Bagusnya Krisis Ekonomi…?

Apabila sebut pasal “krisis/kegawatan ekonomi”, ramai yang akan berasa sedikit gementar dan resah. Maklumlah, terlalu banyak cerita-cerita yang negatif di laporkan di akhbar tentang kegawatan ekonomi.

Kes syarikat bangkrap. Kes berpuluh-puluh ribu pekerja hilang pekerjaan…. dan tidak ketinggalan juga, masalah rumah tangga dan kadar penceraian juga dikatakan meningkat secara mendadak sewaktu kegawatan ekonomi berlaku.

Fuh!.. memang seram jugak….

Tetapi, pada hakikatnya, di tengah-tengah suasana suram, gementar dan resah akibat kegawatan ekonomi ini, terdapat juga beberapa kebaikan yang muncul daripadanya.Antara kebaikan yang diperolehi dari kegawatan ekonomi ini ialah seperti :-

1.Harga saham menjadi murah

Dikala ramai yang panik dengan kejatuhan pasaran saham dan melarikan diri daripadanya. Pelabur-pelabur yang “bijak” mula meyerbu pasaran saham pada waktu ini. Pada waktu inilah nilai-nilai saham syarikat yang kukuh menjadi begitu murah.  Ia menjadi murah bukan kerana bisnes syarikat tersebut terjejas dan akan menjadi bangkrap akan kegawatan ekonomi.. tetapi ia menjadi murah kerana ramai orang yang panik dan menjualkan pegangan saham mereka.

2. Harga hartanah menjadi murah

Disebabkan kegawatan ekonomi, maka akan ada ramai pekerja yang dibuang kerja. Tidak banyak.. sedikit, pasti akan ada individu yang terpaksa menjualkan dan melelong rumah mereka. Cuma bilangan rumah lelong pada zaman kegawatan ini akan lebih banyak dan bertambah berbanding sewaktu ekonomi sedang baik. Jadi, bagi mereka yang mempunyai duit lebih yang “banyak”, bolehlah membeli hartanah-hartanah ini. Selepas 3-4 tahun, selepas ekonomi pulih, kekayaan mereka akan bertambah, selaras dengan kenaikan nilai hartanah tersebut.

3. Orang akan menjadi lebih kreatif

Sedar atau tidak, kita selalunya akan menjadi lebih kreatif apabila berada di dalam keadaan tertekan. Jika dulu tidak pernah terfikir untuk membuat kerja sambilan, tetapi apabila dengar pihak syarikat sedang mula membuat penilaian untuk mengurangkan bilangan pekerja.. otak kita akan mula berfikir dengan ligat. Pelbagai idea untuk menjana pendapatan sampingan akan muncul di fikiran seperti jerawat cendawan tumbuh selepas hujan. Nak jual burger? Join MLM? Jual Insurans? Buat kelas tuisyen? Menulis blog? Berniaga di pasar malam? dan bermacam-macam lagi..

4. Industri Perniagaan Internet akan berkembang

Rosalind Gardner (super affiliate guru) meramalkan, pada tahun hadapan (sewaktu kegawatan ekonomi) , ebay & affiliate program akan diserbu oleh orang ramai. Lebih ramai orang akan “menyelongkari” internet dan mencuba untuk menghasilkan pendapatan sampingan menerusinya.  Perkara ini,  akan banyak mempengaruhi perkembangan industri perniagaan internet. Pad atahun hadapan, akan lebih banyak “blog buat duit” akan dibina, lebih banyak orang akan menjual barang di ebay, dan mungkin juga, akan lebih banyak ebook yang akan dihasilkan.

Kesimpulannya, apabila kegawatan ekonomi berlaku, pasti akan ada pihak yang rugi dan akan ada pihak yang untung. Pihak yang untung pula selalunya adalah terdiri dari mereka yang bijak melihat & mengambil peluang. Orang yang bijak mengambil peluang ini pula, selalunya adalah orang yang gemar melihat sesuatu itu dari perspektif yang positif.

Ringkasnya!…  sentiasa positifkan diri anda! Insyallah banyak manfaat yang akan anda perolehi! Yosh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 thoughts on “Bagusnya Krisis Ekonomi…?

  1. “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.”

    Krisis ekonomi ini sedikit sebanyak mampu mengoyahkan status kewangan setiap individu. Impaknya seperti kadar inflasi yang tinggi dan juga sesetengah pihak yang melakukan perniagaan terpaksa menutupkan perniagaan mereka.

    Ada pro dan kontra apabila berlakunya krisis ekonomi ini. Diramalkan tahun 2009 akan berlakunya krisis ekonomi. Jadi apakah bekalan dan persediaan kita sekiranya ia akan berlaku?

  2. true indeed…
    sebab tu la org kaya semakin kaya…
    org yg brjaya sentiasa nampak penyelesaian bg setiap msalah…
    mereka melihat sesuatu melalui perspektif yg lbih positif…

  3. Tang MLM tu rasanya jalan silap untuk anda masuk zaman gawat nih..
    sejak 5 tahun I tengok kawan2 yg join MLM semuanya menemui kegagalan
    Yang untung adalah pemilik Kereta BMW dan Mercedes Benz bila

    Bijak menyewakan kereta mereka kepada apa yang diorang panggil leader
    Jika kita search ket Internet Youtube ada banyak sangat video
    yang bercakap secara jujur MLM is bad business.

    The best time gawat ialah berbelanja dan keep ekonomi running.

  4. ada 2 jenis org dlm MLM…

    1) Business owner
    2) Salesperson

    kebnykan org join MLM,diorg jadi org yg ke-2 iaitu salesperson…
    bila jadi salesperson, memang mudah menemui kegagalan…
    tapi bila mnjadi business owner,mentaliti tu dah berubah…
    apa yg penting adalah networking, bukan penjualan produk…

  5. Pingback: Mari Kita Buat Ramalan Tentang Industri Bisnes Internet Malaysia 2009 - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia

  6. Gerun plak dengan krisis ekonomi yang bakal melanda tahun 2009.
    Kesian yang kene buang keje. harap2 kontrak ku disambung. huhu

  7. sepanjang saya berkecimpung dalam perniagaan di internet ni, ada juga orang tanya adakah saya terima tempias dari isu kegawatan ekonomi negara?

    jawapan saya tidak pula saya terasa, saya tak mahu pikirkan masalah mengenai tidak cukup pendapatan. dalam buku law of attraction pun tak kasi saya fikir benda2 yang negatif ni.. hehe

    2009 mungkin akan mengubah persepsi orang mengenai perniagaan internet dan semakin bertambahlah selepas ini golongan “usahawan-usahawan” yang mencari pendapatan menggunakan saluran internet.

  8. MLM sebenarnye memang bagus jika dibuat dengan cara yang betul, contohnya menjual barang dan kemudiannya dapat untung, so tu merupakan 1 perniagaan, yang jadi silapnya, orang yang join MLM kata, bayar RM +++, kemuadian cari orang bawah 3 orang, dah boleh duk goyang kaki, tu yang jadi silap.

    Emmm, nak mintak pendapat, ape yang sepatutnya kita buat masa ekonomi tengah gawat ni?? Contohnya, adakah sesuai jika membeli rumah lelong waktu ni??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>