Imbasan 2008 & Visi 2009
Selamat Tahun Baru 2009!!!…… Semua blog bercerita pasal tahun baru, so.. saya pun tak nak ketinggalan. Sebagai entry permulaan pada tahun 2009 ini. Saya nak cerita sedikit mengenai perkara-perkara menarik yang berlaku dalam hidup saya sepanjang tahun 2008 (yg saya ingat la) dan sedikit info dan perancangan untuk tahun 2009.
Pada awal tahun 2008 lalu, saya telah menetapkan sebanyak 13 azam (milestone), namun begitu, pada akhir 2008, hanya 3 azam sahaja yang telah tercapai. Actually, azam yang saya buat itu adalah azam untuk 3 tahun. Jadi, tahun ini, saya tidak membuat azam baru, hanya meneruskan azam tahun lepas dan menambahbaikannya (upgrade & tuning).
Kenangan Manis
Apa azam saya? Ho! ho! ho!… saya rasa itu adalah perkara sulit. Cuma yang boleh saya beritahu, salah satu azam saya yang telah tertunai pada tahun lepas adalah “berhenti dari makan gaji“. Yeah!
Seperti biasa, setiap tahun saya targetkan untuk membina 2 website perniagaan baru, jadi pada tahun 2008, saya telah membina rahsiakambing.com dan juga kuihtradisional.com. Alhamdulilah, prestasi rahsiakambing agak memberangsangkan, tetapi bebrbeza bagi kuihtradisional.com , ianya masih memerlukan lebih banyak usaha.
Antara kenangan menarik lain pada tahun 2008,
- Saya mula membeli barang di lelong. Ho! ho! yer…saya telah mendaftar di lelong.com.my sejak 3 tahun lalu, tetapi hanya pada tahun ini saya berani (err..bukan berani, tetapi baru faham cara & proses membuat jual beli disitu) membuat pembelian di lelong. Bermula dari membeli bateri notebook… kemudian, casing handphone, TV, Usb Modem, Handphone, Fax, PS3, Camera dan macam-macam lagi…. rupa-rupanya, banyak yang saya dapat jimat dengan membeli di lelong, (rasa rugi pulak sebab tak cuba nak fahamkan proses jual beli lelong awal-awal sejak 3 tahun lalu).
- Majlis WC Gathering 2008 juga telah berjaya diadakan, ia merupakan satu majlis yang telah berjaya menghimpunkan paling ramai IM tempatan. Insyallah, majlis tersebut boleh berkembang ke satu event yang lebih besar pada masa akan datang.
- Perpustakaan Negara (PNM) telah memborong buku “Rahsia Blogger”, ramai yang tidak tahu manfaat berkenaan hal ini. Apabila PNM memborang buku, penulis buku tersebut akan mendapat manfaat besar darinya, ini kerana, pembelian akan dibuat terus dari penulis, dan bukannya dari penerbit. Ringkasnya, wang (puluh-puluh ribu RM) tersebut akan masuk terus ke poket penulis.
- Berjaya masuk paper & TV untuk buku rahsiablogger, walaupun hanya untuk 2 minit, tapi.. oklah kan?
Kenangan Kurang Manis
Dalam buku “Law Of Attraction” ada menyatakan, untuk meningkatkan aura & kuasa tarikan dalam diri anda, elakkan diri anda dari bercerita, mengimbas atau mengingati tentang perkara-perkara yang tidak anda ingini dalam hidup anda. Jadi, atas nasihat itu, saya tidak mahu bercerita tentang kenangan-kenangan yang kurang manis sepanjang tahun 2008. Ho! ho! ho!..
Visi 2009
Ya, ada beberapa perkara yang telah saya fikirkan dan rancangkan untuk tahun 2009, antara target saya pada tahun ini, adalah untuk menghasilkan sebuah lagi buku (buku betul) , mungkin ia sequence kepada Rahsia Blogegr ataupun mungkin juga satu tajuk baru.. (bergantung pada keputusan hasil research yang dilakukan kelak).
Selain itu, saya juga akan cuba kembali aktif semula dalam jual beli di pasaran saham setelah lebih 6 bulan meninggalkannya. Orang kata ini bukanlah masa yag sesuai untuk berurusniaga di pasaran saham, tetapi, saya ada beberapa ilmu & teknik baru yang amat sesuai untuk diaplikasikan pada waktu-waktu begini. Cubaan pada hujung tahun lepas menggunakan teknik tersebut, kelihatan berhasil dan amat mengujakan (err.. menghairahkan!).
Selain itu, seperti biasa, semua website-website perniagaan sedia ada juga akan cuba di”mantap”kan lagi kualitinya.
Oklah.. itulah antara beberapa perkara lepas yang saya ingat (saya nie sebenarnya memang tak berapa suka sangat ingat benda2 lepas, sama ada kejayaan ataupun kegagalan, terlalu asyik mengingat kejayaan akan membuat diri saya lalai, dan terlalu asyik ingat pada kegagalan, akan membuatkan diri berasa kurang motivasi.. ) Apa yang penting bagi saya, selalu fikirkan dan fokus pada perkara2 yang ingin dilakukan pada masa sekarang dan juga masa hadapan.
Oklah!.. semoga tahun 2009 memberikan lebih banyak kejayaan dan kenangan manis kepada saya dan anda.
P/s:- Bilalah azam untuk mendapatkan isteri no. 2 nie akan tercapai… ho! ho! ho!
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

Salam tahun baru shuth, seronok tengok kejayaan manis yang shuth catatkan,saya memang banyak belajar dari blog shuth ni,kira role model gak le.
Salam,
Tiap kali baca post dalam blog bro, mesti tersenyum je…hehehehe…yg ni tersenyum sebab ayat terakhir artikel…
Pape pun, congrats bro…moga bertambah lagi rezeki anak dan bini..hohoho :p
“Bilalah azam untuk mendapatkan isteri no. 2 nie akan tercapai”
nantikan ebook terbaru “seni berbini 2″..ho!ho!
anyway shuth, selamat tahun baru dan semoga Allah memberkati hasil usaha kita selama ini
saya mahu berjaya macam bro
Salam Maal Hijrah & Selamat Tahun Baru 2009….
bolehtah berikan saya tip-tip saham yang boleh dibeli sekarang ni,sebab saya ada juga beli saham tapi tiada panduan asas yang boleh dijadikan sandaaran
Salam bro abdrazak68, untuk tips2 saham, saya cadangkan bro baca buku “Rahsia Pelabur Jutawan” tulisan conrad alvin lim. Boleh dapatkan disini >> http://pts.com.my/index.php/buku/2611/