M-Money , duit dalam handphone!
December 5th, 2008, by shuth

M-Money , duit dalam handphone!

Pejam celik-pejam-celik, rupa-rupanya, sudah 8 tahun saya menggunakan Hotlink (maxis). Fuh!.. lama jugak tu, itulah satu-satunya nombor handphone saya sejak dulu sampai sekarang.  Setia beb!

Sekarang nie, maxis telah memperkenalkan satu produk baru untuk pengguna-pengguna maxis, tak tahulah baru ke lama, tapi saya baru tahu dan perasan produk ini minggu lalu.. so kira barulah pada saya. Oh!. Iaitu M-Money!

M-Money nie lebih kurang macam mobile-wallet , cara gunanya.. (1) Buka akaun free dengan hantar sms (2) masukan duit dalam akaun M-Money tersebut, (3) mula membeli barang dengan hanya hantar sms je untuk membayar

Idea ini nampak macam “coool”.. tapi dari segi “practicality”, masih banyak persoalan yang timbul dan perkara yang perlu diperbaiki. Buat masa ini, hanya 5 pihak sahaja yang menerima kaedah bayaran menggunakan M-Money ini, iaitu.. TGV ( Beli Tiket), Lelong, Maxis (Beli Top-up) ,  Domino Pizza dan MOL.

Fuh!.. Memang masih banyak usaha yang perlu dilakukan untuk mewujudkan “trend” pembelian menerusi SMS ini.

Antara usaha yang menarik yang dilakukan oleh Maxis, adalah dengan membuat kerjasama dengan website Lelong. Dimana, pihak Lelong telah bersetuju mewujudkan satu ruangan khas bagi pengguna-pengguna maxis membida barang-barang jualan menggunakan M-Money ini. Ke semua barang tersebut, dijual(taja) oleh maxis dan kebanyakkan barang-barang yang ditawarkan, agak “coool”. Anda boleh lihat sendiri di http://www.lelong.com.my/Auc/MAXIS/

Mereka yang ingin membida barangan-barangan tersebut pula, perlu mengakses halaman bidaan itu menggunakan perkhidmatan WAP Maxis (saya dah cuba untuk bid guna streamyx, takleh beb!), dan apabila menang, mereka perlu membayar menggunakan M-Money ini.

Fuh! satu strategi marketing yang sangat hebat dan unik pada pandangan saya.

(1) Ia menggalakan pengguna maxis menggunakan WAP dan M-Money (sekaligus memupuk budaya pembelian menerusi sms)
(2) Kos tajaan barang dapat dikurangkan, sebab pengguna masih perlu bid dan beli barang tersebut (kalau maxis sponsor bulat2.. mesti sangat tinggi kos yang mereka perlu keluarkan.)

Diringkaskan cerita, saya telah mencuba “kempen kerjasama antara maxis-lelong” ini. Setiap hari khamis, produk-produk baru akan di senaraikan dan dibuka untuk “bidding” selama seminggu. Pada minggu lepas, salah satu produk yang ditawarkan, adalah PS3, dan produk tersebut telah berjaya membuatkan saya berasa teruja dan berasa ghairah! ho! ho! ho!… lebih-lebih lagi apabila telah membaca review dan kehebatan PS3 di beberapa web http://asia.playstation.com/my/en memang melekat la! Oh!

Tanpa membuang masa, saya pun mengaktifkan akaun M-money untuk nombor hotlink saya. Prosesnya agak mudah, hanya perlu hantar dalam 5 SMS dan ianya selesai.

Dipendekkan cerita lagi, berbekalkan teknik “LOA & The Secret” yang baru dipelajari 2 hari lepas, akhirnya, saya berjaya memenangi bid tersebut. Oh!

Kemudian, langkah seterusnya, adalah membuat bayaran. Nasib baik, Maxis juga menyediakan kemudahan top-up menerusi Maybank2u. So, dengan senang hatinya, saya pun cubalah men”top-up” akaun M-Money saya di web maxis.

Malang tidak berbau, wang top-up sebanyak RM1325 telah berjaya di tolak dari akaun maybank2u saya tetapi, diakhir proses, saya dibawa ke page “Transaksi Anda Tidak Berjaya” di website maxis.. erk? apa kes?

Saya check akaun M-Money saya.. memang tiada wang dikreditkan ke dalam akaun M-Money saya.
Check di Maybank2u pula, sejumlah RM1325 telah dipotong… Fuh! sedikit cemas dan suspen…

Kemudian, saya try pula call Maxis Centre.. layanan yang diberi agak baik, tetapi yang melecehkan, saya perlu pergi ke Maxis Centre yang terdekat untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Tetapi, alhamdulilah.. sekali lagi saya cuba menggunakan teknik “LOA & The Secret”.. selepas 5 minit saya meletekkan telefon, saya menerima SMS Notifikasi mengatakan wang top-up tadi telah dikreditkan ke akaun M-Money saya.. Fuh!.. lega!… tak perlu susah-susah nak ke Maxis Centre.

So.. dipendekkan lagi cerita.. saya berjaya membayar menggunakan M-Money dan insyallah minggu depan dah boleh start main PS3 (walaupun pada hakikatnya, saya bukanlah seorang kaki games! Oh!).

Kesimpulannya..

“Nak berlagaklah tu.. beli PS3 pun nak cite kat blog!”… Errk?.. taklah! Saya just nak cite pasal pengalaman saya membeli guna SMS je. Takkan nak cite pengalaman beli condom pula? (err..itu mungkin lain kali kot?). Apa yang saya nak sampaikan sebenarnya..

(1) Membeli barang di Lelong sebenarnya dapat menjimatkan banyak wang anda, ini kerana barang-barang yang ditawarkan selalunya lebih murah dari di kedai. Jadi, amat rugilah jika anda tidak memiliki akaun di lelong dan tidak pernah membeli barang di lelong. Saya sendiri kerap membeli barang di lelong dan boleh dikatakan, saya telah berjaya menjimatkan wang sebanyak RM3k pada tahun ini dengan hanya membeli barang di lelong. TV LCD, handphone, usb modem, dan PS3 adalah antara barang2 yang saya beli di lelong pada tahun ini.

(2) Jika anda menghadapi masalah apabila membeli barang di internet, jangan malu-malu untuk call pemilik website tersebut. Sebab itu adalah penting untuk anda memastikan ada no phone yang disediakan di website penjual produk. Elakkan membeli produk dari website yang tidak meletakkan maklumat yang mencukupi untuk dihubungi.

(4) Jika anda ingin membuat JV, seboleh-bolehnya dapatkan nama-nama brand yang besar, contohnya, Maxis – Lelong – Maybank , fuh! memang semua syarikat itu mempunyai “% pasaran” yang paling besar dalam niche masing-masing.

(3) Buku berkaitan kuasa minda seperti “Law Of Attraction” dan “The Secret” adalah buku yang menarik untuk dibaca pada abad ini. Saya rasa, semua orang yang berjaya mempunyai “ilmu” yang terdapat di dalam buku tersebut dan telah mengaplikasikannya, sama ada secara sedar atau tidak. Jadi, jangan ketinggalan membaca buku tersebut.

Sekian, untuk kali ini… YOSH!..

Akan datang saya nak cerita pasal penggunaan LOA menerusi Twitter pula!
Wah! dah jadi blog pasal LOA pula blog saya nie?

P/s:- Untuk mencapai kejayaan! segala-galanya bermula dari memiliki minda (mind setting) yang betul. Oleh itu, ilmu “pengurusan minda” adalah satu lagi cabang ilmu yang menarik yang saya rasa saya perlu kuasai selain dari “ilmu kekayaan (ilmu pengurusan kewangan, perniagaan dan pelaburan)“.

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

14 comments Subscribe Comments

  1. satu lagi kesimpulan… saya rasa, ramai tak perasan yang saya menulis nombor 4 & 3 adalah terbalik dan tidak mengikut susunan, dan selepas anda membaca komen ini, anda akan melihat dan membaca semula post tersebut untuk mencari dimanakah nombor terbalik yang dimaksudkan.. ho! ho! ho!

  2. Hebat betul sekarang ni.

    Pada saya, promosi mengenai M wallet ni masih sangat kurang.
    Mengikut pengamatan saya, hanya mereka yang biasa dengan transaksi di internet sahaja yang berani buat pembelian melalui M wallet.

    Tahniah atas kejayaan membida PS3 ;)

    Anyway, thanks for the post.
    with regards
    http://www.rajakamil.com

  3. tak pernah lagi guna M Mobile ni..maxis pun tak war warkan sangat benda ni..orang masih tak reti guna sms untuk beli barang.

  4. wah…PS3, masih menyimpan dendam utk benda alah nih… cadangan game daripada saya, need for speed undercover…hehehe…

  5. By Muaz on December 7th 2008

    Dapat anak comel2 pun guna LOA ker?

  6. wah satu teknik marketing yang baik dari maxis…. mudah dan cepat nak berurusan jual beli di lelong

  7. best gak ya shuth saya selalu gak shopping kat Lelong selalunya beli HP atau jam tangan yang maxis m-wallet ni lama dah perasan tapi tak penah cuba lagi sebab pakai celcom ho ho celcom saya pun tak pernah berubah nak setia gak…hi hi nak try juga try m wallet ni

  8. Wah tahniah dah beli PS3.. Best wo!!! Hehehe

  9. cam baru jugak je bagi saya…huhu tapi skrg dah bertukar guna maxis la plak

  10. Wah!! Nie buat semua nak ikut irwan dahnill nie.. Ho!Ho!

    Apa pun memang bro sj tukaqkn tue.. Org mmg khusyuk punya bila baca.. LOA The Secret!! Wah kena baca lagi nie..[bila lak aku baca :p]

    Apa pun thanks 4 sharing.. Lama tue pakei 8 taun.. Aku pun baru pakei dalam 6 taun.. :D

  11. rasanya dalam tahun depan kena angkat ps3 satu niyh :P

  12. M-money masih baru. Setakat ni, mobile-money lebih ke hadapan. Tapi tak kesahlah mana satu company pun. janji leh pakai..

  13. Penangan LOA tu baru sikit Shuth,

    Ada banyak lagi situasi-situasi kebetulan yang boleh ditarik menggunakan teknik The Secret…

  14. Wah pasti best main ps3. Nak tumpang sekaki leh x?

    Mmg betul la. Tak perasan plak no tuh terbalik. Lepas tau aje trus pi tgk balik.


Add your comment