sibuknya shuth

#Sempoihosting..

Minggu ini saya terlampau sibuk, 5 hari saya tak cukup tidur. Semuanya gara-gara server sempoihosting.com yang di hack minggu lepas. Saya minta maaf kepada semua pelanggan yang terlibat, sehingga kini, masih ada lagi beberapa perkara kecil yang perlu di perbetulkan.

Minggu ini juga, saya telah mendapatkan 2 lagi server baru untuk sempoihosting.com, menjadikan server sempoihosting kini berjumlah 4 biji (2 di malaysia, 2 di oversea), insyallah.. selepas “waktu mendung” ini, sempoihosting.com akan terus melangkah maju lagi ke hadapan dengan lebih laju lagi. Adat orang berniaga, ada masa cerah dan ada masa mendung.. hadapilah sahaja dengan tabah.. :)

#DVD Gath Wangcyber….

Video raw bagi rakaman  WC gathering sudahpun saya perolehi dari cameraman sejak minggu lepas lagi. Cadangnya nak buat editing pada minggu ini, tapi disebabkan masalah server, terpaksalah ditangguhkan proses editing tersebut. Rasanya-rasanya macam lepas raya je baru DVD tu akan siap.. oh! lamanya.. bukan apa, saya sebenarnya terpaksa memberikan laluan kepada “projek” terbaru saya dulu..

# Projek baru?..

Saya kini sebenarnya juga sedang sibuk menyiapkan website/projek baru Extreme D, banyak juga yang perlu diuruskan untuk projek baru ini. Dari perihal mencari supplier hinggalah kepada  perihal packaging dan penghantaran. Insyallah, website baru ini akan dilancarkan seminggu sebelum hari merdeka. Seperti biasa, niche saya untuk wesite baru ini bukanlah berkaitan dengan bidang “internet marketing” ataupun bidang “buat duit”. Projek kali ini hanyalah satu cubaan untuk memberikan satu alternatif baru kepada masyarakat untuk membeli-belah. Apa projeknya dan apa websitenya?.. Shhh…. dah siap nanti baru akan saya umumkan.. :) tunggu…

Sekian, itu sahajalah yang dapat saya bagitau untuk entry kali ini.. tengah sibuk nie.. okla! nak sambung main games wat keje semula..

bye!… ~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 thoughts on “sibuknya shuth

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>