Antara Bajet , Merdeka & Puasa di tahun 2008..

Fuh.. banyak perkara yang akan berlaku pada minggu ini…

Bajet 2009…

Semalam, Paklah baru sahaja membentangkan bajet negara untuk tahun 2009. Secara keseluruhan (atas kertas), bajet kali ini lebih cenderung kepada membantu golongan miskin & sederhana. Ye ke? Sejauh mana keberkesannya (perlaksanaannya) sering kali akan menjadi tanda tanya. Yang seringkali saya dengar, apabila ada pihak-pihak yang berkelayakan seperti petani/orang miskin / ibu tunggal dan sebagainya datang ke pejabat kerajaan untuk memohon bantuan.. seringkali akan terdengar alasan.. bajet takde , bajet dah habis, bajet belum sampai dan anda tak layak…

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Memang, tahun ini terasa sangat suram sambutan kemerdekaan, mungkin disebabkan masalah minyak, masalah politik yang ntahhapahapantah dan masalah kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan ramai orang tiada “mood” untuk menyambut hari kemerdekaan. Terlampau banyak masalah & perkara yang lebih penting dan perlu difikirkan oleh semua orang pada waktu ini berbanding memikirkan bila & berapa banyak bendera yang hendak digantungkan di pagar rumah.

Puasa  Ramadhan

Dalam 1-2 hari lagi, kita akan sambut bulan ramadhan pula… semoga bulan ramadhan kali ini akan memberikan lebih banyak ruang kepada diri kita semua untuk muhasabah diri.

Projek terbaru saya kaliini, ada kaitan dengan ketibaan bulan ramadhan. Targetnya hendak dilancarkan minggu lepas, tapi diatas masalah teknikal, ianya terpaksa ditangguhkan dan lewat sedikit, mungkin saya akan melancarkannya serentak dengan ketibaan 1 Ramadhan nanti.

Sedikit preview untuk projek terbaru saya ini… He he he..

Boleh teka kot?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 thoughts on “Antara Bajet , Merdeka & Puasa di tahun 2008..

  1. Kuih bahulu :) Shuth nak jual tu ke??:) laku tu..
    Kalau kat sarawak leh jumpa hari2 :) ..
    merdeka penuh dengan kejimatan tahun ni :)

  2. Bahulu sekarang dah sampai peringkat international. Ada yang letak pelbagai perisa seperti coklat atau krim berwarna. Selamat berjaya…

    Macam mana kalau nak bagi tetamu berbuka puasa? Ada beg kertas yang menarik tak? Acuan apa ada?

  3. wah…shuth target rakyat malaysia luar negara ke apa? Rakyat malaysia yang tak dapat balik ke malaysia..huhuhu..syahdu dapat makan kueh malaysia kat luar negara..

  4. Budget – tak der yg berterima kasih ker?

    Ho ho bahulu bagus gak…senang nak jual dan tetap ada permintaan…

    p/s : tgk shuth jual macam nak jual kuih tat nenas balik gamaknya

  5. memang banyak hal yang berlaku ogos ini…

    olimpik… malaysia menang perak sahaja…

    selamat merdeka… sememangnya muram berleluasa ke segenap pelusok negara…

    selamat menyambut kedatangan ramadhan… semoga ia akan mekar dan mewangi tidak seperti yang lain-lain… :)

    oh ya… selamat bajet 2009 juga… emmm… selamatkah? :)

  6. Macam nak jual kuih raye jerk..
    hehehe
    kalau betul agak menarik bunyinye..a new exposure of malaya internet marketing!
    tang bajet tu taknak komenla..Kalau betui kerajaan nak bantu rakyat, saya ucapkan terima kasihla banyak2…memang tu pun tugas anda…jangan time p.raya je nampak rajin turun padang dengar keluhan rakyat..
    Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan kepada Shuth sekeluarga!

  7. salam semua ,bg sesiapa yg nak invest kat public mutual samaada secara tunai ataupun melalui KWSP
    bole call / sms saya JAMIAN SARIF – 012 2676091 (PERUNDING UNIT AMANAH PUBLIC MUTUAL)kaw klang,banting,shah alam dan kawasan sekitar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>