Ya!.. Nampaknya sudah ada yang berjaya meneka dengan tepat mengenai projek terbaru saya sempena bulan ramadhan ini. Iaitu sebuah website yang menawarkan kuih-kuih tradisional sebagai produk utamanya.
So, selepas ini, bagi mereka yang tak berkesempatan nak cari kuih atau sukar untuk mendapatkan kuih-kuih kegemaran mereka terutamanya kuih-kuih tradisional, bolehlah dapatkannya di website www.kuihtradisional.com.
Buat masa ini, ada 6 jenis kuih yang ditawarkan, iaitu kuih bahulu, dodol, batang buruk, muruku, pagoda dan kuih ros. Insyallah, ianya akan ditambah lagi dari semasa ke semasa.
Jemput-jemputlah singgah ke website terbaru saya ini yer!.
Akhir kata, selamat berpuasa saya ucapkan kepada semua pembaca dan pelawat blog saya ini!
p/s:- saya suka kuih batang buruk!
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.




























huhu. siapakah yang tukang buat kuih tu??
wah..dah start dah ye.. kuih pun leh jual kat tenet sekarang..tahniah la shuth..
… cool!
p/s - maju setapak lagi…
wahh.. dodol tu buat sendiri ke shuth..
hehe..
jual kuih diinternet…
teringat kisah seorang makcik yang menjual pau diinternet tak berapa lama dahulu..
masyuk gak pendapatannye..
wah, tahniah shuth..selamat maju jaya.
Kau ke yang buat kueh Shuth?…Hebat.. Selamat Maju Jaya Bro….
hehe..mase kecik2 dulu saya suka kuih tat..mase kecik2 kan tak puase…saya slalu pau nenek saya mase die tgh buat kuih tu..haha
unik jugak la kuihtradisional.com
sesuai utk niche skrg..hehe
mesti meletup kebabow!
Wah jual kuih kat internet ye..
bagus2
Salam.wah tahniah…dah makin berkembang.semoga bro terus sukses.
sama la kuih kegemaran kita.saya pun suka kuih batang buruk,walaupun kuih tu buruk.
owh,ini dia projek terbaru shuth ek.Bagus2.Tak payah berebut2 lagi nak ke pasar beli kuih pasni.
Salam.
Tahniah Shuth. Bertambahlah satu lagi produk bisnes.Ada masa ke nak kacau dodol.
Selamat maju jaya.
Taknak tambah jenis kuih2 ke?
Kalau banyak pilihan lagi best..
ho ho ho.. terima kasih semua…
pasal kuih atau dodol tu..
bukan saya yang buat, tapi orang2 di kampung saya.
dodol tu dibuat oleh seorang ibu tunggal..
dia kacau pakai tangan je.. tak pakai mesin..
projek ini sebenarnya lebih kepada “khidmat masyarakat” untuk orang2 kampung je..
Tadi masa boring tengok TV, cerita pasal nora dan enot jual kuih tak sangka shuth pulak jual batang buruk online…hohoho (tiru shuth punya gelak)
Kuih raya dah masuk pasaran online pula. Satu perkembangan yang baik….ARB Dagang
Satu cabang perniagaan yang bagus..tahniah shuth..
Bagus gak projek camni. Good idea.
Tahniah buka satu lagi cabang bisnes.
Sedikit feedback tentang web tu.
1- tidak ada garis link pada “merujuk di sini” mungkin menyukarkan mereka yang sedikit rabun IT.
2- jangan terkejut kalau mendapat email dari diri sendiri, sebab kadang2 orang ikut tutorial(cara membeli) sejibik sejibik
p/s: sejak malam tadi tak dapat masuk WC.
tahniah bro… huhu, kalo WC tak down, tak perasan kot projek baru bro nih…
spt kata en AKU, WC tak dapat xs wooo
order..order..bawak balik kg nanti
Selamat berpose sume kengkawan.
Shuth, tahniah la ko mempelopori bisnes ni, wei, aku cadangkan ko add la sekali jual biskut raya. Wei, kalo ada aku sure giler nak tempah. Expecially Almond London. Aku suke we… Ko nak perkembangkan bisnes dgn promosi Kek Lapis Sarawak? Aku boleh tolong carikan pembekal. hehehe… mana la nak tau, nak kembangkan bisnes lagi. Kalau dah de list biskut raya dlm web ko, bgtau aku ek… kot la aku tak perasan. Anyway, semoga maju jaya. Tak sangka dak fac aku nih maju giler sekarang… Salute beb!
Tahniah Shuth memeriahkan lagi pasaran internet kita
Shuth, nape WC tak leh bukaK?
ada problem ke?
Mush tak suka kuih batang buruk sebab selalu tersembur-sembur bila makannya. Huhuhuu…
Tahniah atas pelancaran website baru ni shuth, harap lebih maju lagi bisnes dan diberkati, amin
huhu..nampak cam best je kueh tu semua.
hehe..mak sy dah lama tak buat kuih raya..salunye tunggu adik( mak sedara sy) die la buat, tak pun mak sy beli jer..tp x la beli by online ni.. die nk tekan handphone pun x reT…
ape2 pun klo bisnes blog bru u ni berjya..bg tao k..agk2 untung berlipat kali ganda ke..nk tao gak sape yg btul2 gile ngn internet ni..
tahniah shuth….ramai betul yang bagi komen pasal bisness baru shtuh….bagus ler macam ni….ini lah dinamakan bermuafakat….macam ni lah baru orang melayu akan maju..apa pun saya nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat hari raya yang bakal tiba ….maafkan daku
wah wah macam2 biz ko ni
.. Shuth balik raya Muar? -Order online.. delivery by hand..
mesti best kuih tue nape tak buat songkok ke sampin ke bagi meriah lagi raya nie saya ada rancangan nak buat gak
Sample kuih tu masih ada lagi ker..
Yer.. sample masih ada.
aku nak order kuih raya dalam bentuk sampor dalam satu bekas berjumlah 20.000 bekas segera