Fuh.. banyak perkara yang akan berlaku pada minggu ini…
Bajet 2009…
Semalam, Paklah baru sahaja membentangkan bajet negara untuk tahun 2009. Secara keseluruhan (atas kertas), bajet kali ini lebih cenderung kepada membantu golongan miskin & sederhana. Ye ke? Sejauh mana keberkesannya (perlaksanaannya) sering kali akan menjadi tanda tanya. Yang seringkali saya dengar, apabila ada pihak-pihak yang berkelayakan seperti petani/orang miskin / ibu tunggal dan sebagainya datang ke pejabat kerajaan untuk memohon bantuan.. seringkali akan terdengar alasan.. bajet takde , bajet dah habis, bajet belum sampai dan anda tak layak…
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Memang, tahun ini terasa sangat suram sambutan kemerdekaan, mungkin disebabkan masalah minyak, masalah politik yang ntahhapahapantah dan masalah kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan ramai orang tiada “mood” untuk menyambut hari kemerdekaan. Terlampau banyak masalah & perkara yang lebih penting dan perlu difikirkan oleh semua orang pada waktu ini berbanding memikirkan bila & berapa banyak bendera yang hendak digantungkan di pagar rumah.
Puasa Ramadhan
Dalam 1-2 hari lagi, kita akan sambut bulan ramadhan pula… semoga bulan ramadhan kali ini akan memberikan lebih banyak ruang kepada diri kita semua untuk muhasabah diri.
Projek terbaru saya kaliini, ada kaitan dengan ketibaan bulan ramadhan. Targetnya hendak dilancarkan minggu lepas, tapi diatas masalah teknikal, ianya terpaksa ditangguhkan dan lewat sedikit, mungkin saya akan melancarkannya serentak dengan ketibaan 1 Ramadhan nanti.
Sedikit preview untuk projek terbaru saya ini… He he he..

Boleh teka kot?
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.



























Kuih bahulu
Shuth nak jual tu ke??:) laku tu..
..
Kalau kat sarawak leh jumpa hari2
merdeka penuh dengan kejimatan tahun ni
harap-harap dmasa akan datang banyak lah bajet boleh dikurangkan dalam belanjawan 2010
Hee.. Nampak cam kuihtradisional.com je..
Bahulu sekarang dah sampai peringkat international. Ada yang letak pelbagai perisa seperti coklat atau krim berwarna. Selamat berjaya…
Macam mana kalau nak bagi tetamu berbuka puasa? Ada beg kertas yang menarik tak? Acuan apa ada?
wah…shuth target rakyat malaysia luar negara ke apa? Rakyat malaysia yang tak dapat balik ke malaysia..huhuhu..syahdu dapat makan kueh malaysia kat luar negara..
Budget - tak der yg berterima kasih ker?
Ho ho bahulu bagus gak…senang nak jual dan tetap ada permintaan…
p/s : tgk shuth jual macam nak jual kuih tat nenas balik gamaknya
Wah Shuth, mesti jual pelbagai kuih tradisional nie.. Mantap nie..
memang banyak hal yang berlaku ogos ini…
olimpik… malaysia menang perak sahaja…
selamat merdeka… sememangnya muram berleluasa ke segenap pelusok negara…
selamat menyambut kedatangan ramadhan… semoga ia akan mekar dan mewangi tidak seperti yang lain-lain…

oh ya… selamat bajet 2009 juga… emmm… selamatkah?
hehe. jual kuih. memang laku punya.
Macam nak jual kuih raye jerk..
hehehe
kalau betul agak menarik bunyinye..a new exposure of malaya internet marketing!
tang bajet tu taknak komenla..Kalau betui kerajaan nak bantu rakyat, saya ucapkan terima kasihla banyak2…memang tu pun tugas anda…jangan time p.raya je nampak rajin turun padang dengar keluhan rakyat..
Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan kepada Shuth sekeluarga!
salam semua ,bg sesiapa yg nak invest kat public mutual samaada secara tunai ataupun melalui KWSP
bole call / sms saya JAMIAN SARIF - 012 2676091 (PERUNDING UNIT AMANAH PUBLIC MUTUAL)kaw klang,banting,shah alam dan kawasan sekitar.