Bajet Raya

Entry kali ini, saya tiru gaya chedet..

1. Tinggal 5 hari sahaja lagi untuk kita menyambut hari raya aidilfitri.

2. Sekarang ini saya sedang buat kira-kira untuk bajet hari raya.

3. Bajet terbesar adalah bajet balik kampung, iaitu RM500 bagi menampung kos perjalanan pergi dan balik (minyak & tol sahaja) . Tahun ini saya balik ke Kedah. Alhamdulilah, mulai esok, harga minyak turun 10sen.

4. Baju raya? Beli untuk anak-anak sahaja.. si ibu dan si bapa, pakai yg lama je.Bukannya takde duit, tapi tak mahu membazir, baju tahun lepas masih elok dan baru dipakai sekali sahaja , iaitu semasa hari pertama, waktu pergi masjid untuk sembahyang raya tahun lepas, lepastu.. setahun baju tersebut tergantung dalam almari tidak diusik. Oh!

5. Kuih raya? Ho! ho!.. takperlu nak beli lagi.. kan sekarang dah jadi tawkey kuih! Baki kuih yang tak habis tu bolehlah buat makan sendiri. ho! ho!

6. Duit raya? Budak-budak yang nak duit raya, kena nyanyi lagu raya dulu untuk den.. kalau pitching  ok.. baru dapat duit raya! ho! ho! ho!.. banyak boleh save nie..

7. Balik kampung kali ini dah tak perlu nak setup modem pakai handphone lagi untuk masuk internet. Saya dah beli usb modem bulan lepas dan dah subscribe pakej home, hop, away celcom. Insyallah.. takdelah akan jadi macam mamat kat video di bawah nie.. hu~~

8. Akhir kata, selamat menyambut hari raya, berhati-hati di jalan raya dan don’t makan kuih and drive. Bye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 thoughts on “Bajet Raya

  1. Salam bro,

    Dalam keadaan yang seperti menghampiri kegawatan nie, jimat cermat amat digalakkan.
    bagusnya orang rumah awak…tak kisah guna baju yang taun lepas. (alangkah besnya andai sumer pompuan dalam dunia nie macam nie, paham situasi semasa, dapat belanja ikut perlu bukan ikut nafsu)hehehehehe sekadar renungan bersama.

    selamat memburu “Laialtul Qadar”

  2. Salam Shuth,

    Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan untuk Shuth sekeluarga.

    Maaf Zahir & Batin…

    Kalau balik kampung berhati-hati memandu.

    ZAKI

    p/s: Video iklan paling menyentuh perasaan pernah saya tonton.
    Terima kasih Shuth kerana sudi berkongsi video Raya tuh!…
    Semoga kita bertambah insaf dengan pengorbanan ibu…

  3. Balik kedah? Katner? Changlun ke? Anyway, Slamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin…

    p/s: Brape bro bayar untuk subscribe home, hop, away celcom?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>