Ebook Panduan Ebay
2 hari yang lepas saya berkesempatan untuk membaca sebuah ebook panduan mengenai ebay yang berjudul “Panduan & Rahsia Ebay” yang ditulis oleh saudara Sifu Lan. Jadi, disini, saya ingin memberikan sedikit ulasan mengenai ebook tersebut.
Pada pendapat saya, ebook ini lebih sesuai untuk mereka yang masih “zero” mengenai ebay. Apa yang saya perasan, kemungkinan besar objektif ebook ini adalah untuk membolehkan seseorang itu “memulakan” perniagaan di ebay dengan “mudah” dan menguntungkan (mudah kerana ia menggunakan model bisnes dropshipping.. jadi anda sebagai penjual tidak perlu fikir mengenai hal pembungkusan dan penghantaran).
Di dalam ebook ini, sifu lan menunjukkan panduan mengenai..
- bagaimana membuka akaun paypal
- bagaimana membuka akaun ebay
- bagaimana mendapatkan virtual credit card , dan juga
- bagaimana membuka akaun dengan sebuah website dropshipper.
Jika dilihat sekali imbas, ianya adalah perkara-perkara asas untuk seseorang memulakan perniagaan di ebay. Sebab itulah saya katakan, kemungkinan besar, “objektif” ebook ini adalah membantu seseorang untuk “memulakan” perniagaan di ebay.. dan bukannya “menjadikan seseorang itu sebagai seorang peniaga yang power di ebay!”. Ini kerana di dalam ebook ini tidak ada ditunjukkan ;-
- bagaimana mendapatkan feedback yang positif
- bagaimana berinteraksi dengan pembeli dan penjual
- atau, tips-tips bagaimana menjadi power seller seperti pemilihan masa bidding yang sesuai, teknik meletakkan harga, dan juga sample-sample email komunikasi antara penjual dan pembeli.
Namun begitu, apa yang menarik bagi saya tentang ebook ini ialah tentang pendedahan website dropshipper yang sifulan gunakan. Bagi saya, Ini adalah rahsia besar, ini kerana, masalah utama model perniagaan dropshipping ialah mencari dropshipper (pembekal) yang boleh dipercayai.Tetapi, di dalam ebook ini, sifulan menunjukkan website dropshipper yang boleh dipercayai serta bagaimana menggunakan website tersebut.
Apa yang lebih menarik lagi, sifu lan juga turut mendedahkan satu website yang membolehkan anda membuat kajian pasaran sebelum anda menjual sesuatu produk di ebay. Ianya memang menarik dan berguna, dengan website ini, anda tidak perlu lagi “meneka-neka” atau “mencuba-jaya” untuk mencari produk apakah yang paling sesuai dan laris untuk dijual di ebay.
Bagi mereka yang telah membeli ebook ini, sifu lan juga turut menyediakan satu ruangan forum khas sebagai support selepas jualan. Namun begitu, buat masa ini, saya tidak lagi menyertai ruangan forum khas tersebut. Mungkin di dalam forum tersebut ada dibincangkan dengan lebih lanjut dan dengan lebih terperinci lagi mengenai langkah-langkah yang ditunjukkan di dalam ebook tersebut, seperti.. bagaimana membaca graf analisis dan juga bagaimana membuat produk design yang “menjual”.
Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan ebook ini, anda boleh dapatkan ia dengan mengklik pada banner dibawah. Harga yang ditawarkan ialah RM50 (dengan coupon).
Semoga ebook ini akan membantu anda memulakan langkah pertama di dalam menjalankan perniagaan di ebay. Yosh!
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.


Suka cara lan sifu susun duit d tangan…mengiurkan..
Ebay..kalau buat betul2 lumayan beb..
Ebay nie….dah ada dalam…perancangn. Cum skang nie stok men jeling2 aje dulu. Agak2 dah fre. Baru grak. Thanks 4 the info shuth.
Thanks Shuth atas review ikhlas dan telus.