.. semoga pihak admin dapat baikpulih masalah yang dihadapi secepat mungkin.. gud luck yoo guyz!!
Berpeluh juga hari ini, dengar server kena hack. Nasib baik ada backup, kalau tak boleh pengsan dibuatnya. Alhamdulillah, cepat tindakkan En.Suhaimy, petang ok semula. Terima kasih.
Inilah risiko kalau nak wat webhoster aiyak…aduhh gerenti shuth tengah berusaha tu ,..
harap bersabar bro shuth akan mengusahakan server tersebut….diperbaiki.
selamat berjaya
em..yeke..harap2 dapat di perbaiki..
huh..blog rasmi aku pon ilang pagi tadi..tapi skrang dah ok..tgu cpanel ok maybe esok kot..thanks kat bro shuth..kawan2 lain harap sabar gak ye..
huhu..ada plak masalah. Sapela hacker tu..
thanx bro. web saya dah okay.
Hacker tu memang jahat…
Tapi nampaknya en suhaimy dapat mengawal..
Blog saya dah boleh dibuka ..
Insyaallah lepas ni backup
hacker tu…org yg sama2 buat business server lah….biasalah tu dengki mendengki dalam perniagaan nie kat mana2 pun ada. tgk bill gate berapa byk org hack win xp dia…tp dia tetap jutawan jugak. harap crew sempoi teruskan usaha dan jgn mudah putus asa…bersedia utk kena hack lagi pada masa hadapan…sampai kiamat pun hackers nie ada…x boleh nak elak…kita yg kena bersiap sedia…dak gitu…
Backup selalu shuth. Benda macam ni memang tak selalu dijangka.
ni memang musim hack la..
walaupun aku bukan pelanggan sempoihosting..
namun apa yang aku tengok sekarang..
hackers dari luar negara sedang hack server malaysia..
hackers yang serang aku bernama SYRIA HACKERS..
abis ilang website aku..
nsib baik aku wat website lain website lain hosting..hehe
tahniah kepada bro shuth atas tindakan cepat dan pantas…siapalah yg dengki tu..semoga dia akan terima pembalasan…huhu..
harap bro shuth boleh recover blik. sebelum ni blog saya pernah kena hack. semua education materials gone. tak tau apa faedah hacker menyusahkan semua org. tp doa orang teraniaya mudah termakbul!!
Owh, thanks Shuth .. bekerja keras nampaknya.
Actiually saya tak perasan server ada masalah, sebab blog iMotivasi ok saja, leh log in dan update artikel seperti biasa.
Bila masuk ke blog ni, baru saya tahu rupanya ada problem pada server SempoiHosting.
Apa-apapun, thank you..
Shueqry
shuth tahu tak siapa hacker tu? atau kerosakan tu berpunca drp apa…
mungkin server terbakar ke?
hackers ni memang tak boleh duduk diam….sabar je laaa
wangcyber kena ddos attack pulak??? alahai… macam2 laa derang nih punya serangan. memang takleh dok diam ….
apa-apa selamat berjaya En.Suhaimy…….
pemasangan unified threat management if di pasang tdk memerlukan cost terlalu tinggi spt produk ips spt tipping point -sonic wall - stonegate -sourcefire
krn kita hanya guna komputer biasa berkuasa amd 64 bit dgn ram 4G x2 (load balancing + failover) menggunakan open source os openbsd or linux utk melindungi serangan spt dos/ddos-syn flood attack/http flooding attack/
manakala loadbalancing utk melancarkan -user access ke mutiple server bersama dgn failover utk mengelakan kerosakan pd server2 yg dijadikan web server itu. jadi even satu server down server2 lain masih berfungsi secara cluster…tak perlu nak buat backup lagi…