SSPN dan tabung pendidikan anak.
December 12th, 2008, by shuth

SSPN dan tabung pendidikan anak.

Sebelum ini, saya pernah berkongsikan tentang rahsia menyediakan tabung pendidikan anak-anak menggunakan instrumen pelaburan hartanah. Tetapi, satu kelemahan jika menggunakan kaedah tersebut adalah, ianya sukar untuk di”cairkan” atau senang kata.. susah nak tukarkan ia kepada “duit cash secara underspot”. Ini kerana, proses penjualan hartanah selalunya mengambil masa antara 2-3 bulan untuk selesai. Dan kadangkala, ianya juga mengambil masa antara 2-3 tahun untuk anda mendapatkan pembeli yang “sesuai” untuk membeli hartanah anda.

Oleh itu, beberapa alternatif lain perlu diambil kira sebagai Plan B. Setelah meng”usha” beberapa instrumen kewangan untuk tujuan tabung pendidikan anak-anak, saya agak tertarik dengan skim simpanan SSPN yang ditwarkan oleh pihak kerajaan.

Oleh itu, pada bulan lepas, sempena ulangtahun kelahiran anak saya, saya telah pergi ke bank dan membuka akaun SSPN untuk mereka. Tujuannya..  tidak lain tidak bukan, adalah untuk menyediakan “tabung pendidikan mereka” pada masa hadapan.

Ok! ok!.. saya tahu.. mungkin ada yang tidak bersetuju dengan simpanan di SSPN ini. Maklumlah, mereka kata, SSPN ini hanya mengkayakan kerajaan sahaja (err… apa salahnya?).. dividen pun sikit je!.. baik labur dalam unit trust! ( are u sure?).

He! he!.. ok.. ok!.. dalam post ini.. saya akan kongsikan dengan anda mengapa saya memilih SSPN?

1) Mudah Tunai

Maksudnya, dengan hanya  mengisi borang sahaja, anda sudah boleh “cash” kan simpanan anda. Tidak perlu bersusah payah menunggu berbulan-bulan atau bertahun-tahun sepertimana yang perlu anda hadapi jika cuba menjual hartanah anda.

2) Potongan Cukai

Bagi mereka yang “tidak layak” untuk membayar cukai, mungkin kelebihan ini tidak langsung memberikan apa-apa kesan. Tetapi bagi mereka yang “layak” membayar cukai, pengecualian potongan cukai sebanyak RM3,000 setahun kerana menyimpan di SSPN , adalah sesuatu yang memberangsangkan.

3) Perlindungan Insuran

Nampaknya, agen-agen insuran yang menjual polisi-polisi insuran untuk pendidikan perlu berkeja lebih keras lagi selepas ini. Ini kerana, PTPTN juga turut memberikan perlindungan insuran sebanyak RM50,000 kepada setiap pendeposit. Maksudnya, apabila anda sebagai bapa, telah membuat simpanan sebanyak RM1,000 (syarat untuk layak dapat perlindungan insuran) di SSPN, anda tidak perlu risau lagi tentang masa depan dan  “tabung pendidikan” anak anda jika selepas itu, anda terpaksa berhijrah ke alam barzakh (pergh! ayat..). Ini kerana, apabila anda berhijrah ke alam barzakh, automatik, wang pampasan berjumlah sehingga RM50,000 akan di masukkan terus ke akaun SSPN anak anda.

4) Dijamin Kerajaan.

Walaupun saya tidak pasti sejauh mana boleh pakainya “jaminan” tersebut. Tapi, sekurang-kurangnya, ia memberikan sedikit kelegaan dan rasa selamat kepada saya.

5) Geran sepadan

Ini pula faedah yang akan diperolehi oleh ibu-bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,000 sebulan. Maksudnya, jika anda adalah seorang penarik beca yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan, dan anak anda adalah seorang pelajar yang cemerlang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT. Anda akan mendapat hadiah (geran) sebanyak Rm10,000 dari SSPN.

6) Boleh check akaun online

Ini adalah ciri yang paling saya suka. Serius!, ia memudahkan saya untuk memantau dan membuat perancangan tentang dana pendidikan anak-anak saya….. sehingga kini, saya masih ternanti-nanti, bilakah ASB dan Tabung Haji boleh buat checking secara online.

Saya kira, itulah antara ciri-ciri yang menarik perhatian saya tentang skim SSPN ini, kelebihan lain, anda boleh baca sendiri di web PTPTN.

Ok.. itu cerita mengenai kelebihan SSPN..  Kekurangan ia pula?… (setiap perkara mesti ada kelebihan dan kekurangan kan..)

1) Susah nak keluar.

Nampaknya, SSPN memang betul-betul “strict”kan simpanan ini khas untuk “tabung pendidikan anak-anak” anda… kalaulah anda terdesak sangat mahu membeli PS3 dan bercadang nak keluarkan wang simpanan SSPN anak anda.. memang tak dapat lah jawapnya. Ini kerana, setiap tahun, anda hanya boleh keluarkan wang dari SSPN sekali sahaja! dan had maksimun pengeluaran pula hanyalah RM500 sahaja ataupun 10% dari jumlah simpanan .

Kalau nak keluarkan wang tersebut 100%.. kena tunjuk surat tawaran masuk ke IPT atau surat berhenti sekolah atau.. sijil kematian (erk!).

2) Dividen Rendah

Jika hendak dibandingkan dengan unit trust, pelaburan saham dan pelaburan hartanah, susah semestinya, %  dividen yang diberikan oleh SSPN adalah rendah… hanya sekitar 3-5% setahun. Tapi saya kira, ianya masih berbaloi.. jika kita melihat pada manfaat-manfaat yang diberikan diatas tadi.

Tips saya, apa yang saya lakukan, setiap tahun, saya hanya simpan RM3,000 sahaja di SSPN. Ianya sebenarnya hanyalah bertujuan untuk mendapatkan potongan cukai, dan saya kira, amaun sebanyak itu sudah memadai, ini kerana, selepas 18 tahun (umur anak masuk IPT), wang yang terkumpul akan berjumlah hampir RM60,000. Saya kira, jumlah itu sudah memadai untuk “Plan B” bagi tabung pendidikan anak saya. Diulangi.. Plan B.

Sedikit pengalaman saya membuka akaun SSPN untuk anak-anak.

Saya telah membuka akaun SSPN di maybank, selepas sebulan, saya masih lagi tidak menerima “kad keahlian” dari SSPN. Then saya call SSPN.. permohonan saya masih dalam “proses”. (erk.. dah sebulan masih dalam proses?).

Selepas sebulan setengah… saya masih lagi tidak mendapat “kad keahlian” tersebut. Saya call SSPN lagi.. akaun sudah diaktifkan, tetapi kad dalam proses untuk penghantaran. Alhamdulilah, at least, akaun sudah diaktifkan.

Fikir positif… mungkin terlalu ramai orang yang membuka akaun dengan SSPN… :)

Anda bila lagi? Yosh!

Share and Enjoy:
  • E-mail this story to a friend!
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

17 comments Subscribe Comments

  1. Salam, sy setuju utk rm3000 cos dpt potongan cukai. tp lum buka akaun lg. d maybank boleh ya, wil go there la..
    selebihnya sy melabur koperasi hpa. pualangan 10% setahun. lebih mennguntungkan. sambil maisecawan kopi radix dpt dividen akhir thn.

  2. Assalammualaikum, saya setuju juga dengan cadangan oleh en.shuth. Kalau untuk tabungan masa depan lebih baik kiranya ‘tak payah’ dok nak ambik.. bukan pasai apa, dah jadi tabiat pulak.. bila simpan tu ada-ada je cerita nak ambik duit keluar untuk kegunaan yang lain.. kalau kebaikannya, saya setuju kalau tak payah ambik la.. saya cuma menabung secara simpanan tetap tapi untuk SSPN ni masih belum lagi sebab kawan -kawan yang ada dok tengah join tapi dah setahun kad masih belum dapat lagi.. think positive .. mungkin ramai kot yang masuk/join skin ni…

    Suhainy ( manik bonsai)
    http://juraimin.fotopages.com

  3. ehm. good idea shuth. Mungkin aku juga akan follow apa yg ko buat nih. :)

  4. Tentang mudah tunai tu mmg mudah nak cash tetapi kita tak boleh withdraw semua duit di sspn tu. Cuma beberapa persen jer boleh withdraw.

  5. Tak silap aku laa….untuk insuran tu “dollar to dollar” dan max RM50K, bukan nya kita simpan RM1K boleh dapat RM50K, tapi kalau simpan RM1k tu dapat insuran RM1K laa… kalau simpan RM60K …insuran tu RM50K sebab max adalah RM50K jee….

  6. Ooo ye ker?.. maksudnya?.. kalau kita ada 10k? then mati.. dapat tambahan 10k lagi? jadi 20k?

  7. betul la tu shuth…kita dpt pampasan dari nilai wang yang disimpan. simpan 1k akan dapt 1k.. total 2k…

  8. klu macam meimeiy cakap tu, takde lah insurans dalam SSPN… Duit kita juga tu..

    SSPN ni kakalu tak silap kita tak boleh keluarkan semua duit dalam tu

  9. tahniah bro

    simpanan untuk anak-anak amat penting untuk kehidupan generasi seterusnya

  10. Sebagai pelajar dan pemilik akaun SSPN. Saya setuju dengan abang Shuth kita. Selain itu kita boleh deposit duit bila-bila masa ke akaun SSPN kita untuk simpan menerusi online. Saya juga tunggu bila la ASB dengan Tabung Haji boleh Check Online. Takut phishing ke apa.

  11. bila dah kahwin nanti confirm follow.hehe

  12. bro shuth, skadar nak bertanya, apa yang saya difahamkan, pelepasan cukai turut diberikan kepada orang awam yang membuat potongan bulanan ke atas Baitumal bukan? betulkan saya jika tersilap. terima kasih.

  13. By laling on December 19th 2008

    Bagus informasi nih tinggal lagi rasanya ” On The Spot” Betulkan laling kalau silap yer.

    Tetapi, satu kelemahan jika menggunakan kaedah tersebut adalah, ianya sukar untuk di”cairkan” atau senang kata.. susah nak tukarkan ia kepada “duit cash secara underspot”.

  14. Baguslah diorang nie srict, klau xsesuka ati nanti nak kuar, ini long term punya investment, neway nice info…

  15. By NURUL on April 30th 2009

    assalamualaikum,

    bg pendapat sy,utk education plan anak2 mungkin anda boleh consider utk menabung dlm education plan yg ditawarkan oleh insurans/takaful kerana tabungan itu terjamin dr sudut ‘insured’.

    sekiranya kita ditakdirkan ‘pergi’ sebelum anak sempat berdikari, kita se’harus’nya meninggalkan wang yg cukup utk pendidikan mereka. beban pasangan anda juga pastinya berkurangan jika anda meninggalkan tabung pendidikan utk anak yg ‘tidak akan berhenti flowing’ wpun anda dh tiada.

    kerana utk aducation plan ni, sekiranya pencarum meninggal@ cacat kekal @ ditimpa penyakit kritikal maka education plan ank anda akan jd percuma sehingga dia berumur 25tahun. tidak perlu bayar kerana bayaran akan di ambil alih oleh syarikat insurans.

    selain itu, sekiranya anak ditimpa musibah spt eksiden pastu hilang upaya (mintak simpang la kan, kontrak ini akan membayar manfaat keilatan.

    sekiranya berminat, hubungi syarikat insurans/takaful secepat mungkin @ cntc sy je..sy leh watkan quotation secara percuma.. Terima kasih

    perunding takaful anda,
    Nurul Izni (izni66@yahoo.com)
    eTiQa Takaful-Kumpulan Maybank

  16. By Ishak on May 19th 2009

    Assalamualaikum, Salam sejahtera kepada sdr/i;
    Pengalaman untuk dikongsi bersama: 23 Mei 2009, anak sulung saya akan ke IPT (lepasan SPM), beberapa bulan lepas, tabungan SSPN anak sulung saya RM1,200 , beberapa bulan kemudian, memandangkan anak sulung saya ini berpotensi untuk ke IPT, sebagai persediaan, saya membuat sedikit pinjaman dari koperasi untuk simpanan tambahan. Dicukupkan jumlahnya RM2,500. Kira cukuplah untuk belanja permulaan ke IPT. Malangnya bila permohonan dibuat untuk mengeluarkan simpanan SSPN, rupanya boleh dikeluarkan 10% sahaja, itupun mesti dikeluarkan di Kuala Lumpur ( ibu pejabat?). Terpaksa berkejar ke Bank Pertanian, mohon pinjaman baru , tapi tak dibenarkan oleh Angkasa kerana baru buat pinjaman dan masih belum dipotong. Berkejar ke Bank Rakyat, pun sama; pinjaman lama masih banyak berbaki. Kelayakan pinjaman sedikit sangat. Duit ditangan memang kering, sekadar untuk minyak kereta dan makan- minum keluarga hingga bulan depan. Nak bayar pendaftaran pun pening. Akhirnya terpaksa malukan muka pinjam kad bank anak ketiga ( sekarang tingkatan 2). Hajat hati nak tutup semua akaun SSPN anak-anak lain ( dah buka 5 akaun).Payah sangat nak keluarkan simpanan. Simpanan untuk ke Mekah pun senang nak keluarkan. Simpanan untuk pendidikan, payah pula dikeluarkan - untuk pendidikan pulak tuu. Apa komen sdr/i.

  17. SSPN memang baik untuk menabung untuk masa depan pelajaran anak-anak. Yang tak bagusnya bila tiba masa anak nak masuk IPT nak guna duit tu SSPN cuma benarkan pengeluaran 10% setahun je. Sudah la tu proses mengeluarkan ambil masa lebih 2 bulan. Ini adalah paling buruk saya lalui untuk keluarkan wang simpanan sendiri. Saya sungguh2 menyesal menabung si SSPN


Add your comment