Saya benci IM..?
Di dalam buku “Secret of the Millionaire Mind” ada menyatakan, salah satu sikap orang kaya ialah.. mereka sukakan orang kaya yang lain. Manakala bagi si miskin pula, mereka amat membenci orang yang kaya. Bagi mereka, orang kaya sangat jahat, tamak, penindas, suka mengambil kesempatan dan suka berlagak.
Perasaan “dendam kesumat serta benci” yang terpendam di dalam hati si miskin inilah yang menyebabkan mereka tidak akan menjadi kaya. Ini kerana, dalam fikiran mereka, orang kaya ialah orang sangat jahat, tamak, penindas, suka mengambil kesempatan dan suka berlagak.
Disebabkan anggapan itu, minda separa sedar mereka akan mengatakan, mereka tidak boleh jadi kaya.. ini kerana, jika mereka jadi kaya, mereka akan jadi jahat, tamak, penindas, suka mengambil kesempatan dan juga berlagak.
Untuk mengelakkan diri mereka dari menjadi seperti itu, maka, jadilah mereka miskin untuk selama-lamanya…
Begitu juga halnya dengan IM, bagaimana seseorang itu boleh menjadi IM jikalau dia amat membenci orang yang bergelar IM? Ada sesetengah orang menganggap IM ini hanya suka menipu, berlagak, mata duitan, suka ambil kesempatan, tidak ikhlas membantu, suka berkomplot, dan bermacam-macam lagi anggapan buruk.
Terus-terang saya katakan, orang-orang seperti ini tidak akan menjadi IM, walaupun mereka sebenarnya teringin “sangat” untuk menjadi IM (memperolehi wang dengan hanya duduk di depan komputer). keadaannya sama seperti orang miskin yang teringin sangat menjadi kaya diatas.
Orang yang anti-ebook, tidak akan menghasilkan ebook… jesteru melenyapkan peluang mereka untuk menjana wang beribu-ribu ringgit dengan hanya menjual ebook (walaupun mereka mempunyai ilmu yang sangat baik untuk ditukarkan menjadi ebook).
Orang yang anti-salesletter, tidak akan menghasilkan salesletter di dalam website mereka.. jesteru merendahkan “conversion rate” untuk website mereka.
Orang yang “anti-IM popular” , tidak akan memperkenalkan diri mereka sekaligus memendekkan peluang jangkahayat “perniagaan” mereka untuk terus bertahan kerana tiada “kredibiliti” dan nama.
Orang yang “anti-komplot (anggapan mereka)” tidak akan membuat sebarang JV dan bekerjasama dengan mana-mana IM yang lain dan sekaligus menyukarkan mereka untuk berjaya.
Ianya adalah “konflik minda”.
Minda sedar, teringin sangat menjadi kaya, popular dan bergaya dengan hanya duduk di depan komputer dan melihat wang beribu-ribu masuk ke dalam akaun seperti IM yang lain.
Tetapi, minda separa sedar, amat bencikan IM kerana menganggap IM yang berjaya hanyalah kerana mereka berkomplot dengan IM-IM lain (yang juga dibenci) dan juga disebabkan mereka “bernasib baik” sahaja.
Apabila “minda sedar & minda separa sedar tidak sehaluan”.. maka ia akan membawa kepada kecelaruan dan sekaligus membawa kepada kegagalan.
Jadi, fikir-fikirkan semula.. apakah pandangan serta fikiran anda terhadap IM yang lain…
P/s:- Mungkin entri ini akan menjawap… mengapa otai-otai IM di malaysia saling bantu membantu dan menyenangi antara satu sama lain, sedangkan pada hakikatnya mereka juga saling bersaing di dalam satu industri yang sama…
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

hehe thanks for the tips. amat berguna ni. hehe
Salam IM Shuth!
Ya. Jika seseorang yang membenci sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan, pasti mereka akan rugi… ish… rugi sangatlah..
Jai
http://dayaglokal.blogspot.com
Perkara ni berlaku tanpa kita sedari konflik dalaman dan luaran yg tidak disedari
Saya setuju p/s Shuth..hheehehehe
Memang terjawab pun Shuth. Minda atau cara berfikirlah yg menentukan ke mana hala tuju kita. Fikiranlah starting point yg akan menentukan apa yg akan jadi seterusnya. 90% gagal sebab salah setting minda ni lah.
Bg diri saya, saya hanya fokus kepada mereka yg mengenal erti usaha yg bersungguh dan rela bersusah payah. Kepada yg hanya tahu nak senang dan cepat, mintak maaf banyak2. Tak dapat nak membantu.
Yes, akhirnya saya boleh bagi link ni jer jika orang bertanyakan soalan yang sedemikian rupa. Ya, ia adalah soal minda
“Apabila “minda sedar & minda separa sedar tidak sehaluan”.. maka ia akan membawa kepada kecelaruan dan sekaligus membawa kepada kegagalan”
erm.. macam mana nak bagi sehaluan yer?? huhu
zyan >> untuk perkara tu, kena banyak baca buku pasal minda, antara buku yang bagus untuk dibaca, The Secret,Secret of The Millionaire Minds, Law of Attraction dan juga Secret of Self Made Millionaire. Kalau buku yang berbahasa melayu pula, mungkin boleh baca buku “Anda berhak Hebat” dan juga “Hukum Tarikan”.
Minda dan Fokus itu penting.. Ia merancang dan mengerakkan kita kemana arah yang ingin kita tuju.. Yang lebih penting kita harus sentiasa kuat dari segi minda sedar atau pun separa sedar.. Sentiasa berfikiran positif dan bijak merancang untuk setiap langkah dihadapan
Aku rasa post nie dibuat pasal ada budak pertikai apa yg dibuat melalui JV dan affiliate..
Apa pun betul kata bro shuth.. Minda dah berlawan arah.. Mana nak dilakukan sesuatu kerja @ bidang dengan JAYANya..
thanks 4 sharing.. kadang2 kita sendiri terlepas pandang benda nie..
Untuk Zyan, Saya pulak recommend kan buku yang di tulis oleh sifoo Amar Mahmood “Tarik Kekayaan Dengan Kuasa Minda” dan “Minda Jutawan”
http://dayaglokal.blogspot.com
Yup shut saya dah baca dah buku tu dan penah pegi keseminarnya May lepas kalo tak silap itulah sikap sikap un-jutawan yang penah shuth tulis sebelum ni…pandang sesuatu dengan sikap positif
Saya pulak bengang tengok orang lain kaya, saya tak kaya-kaya… so saya buat ler dua, tiga kali ganda. Hasilnya: bolehla berlagak dekat member-member yang tau mintak mak duit jek.
Itu kehebatan “negative motivation”. Ada sesiapa yang macam tu?
Anyway, saya tak faham kenapa orang dengki dengan orang lain. Instead of dengki, busuk hati, pergi kata buruk pasal orang tu, baik dia pergi bergurukan orang tu.
Kan senang hidup?
Life is too short for hatred ya know…
Ho ho Abdul Rahman sikap cam tu lah yang kita nak
Hoho..100% betul apa yang Shuth tulis ni. Orang yang mengkritik akan sentiasa mengkritik dan orang yang dikritik akan terus tak pedulikan kritikan tersebut. Malah, dia lebih berusaha keras untuk menambah koleksi kejayaannya..
bukan saja otai2 yang perlu berkerjasama malahan newbie2 yang masih tercari2 macam saya ni pun perlu juga bekerjasama. jangan membenci dan jangan ader sikap aper2 iri hati…. harap agar sama2 kita berjaya….
thx bro shuth kerana memberi kesedaran kepada IM lain
=)
apa yang dikatakan adalah benar,
jika kita hendak berjaya, kita perlu ikut langkah mereka yang sudah berjaya
dan jangan ada sikap benci-benci..
yg harus kita amalkan ialah sikap tolong menolong
kalau tidak xkan otai2 IM dalam negara kita nie leh dapat pendapatan beribu-ribu ringgit tanpa bantuan IM lain
AMALKAN SIKAP BANTU MEMBANTU
=)
aku ingatkan instant messaging tadi hahaha. masalahnya kat sini ada sesetengah orang kat Malaysia ni yang buat ebook sampah dan merosakkan market im lain yang buat dengan jujur dan ikhlas.
Huhu.. Saya benci shuth! Sebab shuth belum belanja saya lagi makan satay kajang..
Opps.. Gurau jerk.. Buat apa benci2, marilah kita sama2 sayang menyayangi antara satu sama lain (lain macam je ayat ni)..
-Fai-
apa yg bro shuth terangkan memang btol…
to be honest, yg paling ramai benci org2 kaya ni ialah org melayu sendiri…
perasaan hasad dengki seperti berada di tahap tertinggi…
dari pengalaman saya, x perlu jadi kaya pon, kita sekadar peroleh kejayaan
kecik sikit pon sudah ada individu yg mula menanamkan sifat hasad,dengki, benci
dalam diri mereka pada kita…
sekiranya dari awal mind set seseorang tu dah salah, apa2 yg betol pon bagi mereka,salah…
wah lama tak masuk blog shuth.
bagi saya orang yang suka memperlekeh atau golongan anti ni hanyalah golongan minoriti yang tidak senang tengok kejayaan demi kejayaan orang lain.
semua ini datang dari minda dan cara mereka berfikir.
Ya..saya setuju dengan saudara noorizam
tetapi kita masih xtaw sebab sebenar mereka dengki pada golongan IM yang dah berjaya?
adakah disebabkan itu memang pemikiran orang melayu??saling dengki-mendengki terhadap bangsa mereka sendiri??
apa2 pon
jom support para IM
=)
ya, dulu saya tak suka sangat kat IM, hehe, sekarang dah suka…ye la, tak kenal maka tak cinta…
Emm..betul lah tu bro Shuth…sy mmg setuju sgt tu…nasihat sy untuk mereka2 yg benci IM tu, belajarlah syg org…Kalau kite syg org, insyaAllah tuhan dan org lain akan syg kat kite..Then baru la usah kite berkat n semakin berjaye !!!