Snippet Menjual Produk Fizikal..
November 20th, 2008, by shuth

Snippet Menjual Produk Fizikal..

Jual produk fizikal di internet ini memang mencabar. Tetapi cabarannya, kuranglah sedikit kalau nak dibandingkan dengan menjualnya di kedai. Apa yang bestnya menjual produk fizikal di internet ini.. saya tak perlu jumpa orang.. hanya duduk je di depan komputer… memang sesuai lah dengan saya yang pemalu nie.. oh!

Lagi satu, saya boleh jual produk ini 24 jam sehari tanpa henti, maksudnya, bukanlah saya duduk “tercongok” duduk depan komputer selama 24 jam.. tetapi.. produk saya itu.. orang boleh beli bila-bila masa sahaja… 24 jam sehari.. walaupun pada pukul 3 pagi (waktu tu mungkin saya sedang mimpi berenang-renang dan berkelah di tepi pantai hawaiai.. oh!). Kan best tu?! Kalau kat kedai biasa.. takderlah saya boleh buat macam tu.. kalau nak buat juga, terpaksalah saya tercongok di depan kaunter jaga kedai, macam kedai 7 eleven tu…

Banyak kos nak kena bayar tu, kos elektrik, kos pekerja, kos sewa kedai tu.. fuh.. mahu dekat RM3-4 ribu sebulan tu nak kena bayo.. itu baru kira kos operasi je.. belum kira kos mengambil stok untuk produk jualan. Iyerla.. menjual produk fizikal ini kan kena ada stok.. kalau takde stok macam mana nak jual kan?..

Beberapa Stok Produk Fizikal Di Rumah Saya

Kalau jual kat internet, kos operasi dapat dikurangkan, cuma perlu bayar bil streamyx je… kemudian, perlu juga ada simpanan stok sikit, tak perlulah simpan banyak-banyak.. simpan sikit-sikit sudahlah.. tetapi, kalau kena pada caranya.. memang langsung tak perlu simpan stok. Macam mana tu? itu ada saya ceritakan dalam “ebook produk fizikal” yang akan terbit pada hari isnin nie.

Ok!.. Kalau jual barang kat internet ini, biasanya, cara penghantaran adalah, menggunakan pos.  So.. kalau dapat order, kenalah cari kotak ke, kertas ke atau apa-apa sahajalah bahan yang dirasakan sesuai untuk digunakan sebagai alat membungkus produk.

Macam saya, saya biasanya bungkus pakai kertas “kajang” je… alaaa.. kertas yang warna coklat tu. Maklumlah, produk jualan saya adalah produk berasaskan “kain” (cadar, baju baby dan sebagainya). So, boleh bungkus guna kertas sahaja, tak perlu pakai kotak.

Kotak nie, saya guna bila ingin hantar barang-barang yang mudah rosak/pecah seperti kuih ataupun barang-barang elektrik. lagipun kotak nie mahal tau sebenarnya.. tapi kalau pandai cari, boleh dapatkan yang murah. Macam mana tu? itu ada saya ceritakan dalam “ebook produk fizikal” yang akan terbit pada hari isnin nie. :P

Bila cerita bab membungkus barang nie, memang penat sedikitlah.. tapi.. seronok sebenarnya. Iyerla.. barang yang dijual mendapat sambutan dan dibeli.. tentulah seronok kan! Masa bungkus tu, bibir asyik tersenyum je.. la.. la.. laaa.. laa.. oh!

Barang yang siap sedia untuk dipos.

Lepas dah siap-siap bungkus.. tibalah masa untuk ke pejabat pos untuk menghantar barang. nasib baik di kediaman saya ini, ada pejabat pos mini. Dekat jer.. dalam 300 meter dari rumah.. lepastu.. apa yang bestnya.. pejabat pos tu selalu je lengang.. takde orang.. so.. tak perlulah saya beratur panjang-panjang dan membuang masa. Datang, terus pergi ke kaunter, dalam masa 5 minit, selesai.. memang boleh dikatakan hampir tiap-tiap hari la saya pergi ke pejabat pos, nasib baik awek jaga kaunter tu cun.. oh!

Tetapi , kalau pejabat pos di rumah anda jauh dan sentiasa penuh dengan orang. Tak perlu risau, telepon je pos laju.. dia akan datang rumah dan ambil barang. Tapi, kenalah charge sedikit.. dalam RM2 je kalau tak silap saya.. sikit je. Tapi oklah kan dari terpaksa buang masa dan minyak untuk pergi pejabat pos yang jauh tu. Untuk lebih mydah, buka sahaja akaun dengan syarikat kurier.. macam mana nak buka dan syarikat kurier mana yang nak dipilih? Itu ada saya ceritakan dalam “ebook produk fizikal” yang akan terbit pada hari isnin nie. Oh! promo lagi..

Lepas dah hantar barang-barang tu semua,  kenalah simpan nombor tracking tu, kena bagitau no tu pada pembeli. So, taklah dia risau sangat takut barang yang di beli tak sampai.

Selepas dah pos barang dan dah inform pembeli.. setel semua urusan. Sekarang, cuma perlu tunggu produk tu sampai kepada pembeli je..  insyallah.. produk tersebut akan sampai dalam masa 2-3 hari.

Lepas dah sampai.. selesai lah urusan jual beli produk fizikal tersebut yang hanya dilakukan menerusi internet. Pembeli dapat barang, dan saya, dapat duit. Semuanya dilakukan tanpa perlu saya bersemuka dengan pembeli..  maklumlah, dunia dah maju, zaman dah berubah.. untuk maju.. kenalah berani berubah.

yosh!

===========

Promo : Jangan lupa dapatkan ebook panduan menjual produk fizikal di internet yang akan terbit pada 24hb ini (isnin).. Ada harga yang menarik untuk pembeli terawal.. :) .. so.. tungguuu.. makluman mengenainya akan dibuat di blog ini dan juga di wangcyber.

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

17 comments Subscribe Comments

  1. hehe. mungkin aku juga akan beli. harap harga tidak terlalu tinggi. Heheh..

  2. wahh… cambest je ebook yang bakal terbit neh… hux3…

  3. huhu..nampaknya pakar produk fizikal dah mula pamerkan kehebatan dalam ebook pula ;)
    bagus bro, ini akan lebih membantu usahawan offline gunakan internet sebagai pasaran baru buat mereka :) nanti makin senang la hidup, order je sambil makan kacang atas kerusi ;)

  4. saya mmg tunggu ebook ni kluar dari ari dpt email ttg ebook ini.
    frust saya masa pelancaran ebook ni tertunda pada 17 nov ari 2…
    terima kasih untuk ebook ini..mmg saya memerlukan ebook ini kerana saya
    menjual produk fizikal…

  5. Berminat juga dgn ebook ni.. rasanya sesuai sangat utk saya. Baru je start jual produk fizikal secara online. dgn adanya ebook ni boleh la buat sebagai panduan. :P

  6. nak sertai mailing list shut kat ne ye

  7. By Zan on November 21st 2008

    Dalam ebook kali ini, ada tak shuth menceritakan menjual produk fizikal ke luar negara dan bagaimana menguruskan penghantaran ke luar negera? Pihak saiful sham ada menyentuh mengenai hal ini sedikit, mengenai penghantaran produk fizikal ke luar negara, namun ada beberapa masalah yang akan dihadapi di beberapa buah negara dan barang tidak sampai?

  8. By Zan on November 21st 2008

    Barang tak sampai sehingga pelanggan merungut dan meminta refund?

  9. Tentang penghantaran keluar negara itu saya hanya ada sentuh sedikit sahaja.
    Sebenarnya barang tak sampai adalah perkara normal. Ianya ada berlaku dimana-mana syarikat courier. Tiada satupun syarikat courier yang mempunyai 100% delivery rate. Sama seperti syarikat webhosting, tiada satu pun syarikat webhosting yang mempunyai masa uptime server 100% di dunia ini.

    Jadi, kes barang tidak sampai itu sebenarnya adalah “kes kecil dan terpencil”… ianya tidak banyak berlaku, mungkin 1 dalam seribu kali penghantaran/jualan yang anda lakukan. Cuma mungkin apabila ia berlaku, ia menyebabkan sakit kepala yang agak panjang.. sebab itu ia akan sentiasa diingati.

    Walaubagaimanapun, untuk penghantaran ke luar negara, jika mahukan lebih “jaminan”, boleh gunakan FEDEX atau DHL. Tetapi, kosnya akan melambung tinggi. Kalau pelanggan anda sanggup bayar/ anda sanggup kurangkan keuntungan.. ok je.

  10. Agak-agak ada tak ditunjukkan sekali cara-cara dan medium apa yang nak dijual di internet? Adakah kena guna WordPress ke, Zencart ke, atau minisite.. Teringin jugak nak tau mana satu kaedah yang lebih berkesan.. :)

  11. Pada mulanya saya hanya ceritakan website jenis apakah yang sesuai untuk digunakan di dalam menjual produk fizikal. Tidak ada pula diceritakan secara terperinci sama ada nak guna aplikasi wordpress atau zencart.

    Tetapi Ammar punya pasal, tadi saya baru update ebook saya dan saya masukkan sekali, bilakah anda perlu gunakan zencart dan bila pula nak guna wordpress. Dan yang lebih menarik.. saya masukkan juga 10 plugins wordpress yang boleh anda gunakan untuk menukarkan website wordpress anda menjadi sebuah website ecommerce.. ho! ho! ho!

  12. wow!! kalau macam ni memang menarik ebook bro ni..kena angkat ni. :)

  13. Memang jual produk fizikal ni best gak…
    Sama macam jual offline tapi kurang sikit karenah nak jumpa pelanggan ni..
    Tahniah Shuth

  14. agak tak sabar nak menunggu ebook ni..hehe

  15. menarik2…pemalu unpenya shuth nie yea…hahaha Kalau kena harganya…akan ku beli la ebook itu

  16. Satu usaha yang murni dalam memberikan alternatif untuk rujukan buat newbie… Syabas Shuth!

  17. By dewi on February 16th 2009

    sy terjumpa website ni melalui search engine,sy nk minta pendapat memandangkan shuth biasa pos barang..
    kalau sy nak pos barang elektrik ke luar negara,rase-rase ye guna pos apa yg plg sesuai?hrp blh bagi pendapat..


Add your comment