Dah sebulan dah?

Fuh!.. sekejap je dah habis sebulan pada tahun 2009. Tinggal 11 bulan sahaja lagi untuk saya menunaikan “azam” saya. Bulan januari nampaknya bulan yang agak mengembirakan buat saya. Pada bulan ini saya telah berjaya

Hmm.. nampaknya, bulan ini saya lebih banyak menumpukan perhatian kepada blog ini. Tidak mengapalah.. yang penting saya happy.. dan pembaca-pembaca blog ini juga happy. Continue reading

Prasyarat buat duit di internet!

Setiap kali saya pulang ke kampung, saya akan berjumpa dengan orang-orang kampung yang sememangnya agak kurang “celik komputer”.  Jadi, apabila saya kata “saya buat bisnes secara online”, ianya seperti anda cuba menerangkan tentang “Teori F Kosmology” kepada kanak-kanak berusia 5 tahun.

Angguk-angguk, geleng-geleng macam paham…

Tetapi, apa yang nyata, apabila saya kata, ramai orang berpeluang menjana pendapatan 5 angka sebulan dengan hanya duduk di depan komputer, mereka akan berasa teruja dan berkata.. “Eh! ajarlah macam mana nak buat?” Continue reading

Selamat Tahun Baru Cina!

Ok! saya tidak pasti berapa ramai yang akan melawati blog saya pada hari-hari cuti sebegini. Tetapi, apa yang pasti, pada waktu ini, saya sedang berada di kampung, dan post ini.. adalah post automatik yang telah sya setkan 4 hari yang lalu… ho! ho!..

Post hari ini.. just relaks sahaja.. just nak ucapkan!

Selamat Tahun Baru Cina dan selamat bercuti kepada semua pembaca blog ini. Semoga hari-hari cuti sebegini dapat dimanfaatkan untuk anda meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga tercinta.

Bagi yang mengambil kesempatan melangsungkan perkahwinan pada hari cuti ini. “Selamat Pengantin Baru” saya ucapkan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Sekian. Yosh!

Awasi “brand” perniagaan anda!

Suatu masa dahulu, adalah amat sukar untuk sesebuah perniagaan mengetahui tentang apa yang pelanggan “komen / ceritakan” tentang perniagaan mereka.  Baikkah? Burukkah?… selalunya, pemilik perniagaan tersebut tidak akan ketahui. Ini kerana, pelanggan yang tidak berpuas hati selalunya tidak mahu mengadu tentang ketidakpuashatian mereka kepada pemilik perniagaan secara terus, tetapi mereka akan menceritakan tentang pengalaman buruk mereka kepada ahli keluarga serta rakan-rakan  yang terdekat.

Sedar-sedar sahaja, hasil jualan perniagaan tersebut jatuh merundum. Mereka tertanya-tanya.. “Apakah yang telah berlaku?”. Setelah beberapa bulan, baru mereka ketahui.. rupa-rupanya, ada segelinitir pelanggan yang tidak berpuas hati terhadap produk keluaran mereka dan kemudiannya menyebarkan cerita “buruk” tersebut.

Dalam satu kajian yang pernah dibuat suatu masa dulu, didapati, seorang pelanggan yang tidak berpuas hati, selalunya akan menceritakan pengalaman buruk mereka, sekurang-kurangnya  kepada 12 orang yang lain.

Itu dulu… kini, dengan kewujudan blog dan pelbagai lagi medium komunikasi menerusi  internet (forum, group, myspace, facebook)… penyebaran kisah buruk tadi, tidak lagi terhad kepada 12 orang sahaja.. malah boleh mencecah hingga kepada beribu-ribu orang. Continue reading

Bagaimana Menghadapi Kegawatan Ekonomi?

Sejak kebelakangan ini, memang hangat diberitakan tentang  masalah “kegawatan ekonomi global”. Beberapa hari lepas, sebuah akhbar melaporkan bahawa seramai 140,000 pekerja mungkin akan diberhentikan kerja sepanjang tahun 2009 jika kegawatan ekonomi kekal berterusan.

Baiklah, hari ini, saya ingin berkongsikan beberapa tips bagaimana anda boleh bertahan dan bersedia bagi menghadapi waktu-waktu sukar akibat kegawatan ekonomi ini.

1) Lindungi & Kukuhkan Punca Pendapatan Anda

Bagi mereka yang bekerja makan gaji, inilah masanya untuk anda meningkatkan pagi prestasi kerja anda dengan cara melebihkan sedikit awktu bekerja, bekerja dengan lebih tekun, serta meningkatkan lagi kemahiran-kemahiran anda. Jika anda seorang pekerja yang cemerlang, tiada sebab untuk pihak syarikat memberhentikan anda (kecuali kalau syarikat tersebut memang gulung tikar la). Ini kerana, anda adalah “aset” kepada syarikat.. memberhentikan anda adalah bermakna, mengurangkan “keuntungan” kepada syarikat.

Bagi mereka yang berniaga/bekerja sendiri, inilah masa untuk anda meningkatkan kualiti perkhidmatan/produk perniagaan anda. “Loyalti programme” seperti mewujudkan kad keahlian mungkin sesuai pada waktu begini. Continue reading