Pernahkah anda bertanya kepada diri anda, “Apakah yang sebenar-benarnya anda mahu di dalam kehidupan ini?”.
Seriously…
Cuba anda pejamkan mata anda sebentar, tarik nafas dalam-dalam.. dan kemudian, tanya diri anda di dalam hati.. “Apakah yang sebenar-benarnya anda mahu di dalam hidup ini?”.
Ok!.. cuba buat sekarang…
Ok.. pejam kan mata tu..
Pejamlah….
Pejam den kata.. yang ekau baca lagi nie buek apo? Den baling kang ngan kuih nie!!
ho! ho!..
..
..
..
Baiklah!.. Adakah anda dapat menjawapnya?
Mungkin jawapan anda… aku inginkan sebuah kehidupan yang bahagia! (eh?! memanglah!.. kan semua orang nak hidup bahagia?)..
Persoalannya…. adakah hidup anda tidak bahagia sekarang? Eh! Bahagia juga..
Abistu? Kenapa nak inginkan hidup bahagia lagi? Kan dah bahagia sekarang? Nak bahagia macam mana lagi?
Ho! ho! ho!…
Kebanyakkan orang mempunyai impian hidup yang kabur. Mereka sebenarnya, tidak pasti dengan apa yang mereka mahukan di dalam hidup ini. Mereka ingin hidup bahagia.. tetapi bagaimanakah rupa kebahagiaan itu?
Adakah dengan memiliki rumah yang besar?
Adakah dengan memiliki isteri yang cantik?
Adakah dengan memiliki suami yang penyanyang?
Adakah dengan memiliki anak-anak yang soleh dan solehah?
Adakah dengan memiliki wang berjuta-juta?
Bagaimanakah kebahagian hidup yang anda inginkan? Anda perlu gambarkan ia dengan jelas di dalam minda anda! Barulah anda boleh mencapainya suatu hari nanti.
Hidup ini adalah seperti suatu perjalanan, anda perlu tahu dengan lengkap alamat destinasi yang ingin anda tujui, barulah anda boleh menuju kepadanya dan tiba kepadanya. Jika tiada alamat dan destinasi, bagaimana anda ingin menuju kepadanya?
Setiap orang mempunyai matlamat, impian serta destinasi yang berbeza-beza. Apa yang penting, anda perlu tahu dengan jelas.. apakah impian hidup anda. Tanpa impian hidup yang jelas, anda hanya akan terapung-apung tanpa arah dan hanya mengikuti arus kehidupan, dan ianya, adalah suatu kehidupan yang sia-sia.
Sekali lagi.. tarik nafas dalam-dalam dan fikirkan dengan teliti.. “Apakah yang anda mahu di dalam kehidupan ini?”.
Seriously, soalan ini nampak seperti mudah.. tetapi ia sebenarnya bukanlah semudah yang disangka, ia memerlukan pemikiran yang amat mendalam dan hati yang ikhlas kepada diri anda sendiri untuk menjawapnya…
Tak perlu menulis jawapan anda disini.. jawap sahaja di dalam hati anda dengan ikhlas.. usah menipu diri anda sendiri tentang apa yang anda mahukan sebenar-benarnya di dalam hidup ini. Jawaplah dengan ikhlas… insyallah , ianya akan membawa satu semangat baru di dalam hidup anda.
Wassalam.
P/s:- Bagi yang mahu nampak soleh & solehah, mungkin mereka akan menjawap, “Saya hanya mahukan ganjaran syurga Allah di akhirat kelak!”. Ya! itu sudah semestinya! Ianya adalah impian hidup setiap orang islam, tetapi.. mengapa perlu hadkan impian hidup kita kepada 1 impian sahaja?
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.



























Banyak kalau nak tulis apa impian saya…
kadang2 tu saya rasa macam umur ni sangat singkat untuk capai ke semua yang diimpikan…
Selepas membacanya.. Baru saya semakin faham.. Thanks bro.. Seperti bro tulis, xperlu tulis disini. Tapi tulis di hati n minda. Kemudian coretkan di kertas, maka kita akan dpt lihat hari2..
Dari situ bermula satu semangat serta keazaman yg mendalam.. YOSH!!!:)
Impian hidup saya didunia ialah utk kaya ilmu dan kaya harta benda. Dgn kekayaan itu saya akan rasa bahagia kerana boleh melakukan apa sahaja yang saya inginkan seperti berbelanja, melancong, membuat amal kebajikan(derma dsb) dan dengan masa saya yang banyak itu, saya boleh menumpukan perhatian kepada keluarga dan ibadat. Kekayaan yang saya perolehi didunia ini amat saya syukuri. Ia merupakan satu perjalanan dan saya jadikan ia sebagai landasan utk mencapai impian ukhrawi saya iaitu mendiami syurga Allah yang kekal di akhirat.
Utk mencapai impian saya itu maka perkara yang perlu saya lakukan ialah, berusaha sedaya upaya utk menambah ilmu dan menambah kekayaan harta benda, dan dalam masa yang sama, saya tetap melaksanakan segala amal kebajikan utk bekalan tercapainya impian diakhirat.
Impian saya adalah ingin memakan kuih tradisional..he3..gurau jer..
Bila kita hendakkan impian berjaya, berjaya itu terlalu luas. Kalau esok pagi baru first time bangun sahur pun dah di kira berjaya juga .
Begitu juga dengan aspek-aspek lain. Oleh itu saya rasa cara terbaik untuk mencapai impian adalah menulis di sehelai kertas dan tampalkan di tempat yang selalu anda boleh lihat. Secara tdk langsung minda akan memainkan peranan untuk menggerakkan tubuh ke arah impian td.
Impian dan cita-cita dalam hidup yang membezakan kita sebagai manusia, memang betul kata en shuth, makin kurang jelas kita tentang impian dan kehendak hidup,semakin jauh dan samar-samar kita dalam meniti jalan kearah kejayaan tersebut. Terima Kasih diatas penulisan yang sangat menyedarkan ini.
http://www.kisahjutawan.blogspot.com
benar. aku punya banyak impian.
Bagi saya, impian hidup saya adalah untuk mendapatkan apa yang saya nak dapat :p
OK. Seriously,
Saya cuma nak masuk Syurga dengan cara ________*.
tempat kosong tu misi/objektif hidup saya.
Impian saya adalah untuk memiliki sebuah impian. Saya tidak pasti samada saya mempunyai impian yang jelas atau tidak dalam hidup saya. Jadi impian saya adalah untuk memiliki sebuah impian yang jelas dalam hidup.
Bak kata shuth, kita tidak semestinya menghadkan kepada satu impian sahaja. Maka impian saya yang kedua adalah apabila saya sudah memiliki impian yang jelas dalam hidup nanti, saya mengimpikan untuk menjadikan impian saya itu satu kenyataan.
Kesimpulannya, “aku mengimpikan sebuah impian menjadi kenyataan”…..
Boleh tak macam tu bro Shuth??????
impian oh impian…jalan menuju impian banyak cabarannya..
impian saya nak pergi bercuti! hehe
amzani.. saya rasa jawapan tu sama dengan jawapan.. “Entah! Tak tahu”.. he he he!
Takper.. tak perlu malu.. ramai sebenarnya orang di luar sana.. apabila ditanya.. “Apakah impian hidup anda?”.. mereka akan jawap.. “Hmm.. entahla.. tak pernah fikir pulak!”.
Tak caya?.. cuba anda tanya rakan-rakan di sekeliling anda.

Tak perlu malu.. masih belum terlambat untuk anda fikirkan tentang impian hidup anda pada waktu ini..
sesiapa dah ada meh la tulis kat blog. bagi orang lain baca gak. baru tercabar dan mencabar.
http://www.pakdi.my/blog/i-have-a-dream/
Impian hidup buat masa ini untuk mencari teman hidup dan membina keluarga bahagia..
Suhaimy,
Kalau tak silap, Linncomel pernah tulis pasal ni. Kalau tak silap, impian, matlamat, visi dan cita - cita walaupun nampak seakan sama maksud, namun dari segi zahirnya ia adalah berbeza kan?
Betul tu Shuth,
Saya setuju dengan post ini. Esp orang2 muda.
Bila kita rasa nak buat something orang kata ini,
bila kita rasa nak buat somethung orang kata itu,
nak cakap banyak orang kata takde experience… hehe…
Semoga Kita Berjaya Mencapai Impian Masing2!
Sabri
Impian saya yang tak hipokrit ialah:
Ada saving RM500K pastu dah bebas kewangan dan selepas itu boleh berhenti kerja bolehlah solat 5 waktu jemaah di masjid sambil buat bisnes online. Rumah? pada saya yang ada ni skrg ni Alhamdulillah cukup la.. tak yah besar2 sangat. Nanti anak nak g toilet pun takut. Kereta, honda jerung buruk sekarang ni pun dah ok janji tak breakdown tengah jalan tapi kalau ada rezeki nak beli MPV baru pulak huhuhu dan last sekali impian saya (banyak betul impian) dapat master in IT, kasi bakar semangat anak2 belajar.
Impian skrg nak dekat ng suami. Huhu…
Assalammualaikum,
Impian saya yang paling utama adalah untuk menjadi OKB (Orang Kaya Bertakwa). Setelah membaca buku dari adik penulis “Ayat-Ayat Cinta”, persepsi saya mengenai keperluan untuk menjadi kaya berubah.
Tetapi titik permulaannya adalah kebebasan kewangan dan bebas dari menjadi ‘orang gaji’ 9 To 5.
yang pasti,sekarang nie impian aku ialah menjadi seorang blogger dan internet marketer yang berjaya….tapi masih kurang fokus lagi….
Menarik tajuk entry kali ini. Tidak dinafikan semua org mempunyai impian. aku yakin semua org mengimpikan sesuatu yg terbaik buat dirinya sendiri. Malah begitu juga dengan diri saya sendiri. Saya tertarik dengan sebuah puisi yang seakan sinis atau satira bentuk bunyi rima nya yang mana antara lain berbunyi:
Sahabat…
Dengan wang kau bisa memperolehi rakan, tetapi bukan persahabatan.
Dengan wang kau bisa membeli ubat, tetapi bukan kesihatan.
Oleh itu aku sanggup menanggung penderitaanmu , serahkan wang mu …
muahaha. lebih kurang mcam tu la. Apa yg penting di sini ialah :
Impian aku hanya satu;
Sihat walafiat agar banyak ibadah yang boleh aku lakukan. Setiap perkerjaan adalah ibadah. Dan setiap ibadah ada pahala.
Dunia kita kendong, akhirat berciciran.
cam kene batang idung aku.. awal2 aku sendiri pun tatau matlamat hidup aku.. huhu, tapi bila dah baca post nie……………………… still x jelas lagi matlamat idup aku!!! haha…
Kita tidak dapat menjaga harta tetapi ilmu dapat menjaga kita
Impian atau matlamat tu sama kan…. Bagi orang Islam impian tu sepatutnya memang satu. Macam yang dinyatakan dalam ummul kitab. …..semata-mata untuk menghambakan diri pada NYA. Itu paksi kita. Jadi kalau kita nak buat apa pun berniaga ke…apa ke….atau nak belayar sejauh mana pun tak menjadi halangan selagi kita berpegang pada paksi tu…Insya’allah usaha kita akan di berkati. Aminnnnnn…..
impian saya senang je…
xnak keja dengan orang..
orang x leh paksa aku nak g mana..
yang paling penting x bangun pagi-pagi mengadap jam pegi kerja…
kalu korang seorang yang kena bangun pagi2 pergi kerja…
korang adalah orang yang belum merdeka …
sowi itu pendapat aku…
Salam Bro Shuth!
Ya, Impian saya adalah untuk mendapatkan kebahagiaan dan memberikan kebahagian kepada orang lain, agar kita sama-sama dapat hidup dalam keharmonian dan gembira selalu!
Betul tak Bro?
http://www.glowglokal.com
Sudah pasti untuk hidup lebih baik daripada semalam..
boss…orang n9 ke?haha
Saya rasa Impian boleh Dicapai Allah Maha Besar Kita hanya Usaha mungkin apa yang dicitakan tak dicapai namun Allah lebih hebat mengatur kehidupan anda terus berusaha
rm 200k dah cukup….pastu kerje cam biase…kawin…buat anak…didik….blablabla….bahagia di hari tua…..
memang betul setiap manusia mesti ada impian masing2. tapi untuk mengejar impian mesti ada je.. dugaan yang melanda-landa. semuanya terserah kepada kita, sama ada kita sabar ke tidak menempuh cabaran dan dugaan yang mendatang tanpa henti-henti. kalau kita mudah putus asa, memanglah tak kan dapat punya kita capai impian yang selalu berlegar difikiran kita. memang betul ALLAH dapat mengubahkan hidup seseorang. tapi kalu kita tak nak ubahkan hidup kita dulu macam mana allah nak bantu ubahkan kehidupan kita….
Semuanya terpulang kepada kita…….
Inpianku?
hmm..
mudah saja, dan jelas..
aku tak mau bertangguh lagi..!!
ada 8 program internet bisnes yang masih menunggu untuk dilaksana.
Dalam banyak-banyak tu, rahsia blogger jadi pilihan.
burke hedges-
we never know which book will hardly impacted our lives.
impian untuk berubah merasai nikmat kekayaan-takrif kejayaan semasa.
…dan berlaku konflik jiwa, apabila saya ni jenis yang bahagia walau tak kaya..!!
konflik inikan terubat jua..
wasalam