Ebook terbaru dari shuth..akan terbit!
Ya!.. entry pendek sahaja dari saya pada kali ini. Ada beberapa berita yang menarik ingin dimaklumkan.
Makluman 1 :
Jualan lelongan website Setbersalin.com sudah berakhir semalam dan telah dimenangi oleh “mom” , dengan bid pada RM1820. Tahniah diucapkan kepada “mom”.
Makluman 2:
Insyallah, saya akan menerbitkan ebook terbaru dalam masa 2 minggu lagi. Ebook saya kali ini, menjerumus ke bidang perniagaan internet. Dan tajuk bagi ebook tersebut pula ialah, “Produk Fizikal : Panduan menjual Produk Fizikal Secara Online”. Ebook ini sebenarnya adalah merupakan ebook pertama di dalam “Siri Panduan Perniagaan Internet” yang telah dirancang akan diterbitkan dengan giatnya oleh pihak wangcyber.com pada tahun hadapan.
Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan ebook panduan ini, bolehlah start kumpul duit RM2 sehari dari sekarang.. ho! ho! ho!
Dan satu berita gembira buat mereka yang ingin mendapatkan produk terbaru dari team flarebiz, iaitu Produk NiagaKit yang akan berada dipasaran pada 3 November 2008 nanti!.. Saya akan berikan anda ebook “Produk Fizikal” ini secara PERCUMA, berserta beberapa lagi Bonus Hebat! JIKA… anda mendapatkan produk “Niagakit keluaran Team Flarebiz” menerusi link saya kelak!.. Jadi.. tungu pengumuman dari saya menerusi blog ini berkenaan tawaran tersebut.
Makluman 3:
Pelakon siri Gerak Khas, Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, telah ditangkap khalwat bersama pelakon baru, Memey atau Suhaiza Suhaimi, 20, di sebuah premis perniagaan Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, Ampang, awl pagi 30 Oktober lalu!…
Eh? Apahal plak nie!… Sorry.. sorry.. silap taip. oh!
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.


Tak sangka pulak Shuth peminat Norman Hakim :p
Anyway, I’m waiting for that e-book. Ada tunjuk tak mana nak cari kedai yang bagus yang offer mass printing dengan harga yang affordable?
Saya nak buat newsletter, tapi tu lah… tak tau mana kedai best untuk print semua tu. Kang photostat, nampak cheap pulak.
ala2 ebook ebay jugak ke bro ?
hehe..moga2 lebih berinformatif
Wah..ni dah bagus ni..Panduan menjual produk fizikal niagakit = gandingan yg hebat..hoho..(tiru shuth punya gelak
I’m waiting for you ebook bro..
Abdul rahman >> pasal mass printing nie.. ebook ini tak derlah tunjuk kedai mana.. kalau nak senaraikan kedai printing, mahu jadi macam yellow pages ebook ni.. ho! ho! ho!.. kalau nak buat printing yang banyak.. dan nak mudah, tak mahu pergi tanya kat kedai2 sebab segan.. bukak je akaun dengan http://www.excard.com.my .. boleh dapat harga murah.. siap boleh buat bisnes printing lagi..
Richie >> ebook ini bukan ebook ebay.. takde cerita langsung macam mana nak daftar kat ebay atau nak buat website. Ia bukan ebook teknikal.. tetapi ia lebih menjurus kepada “bisnes strategi planning”. Macam manak nak win the competetion? macam mana nak pilih produk yang laris? berapa harga serta kadar keuntungan yang perlu diletakkan? dan banyak lagi tips2 bisnes intermediate level..
Osman >> yeah!.. panduan produk fizikal _ niagakit memang gandingan yang mantap.. tapi saya rasa.. orang ramai sepatutnya beli ebook ini terlebih dahulu sebelum mereka beli niagakit.. sebab.. niagakit adalah “Tools”.. ebook ini pula adalah “ilmu panduan & pengalaman”.. selalunya.. sesuatu peralatan yang digunakan tanpa ilmu, boleh membahayakan..
kalu gambar lelaki itu orang malaysia lagi menarik…
imej malaysia di martabatkan….
aik..gosip artis pn ada?hehee.. tp norman tetap x mengaku salah…apa nk jadi ntahla..
hehe. norman oh norman. jatuh ke tanah jua ekau..
ermmmm…..napa erkkk artis selalu bercerai erk ?
sempat lagi nak main keyword norman dan memey tu yea.
Tahniah bro atas bakal kelahiran buku yang seterusnya
Insyallah akan dapatkan bila dah dipasarkan sebab saya
pun ada jual produk fizikal, tapi masih belum banyak
sale.
Amboi gosip abis… Wah Shuth buat income masuk dalam poket dielah… banyak betol idea si suhaimy nie yer.. ape pun kite tgk dier punyer e-book yang kuar x lame lagi tu yer… terjah!!!!!
agak-agak berapa harga eBook ni ek?
memandangkan harga minyak dah turun,maka harga eBook pun mungkin kena turun gak! (hanya pandangan skeptikal)
anyway, tahniah Shuth!
p/s : dengar cite norman hakim n memey dah nikah dah? betoi ke?