Archive for September, 2008

28
Sep

Selamat Hari Raya

Selamat hari raya aidilfitri saya ucapkan kepada semua pengunjung blog ini. Dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada semua pengunjung blog ini, andainya, ada di antara anda yang tersinggung, sama ada secara sengaja atau tidak,  terhadap artikel-artikel yang saya tulis di blog ini selama ini.

Harapnya, semua kesilapan itu dapat maaf kan…

Akhir kata, “Selamat Hari Raya Aidilfitri” dan terimalah video di bawah ini sebagai tanda kemaafan di hari raya.. :)

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

24
Sep

Bajet Raya

Entry kali ini, saya tiru gaya chedet..

1. Tinggal 5 hari sahaja lagi untuk kita menyambut hari raya aidilfitri.

2. Sekarang ini saya sedang buat kira-kira untuk bajet hari raya.

3. Bajet terbesar adalah bajet balik kampung, iaitu RM500 bagi menampung kos perjalanan pergi dan balik (minyak & tol sahaja) . Tahun ini saya balik ke Kedah. Alhamdulilah, mulai esok, harga minyak turun 10sen.

4. Baju raya? Beli untuk anak-anak sahaja.. si ibu dan si bapa, pakai yg lama je.Bukannya takde duit, tapi tak mahu membazir, baju tahun lepas masih elok dan baru dipakai sekali sahaja , iaitu semasa hari pertama, waktu pergi masjid untuk sembahyang raya tahun lepas, lepastu.. setahun baju tersebut tergantung dalam almari tidak diusik. Oh!

5. Kuih raya? Ho! ho!.. takperlu nak beli lagi.. kan sekarang dah jadi tawkey kuih! Baki kuih yang tak habis tu bolehlah buat makan sendiri. ho! ho!

6. Duit raya? Budak-budak yang nak duit raya, kena nyanyi lagu raya dulu untuk den.. kalau pitching  ok.. baru dapat duit raya! ho! ho! ho!.. banyak boleh save nie..

7. Balik kampung kali ini dah tak perlu nak setup modem pakai handphone lagi untuk masuk internet. Saya dah beli usb modem bulan lepas dan dah subscribe pakej home, hop, away celcom. Insyallah.. takdelah akan jadi macam mamat kat video di bawah nie.. hu~~

8. Akhir kata, selamat menyambut hari raya, berhati-hati di jalan raya dan don’t makan kuih and drive. Bye!

09
Sep

Apakah impian hidup anda?

Pernahkah anda bertanya kepada diri anda, “Apakah yang sebenar-benarnya anda mahu di dalam kehidupan ini?”.

Seriously…

Cuba anda pejamkan mata anda sebentar, tarik nafas dalam-dalam.. dan kemudian, tanya diri anda di dalam hati.. “Apakah yang sebenar-benarnya anda mahu di dalam hidup ini?”.

Ok!.. cuba buat sekarang…

Ok.. pejam kan mata tu..

Pejamlah….

Pejam den kata.. yang ekau baca lagi nie buek apo? Den baling kang ngan kuih nie!!

ho! ho!..

..

..

..

Baiklah!.. Adakah anda dapat menjawapnya?

Mungkin jawapan anda… aku inginkan sebuah kehidupan yang bahagia! (eh?! memanglah!.. kan semua orang nak hidup bahagia?)..

Persoalannya…. adakah hidup anda tidak bahagia sekarang? Eh! Bahagia juga..

Abistu? Kenapa nak inginkan hidup bahagia lagi? Kan dah bahagia sekarang? Nak bahagia macam mana lagi?

Ho! ho! ho!…

Kebanyakkan orang mempunyai impian hidup yang kabur. Mereka sebenarnya, tidak pasti dengan apa yang mereka mahukan di dalam hidup ini. Mereka ingin hidup bahagia.. tetapi bagaimanakah rupa kebahagiaan itu?

Adakah dengan memiliki rumah yang besar?
Adakah dengan memiliki isteri yang cantik?
Adakah dengan memiliki suami yang penyanyang?
Adakah dengan  memiliki anak-anak yang soleh dan solehah?
Adakah dengan memiliki wang berjuta-juta?

Bagaimanakah kebahagian hidup yang anda inginkan? Anda perlu gambarkan ia dengan jelas di dalam minda anda! Barulah anda boleh mencapainya suatu hari nanti.

Hidup ini adalah seperti suatu perjalanan, anda perlu tahu dengan lengkap alamat destinasi yang ingin anda tujui, barulah anda boleh menuju kepadanya dan tiba kepadanya. Jika tiada alamat dan destinasi, bagaimana anda ingin menuju kepadanya?

Setiap orang mempunyai matlamat, impian serta destinasi yang berbeza-beza. Apa yang penting, anda perlu tahu dengan jelas.. apakah impian hidup anda. Tanpa impian hidup yang jelas, anda hanya akan terapung-apung tanpa arah dan hanya mengikuti arus kehidupan, dan ianya, adalah suatu kehidupan yang sia-sia.

Sekali lagi.. tarik nafas dalam-dalam dan fikirkan dengan teliti.. “Apakah yang anda mahu di dalam kehidupan ini?”.

Seriously, soalan ini nampak seperti mudah.. tetapi ia sebenarnya bukanlah semudah yang disangka, ia memerlukan pemikiran yang amat mendalam dan hati yang ikhlas kepada diri anda sendiri untuk menjawapnya…

Tak perlu menulis jawapan anda disini.. jawap sahaja di dalam hati anda dengan ikhlas.. usah menipu diri anda sendiri tentang apa yang anda mahukan sebenar-benarnya di dalam hidup ini. Jawaplah dengan ikhlas… insyallah , ianya akan membawa satu semangat baru di dalam hidup anda.

Wassalam.

P/s:- Bagi yang mahu nampak soleh & solehah, mungkin mereka akan menjawap, “Saya hanya mahukan ganjaran  syurga Allah di akhirat kelak!”.  Ya! itu sudah semestinya! Ianya adalah impian hidup setiap orang islam, tetapi.. mengapa perlu hadkan impian hidup kita kepada 1 impian sahaja?