12
Oct
08

SetBersalin.com For Sale!

UPDATED @ 12.01am , 1 Nov 2008 : Setbersalin.com SOLD to Mom for RM1820

Update Note:

Saya telah cuba untuk mengumumkan pemenang bid ini pada pukul 12.01 tadi, tetapi saya tidak tahu kenapa, saya sendiri tak boleh nak post di ruangan komen.. asyik keluar error “Sorry, you can only post a new comment once every 15 seconds”.. sampailah sekarang nie pun saya masih tak boleh nak post di ruangan komen. So.. terpaksalah saya tuliskan disini sahaja nampaknya..

Ingin dimaklumkan, Bid telah ditutup pada pukul 12.01a.m 1 Nov 2008  tadi..dan pemenangnya ialah Mom dengan bid RM1820
So.. Tahniah kepada mom..nanti saya akan hubungi Mom di email.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua yang sudi membuat bidaan untuk jualan website ini… especially yunomi.. :) Saya terharu dengan minat yang anda tunjukkan terhadap website setbersalin.com ini.

Kepada en. mohd ashri.. saya mohon maaf banyak-banyak kerana tidak dapat menerima bidaan anda disebabkan tempoh bidaan telah tamat. Insyallah, mungkin di lain kali.. terima kasih juga saya ucapkan diatas minat anda terhadap lelongan website setbersalin.com ini.

Sekian..

====

Hari ini, saya mengambil keputusan untuk menjual salah satu website perniagaan saya. Iaitu website www.setbersalin.com. Dibawah adalah maklumat berkenaan website ini.

URL : www.setbersalin.com

Info:
Setbersalin.com telah dilancarkan pada Julai 2007.
Ianya adalah sebuah website yang menjual salah satu produk edaran amway
iaitu “Set Bersalin Tropical Herbs”.

Sebab menjual:

- ingin fokus kepada website perniagaan yang lain.
- Sudah berhenti dari menjadi agen jualan langsung syarikat amway.

Jualan termasuk:
- Domain name & Webhosting
- Website
– Optin page (www.setbersalin.com)
– minisite  (www.setbersalin.com/amway2)
- Logo & Graphic (source incl .psd)
- E-zine ( source incl .doc)
- List Opt-in (2000 leads  .csv)
- 9 Artikel follow-up autorespond
- Modus Operandi Busines (Bussines System Flowchart)

Yearly Expenses

- Domain & Hosting - RM80 (Expired on 19 April 2009)
Boleh sambung terus di sempoihosting.com atau pindah ke server sendiri.

Monthly Revenue
- RM300 - RM500 dari jualan produk (keuntungan bersih, selepas ditolak kos)
- RM100 - RM300 bonus diterima dari syarikat amway

Traffic & SEO :
- Purata 1000 pelawat unik sebulan
- top keyword @ yahoo : setbersalin , bersalin, set bersalin amway
- Google PR : 1

Potensi :
1) Pembeli boleh mendaftar sebagai agen amway dan menyambung terus jualan di website tersebut.
2) Pembeli boleh mengantikan produk jenama amway tersebut dengan produk jenama lain,
untuk ini, perlukan sedikit pengubahsuaian pada salesletter.
3) List boleh digunakan untuk menjual produk-produk back-end berkaitan ibu & bayi.

Harga Bidaan Bermula : RM1000 (bidaan berakhir sehingga 31 Oct 2008 )
Harga Buy-It-NOW: RM3000

1. Bagi mereka yang berminat untuk membuat bidaan, bolehlah membida dengan meniniggalkan harga bidaan di ruangan komen. Bidaan akan berlangsung sehingga 31 Oct atau sehingga ada orang yang membuat pembelian secara BIN.
2. Bagi yang ingin membeli terus dengan harga “Buy It NOW” (BIN) , boleh menghubungi saya menerusi “contact me”.
3. Sebarang pertanyaan juga boleh dinyatakan di ruangan komen.

Terima kasih.

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


58 Responses to “SetBersalin.com For Sale!”


  1. 1 aku Oct 13th, 2008 at 8:04 am

    Wah, ramai tak berani nak komen ke?

    Soalan,

    Pernah Iklan di Berita Harian? Kalau pernah, respon rate?

  2. 2 shuth Oct 13th, 2008 at 9:03 am

    Untuk website ini, ia tidak pernah di iklan di berita harian.

  3. 3 samdaddycool Oct 13th, 2008 at 9:45 am

    ….. offer yang menarik… tapi aku pun tak boleh nak maintain yang ada sekarang… :)

  4. 4 hanim406 Oct 13th, 2008 at 10:41 am

    saya bid RM1000

  5. 5 olie Oct 14th, 2008 at 1:06 am

    ok gak ni, tapi biar saya pikir dulu :)

  6. 6 aku Oct 14th, 2008 at 9:53 pm

    wah, dah ada bid RM1000… soalan kedua: nak diajukan di emel. boleh tahu alamat emel?

  7. 7 shuth Oct 15th, 2008 at 5:15 am

    aku >> boleh guna form “contact me”.

  8. 8 atom Oct 15th, 2008 at 6:39 am

    sy bid 1100…

  9. 9 Roslinda Oct 15th, 2008 at 11:40 am

    1200 :)

  10. 10 eyeman Oct 15th, 2008 at 6:17 pm

    ehm. bukan tak minat. Cuma belum bersedia untuk bisnis jenis nih.

  11. 11 auto parts Oct 16th, 2008 at 4:21 am

    waah ader gak yang bit bines nih nak kene banyak ilmu pasal bersalin niih baru boileh niager

  12. 12 TEKNIK LICIK DUIT RM2000 SEMINGGU Oct 17th, 2008 at 1:03 pm

    Offer yang menarik dan tertarik nak miliki website ni!dah ada pembeli lum?

  13. 13 firdauz Oct 18th, 2008 at 2:21 pm

    hehehe… banyak gak yg bid nih

  14. 14 Rina Oct 19th, 2008 at 2:45 am

    saya bid RM1300

  15. 15 mie Oct 20th, 2008 at 8:23 pm

    salam, bukn taknak bid, dah duit x cukup hu,, br lepah raya ni,, huhu

  16. 16 Mohd Ashri Oct 21st, 2008 at 5:48 am

    Saya berminat. Dan saya nak bid RM 1350.

  17. 17 ha Oct 23rd, 2008 at 1:39 am

    Minat jugak. Saya bid RM1370. terima kasih.

  18. 18 Rina Othman Oct 23rd, 2008 at 3:07 am

    Saya sgt berminat. Nak up skit….RM1400

  19. 19 Ayid Oct 25th, 2008 at 4:31 pm

    Wah dah cecah RM1400, aku up sikit RM1430….jgn marah cik rina othman

  20. 20 Ayid Oct 25th, 2008 at 4:36 pm

    up sikit RM1430….ngapa harga bid aku tak keluar??

  21. 21 yunomi Oct 28th, 2008 at 3:18 pm

    RM1500

  22. 22 Rina Othman Oct 30th, 2008 at 10:08 am

    em..saya nak up skit lg…RM1550

  23. 23 yunomi Oct 30th, 2008 at 2:03 pm

    1590

  24. 24 Mom Oct 30th, 2008 at 3:07 pm

    Salam, dah 5 kali bersalin :) sebab tu lah saya nak bid pada harga RM1620. Terima kasih.

  25. 25 yunomi Oct 30th, 2008 at 3:58 pm

    1700

  26. 26 aku Oct 31st, 2008 at 4:37 am

    Shuth memandangkan ada beberapa hari yang tersangkut dengan cuti.. mohon diginjakkan tarikh tamat bid pada selasa depan.

    harap mendapat pertimbangan…

  27. 27 shuth Oct 31st, 2008 at 7:06 am

    ho! ho!.. minta maaf en. aku.. tarikh tutup bid ini adalah pada pukul 12.00 tgh malam ini (31 Oct 2008 - Hari jumaat malam sabtu).
    kalau dianjakkan, ianya tak fair bagi yang dah bid.
    Terima kasih.

  28. 28 yunomi Oct 31st, 2008 at 1:40 pm

    Harga Bidaan Bermula : RM1000 (bidaan berakhir sehingga 31 Oct 2008 )

    Shuth kompius ni. 31Oct 2008 - boleh jadi detik akhir 30 Oct2008 bila masuk aje 12.01pm dah di kira bid tamat. atau detik akhir 31Oct2008 pada pukul 12.00pm mlm ni.

  29. 29 shuth Oct 31st, 2008 at 3:43 pm

    Yer.. tamat bid ialah pada malam ini.
    pukul 12.01.. ada lebih kurang 15 minit sahaja lagi.

  30. 30 Mom Oct 31st, 2008 at 3:58 pm

    rm1730

  31. 31 yunomi Oct 31st, 2008 at 3:59 pm

    1750

  32. 32 Mom Oct 31st, 2008 at 4:00 pm

    jam saya tepat 12 malam dah ni

  33. 33 Mom Oct 31st, 2008 at 4:01 pm

    1820

  34. 34 yunomi Oct 31st, 2008 at 4:02 pm

    1830

  35. 35 Mom Oct 31st, 2008 at 4:03 pm

    yunomi, apa kabar? hihii… mana shuth ni?

  36. 36 yunomi Oct 31st, 2008 at 4:03 pm

    Congrat Mom…

  37. 37 Mom Oct 31st, 2008 at 4:05 pm

    Entah le.
    You mesti dah banyak bisnes online kan? Agak2 je la ni

  38. 38 yunomi Oct 31st, 2008 at 4:05 pm

    Shuth…ade lagi ke nak jual?. Wang Cyber ke?hihi.

  39. 39 yunomi Oct 31st, 2008 at 4:07 pm

    Shuth ikut jam Singapore. Lambat sikit kot.
    Belum ade lagi Mom. Baru nak terjebak.

  40. 40 Mom Oct 31st, 2008 at 4:08 pm

    Berani taruk ke untuk wang cyber. Mesti puluh2 ribu orang sanggup beli

  41. 41 Mom Oct 31st, 2008 at 4:10 pm

    Sapa yang layak dapat setbersalin, saya atau yunomi? Kalau ikut timing memang fenin sikit.
    Shuth tulis tutup tepat 12.01 hihii… tadi

  42. 42 Mom Oct 31st, 2008 at 4:12 pm

    yunomi dah pernah bersalin ke? Saya dah bersalin errr… baru LIMA kali… ingatkan nak sambung lagi :) sebab macam belum cukup meriah je, tapi suami pulak meninggal raya haji tahun lepas. kanser. Sedis…

  43. 43 yunomi Oct 31st, 2008 at 4:12 pm

    Mom…Biz ni bagus. Boleh tambah barang lain jugak.SetBersalin.com dah ade.
    Satu lagi SetNakBuatIbuBersalin.com ???

  44. 44 yunomi Oct 31st, 2008 at 4:14 pm

    Ooo Takziah. Anak berapa umur?.

  45. 45 Mohd Ashri Oct 31st, 2008 at 4:17 pm

    rm1900

  46. 46 yunomi Oct 31st, 2008 at 4:18 pm

    1901

  47. 47 Mohd Ashri Oct 31st, 2008 at 4:19 pm

    rm1910

  48. 48 yunomi Oct 31st, 2008 at 4:21 pm

    1911

  49. 49 Mohd Ashri Oct 31st, 2008 at 4:22 pm

    RM1915

  50. 50 yunomi Oct 31st, 2008 at 4:23 pm

    1916

  51. 51 Mohd Ashri Oct 31st, 2008 at 4:24 pm

    RM1920

  52. 52 yunomi Oct 31st, 2008 at 4:35 pm

    1921

  53. 53 Star Oct 31st, 2008 at 4:47 pm

    Cool!! Congratulations Mom… pasni makin masyuk bisnes :)

  54. 54 Mom Nov 3rd, 2008 at 3:08 am

    Alhamdulillah…

    Tak sangka boleh dapat, padahal syok-syok je masuk bidding. Terima kasih pada semuanya. Harap-harap bisnes ini berjalan dengan baik.
    Gabra jugak ni, hihii….

  55. 55 Mohd Ashri Nov 4th, 2008 at 1:28 am

    Mom>>Tahniah & Good luck. Semoga success.

    Shuth>> Sori la ye, saya mmg sgt berminat. saya tau dah tamat tempoh. just nak puas kan ati jek. sbb saya dah cuba nak post bid dari awal tp tak bole. pastu last2 minit prob ngan internet connection lak. dah lewat gitu baru dapat nak online blk.

  56. 56 Zamri Nanyan Nov 4th, 2008 at 9:08 am

    Tahniah kepada Mom!

    Saya rasa SetBersalin.com boleh berkembang kepada bisnes yang lebih besar dan jika 2000 leads yang diperolehi daripada pakej ini berkualiti dan responsif, tak mustahil kalau dapat pulangan berkali ganda daripada harga yang dibeli. Ini tidak termasuk jualan Set Bersalin itu sendiri lagi.

    Saya rasa Shuth pun tahu apa yang saya maksudkan. :)
    Set Bersalin => Set Kecantikan => Produk Bayi => Produk Kesihatan = semuanya berkaitan dengan pakej ini dan tiada masalah untuk website ini diperkembangkan nanti.

    All the best!

    Zamri Nanyan

  57. 57 Mom Nov 5th, 2008 at 2:24 am

    Terima kasih Ashri dan Zamri.

    Nak tambah sikit daripada list yang Zamri tulis… Buku Nama Anak… Tips suami-isteri… yang saya tulis sendiri. Dah separa siap. Tapi terbengkalai dan terperok je dalam komputer tak dibuat apa-apa lagi. Nampaknya kena masuk gear lima lah lepas ni.

    Saya budak baru belajar, banyak lagi nak kena teroka …

  1. 1 Akhirnya: Up and Running! Pingback on Oct 15th, 2008 at 3:47 am

Leave a Reply