tragis seorang isteri…
November 13th, 2008, by shuth

tragis seorang isteri…

Makcik memey (bukan nama sebenar) baru sahaja kematian suami. Suaminya adalah seorang usahawan kecil yang agak berjaya. Kematian suaminya meninggalkan banyak harta, sebuah rumah, 2 buah kereta, tanah 5 ekar, wang insuran sebanyak RM500,000 serta wang tunai (kwsp, tabung haji & ASB) berjumlah RM300,000.

Makcik memey (bukan nama sebenar laa..), bukanlah seorang usahawan, beliau hanyalah seorang suri rumah yang bijak menguruskan rumahtangga. Semasa hayat suaminya, beliau tidak pernah mencampuri sebarang urusan perniagaan yang dilakukan oleh suaminya.

Kematian suaminya amat menyedihkan beliau (err.. sebenarnya taklah sedih sangat ,sebab suaminya ada tinggalkan banyak harta). Berbekalkan harta tersebut, maka dapatlah makcik memey meneruskan hidupnya dengan suasana yang sedikit selesa.

Perniagaan tunggal milik suaminya terpaksa ditutup kerana beliau langsung tidak tahu menahu bagaimana untuk meneruskan perniagaan tersebut. Hidupnya kini diteruskan seperti biasa, masih menjadi suri rumah… tapi sedikit kelainan selepas kematian suami, makcik memey kini bergelar “suri rumah berhias” (eh ada ke gelaran tu?) .

Yer.. beliau kini hanya duduk di rumah, menjaga anak-anak yang masih lagi di sekolah menengah. Pada pandangan beliau, tidak perlulah bersusah payah bekerja, harta tinggalan suaminya sangat banyak, cukuplah harta itu digunakan untuk menampung kehidupannya sepanjang hayat.

Selepas beberapa tahun, anak sulong makcik memey sudah membesar dan menjadi seorang jejaka yang tampan, keinginan anaknya untuk mendirikan rumahtangga kini membuak-buak. Nak tak nak, sebagai seorang ibu yang “sappoting” , maka segala perbelanjaan akan disponsor oleh ibunya. Maka, tergadailah seekar tanah untuk menampung perbelanjaan kenduri besar-besaran yang diadakan.

Beberapa bulan selepas itu, anak kedua beliau pula mengalami masalah kesihatan dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Setelah menjalani pemeriksaan, di dapati anaknya menghidapi masalah jantung. Sekali lagi, satu ekar tanah terpaksa di korbankan untuk menanggung kos perubatan anak beliau yang sakit.

2 tahun berlalu, anak sulong yang selama ini duduk serumah dengan ibunya, kini mahu cuba hidup berdikari, beliau inginkan sebuah rumah sendiri dan juga sedikit modal untuk memulakan perniagaan. Pendek cerita, dua ekar tanah lagi dijual untuk memenuhi kehendak dan desakan anak sulongnya.

Dipendekkan cerita lagi (malas lah nak tulis panjang-panjang.. rasa lenguh pulak.. oh!)

Selepas 15 tahun kematian suaminya, kini makcik memey terpaksa mula mencari pekerjaan untuk menyara kehidupan hari tuanya. Begitu juga dengan anak-anaknya, perniagaan yang di rancangkan tidak berhasil.

Kini, anak-anak makcik memey, bekerja di sebuah kilang perabot…. dan makcik memey pula, lebih rileks dengan menjadi “jaga” di kilang tersebut.

Pengajarannya?.. lu fikirlah sendiri .. ho! ho!..

Sudah pasti, banyak pengajaran yang diperolehi dari cerita ini, oleh itu, saya harap, selepas anda membaca kisah ini, sudilah kiranya anda memberikan komen barang sepatah dua ayat, mengenai “pengajaran” yang anda perolehi dari cerita ini.

Oh yer.. kisah diatas sebenarnya adalah sebuah kisah benar… namun begitu nama watak serta jalan cerita telah diolah untuk mewujudkan aksi-aksi yang lebih dramatik..Oh!

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

23 comments Subscribe Comments

  1. Hahhahaa. Memey memang popular kebelakangan ni, walaupun saya tak kenal pun siapalah perempuan tu :p

    Yes, semua orang perlu mempunyai sumber pendapatan, kalau tidak, jadilah macam Makcik Memey dalam cerita di atas…

  2. Kat sini pun ada makcik memey juga. Kesimpulannya makcik memey telah berjaya menghabiskan kesemua wang yang telah ditanggalkan untuknya. Nak salahkan dia pun tak boleh jugak sbb memang dia tak minat bisnes. ;)

  3. hoho..pandai bro shuth pkai keyword yg tgah panas skarang ni..sambil2 bg pengjaran..haha..
    pendapat saya..seidakan payung sebel;um hujan..

  4. Hehehe.. cerita yang menarik.. ini menjawab persoalan mengapa kita harus menceritakan serba sedikit tentang aktiviti perniagaan kita dan sentiasa minta pendapat dengan isteri.. Secara tak langsung, isteri akan jadi lebih mahir dan termotivasi untuk survive dalam hidup dan menyambung perjuangan suami apabila kita tiada kelak. Cabaran perniagaan itu sendiri banyak mengajar erti kehidupan dan komitmen rasa tanggungjawab amat baik untuk dikongsi bersama dengan ‘soulmate’ kita bergelar isteri..

  5. Alamak Shuth…. naper x sebut nama suami nya tu….

    Bukan ke nama suami dia Nor*** H****? Hehe… perisa tambahan utk keyword ‘memey’ tu… :D

  6. Pada pandangan saya, makcik memey mesti seorang yg cantik, putih dan pandai bergaya. Mungkin juga mempunyai bakat sebagai penghibur. Tidak hairanlah, ramai lelaki yg tergoda dgn makcik memey. Dah la kaya, cantik pulak tuu… Tapi awas! makcik memey mungkin akan menjadi GANASS setelah sekian lama GERSANG..! :)

  7. Kisah ini sebenarnya diceriatakan oleh bapa saya.
    Terdapat banyak pengajaran dari kisah ini sebenarnya.

    1) Apabila anda menjalankan perniagaan, tidak salah jika anda melibatkan isteri anda dan memberitahu isteri anda tentang perniagaan anda serba sedikit. Adalah lebih elok, jika anda dapat menyediakan “manual’ bagaimana menjalankan perniagaan tersebut.

    2) Orang yang mendapat harta “secara tiba2″ biasanya tidak tahu bagaimana menguruskan “harta” tersebut, oleh itu, adalah lebih bijak jika orang yang mendapat harta tersebut mendapatkan khidmat perancangan kewangan profesional mengenai bagaimana untuk menguruskan harta yang diperolehi.

    3) Adalah sesuatu yang baik juga jika si suami dapat meninggalkan sekali “ilmu” yang beliau ada mengenai perniagan & urus wang kepada isteri atau anak-anak. Sesungguhnya, meninggalkan ilmu itu lebih baik daripada meninggalkan harta.

  8. Oh! Sungguh menarik cite makcik memey nie.. :) Apa pun banyak pengajaran yg disharing oleh bro shuth kita nie..

    Apa pun, harta tetap akan habis juga. Jadi, usahakan perniagaan anda dengan bijak! :)

  9. Yes bro apa yang kau katakan memang betul pun, kita kenalah curahkan ilmu yang kita ada kepada orang yang kita sayang supaya kalau terjadi apa2 pada kita taklah diorang merempat.

    Macam apa yang arwah ayah aku cakap “Abah tak punyai harta yang menggunung, tu pasal abah suruh kau ambil dgree supaya senang nanti…” dulu aku tak berapa faham…yalah nak lebih enjoy aje…kini bila tengok dah ada rumah dan kereta aku beli sendiri, dah ada pekerjaan, pendapatan sampingan dan paling best dah jadi penulis buku pun…fuhhh inilah apa yang dimaksudkan, menampung pelajaran aku supaya aku tak hidup merempat pada masa depan…

  10. hohoho.. SEO ni.. memey memang hot sekarang ni.. :p

  11. Dalam perniagaan memang perlukan bantuan isteri lebih berkat bak kater cefli orang yang baguih untuk jadi rakan kongsi adalah isteri sendiri .Susah senang sama2 tanggung dan biler suami dah mati kan senang bini tuh nak manage dan jadi pewaris harta yang bijak

  12. Glamour jugak yee memey ni… otai pun pakai keyword memey ni…

  13. nampaknya nama memey menenggelamkan isi cerita.. :D

  14. ya…the moral valuenya, ada harta banyak tak semestinya boleh generate income tapi ada ilmu pasti boleh generate income untuk jangaka masa panjang….

  15. yeh. makcik memey memang beshh..susah nak cakap la. pempuan, bila tengok harta. kekadang matanya golap sket..

  16. Kena rancang elok-elok lepas ni :-)

  17. Kenapalah makcik memey ni tak kawin lagi? Pakcik Man tu tak payah diingat-ingatkan sangat. Cari je tokey sawit kat kg sebelah tu. Dia pun duda anak 11!

  18. Ni masalah bila tak tau nak uruskan harta..bila ada harta belanje sakan tak ingat nak menyimpan..
    akhirnya, bila dah sesak2, terpaksalah jadi jaga kilang perabot! :) tak ke haru namenye tu?

  19. makcik memey nih memang tak tahu apa-apa… takan langsung tak tahu tentang bisnes…
    p/s: para suami harus melatih isteri dalam apa saja termasuk bisnes.

  20. ya.. penting utk wife tahu serba sedikit apa yang suami mereka buat. saya pun selalu dibantu wife.. so setidak2 wife tau apa yang perlu dibuat. :)

  21. Ada pepatah cina mengatakan, lebih baik diberikan sebatang joran kepada ‘makcik memey’ daripada diberikan selori ikan…

  22. bagi emak ambil tahu dan tahu urus perniagaan, bapak boleh buat bisnes lain hoho

  23. By mas on November 11th 2009

    cari duit masa muda..bila tua leh la rehat2 lebihkan beribadah.ni kesiann bila tuaa br nk penat2 kerja..ank2 pun takleh tolong..tu la betapa penting didikan ibu bapa supaya ank2 boleh berdikari bkn asyik mintak ngan mak bapak walaupun dah besar apatah lagi tolong meringankan beban mak bapak..salah siapa?? tanya diri sendiri:)


Add your comment