Buku-buku yang mengubah hidup saya!
Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini. Kunci utama / perkara pertama yang perlu kita lakukan untuk kita berjaya di dalam hidup, ialah “membaca”. Sebab itulah ayat pertama yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w , berbunyi.. “Iqra” (Yang bermaksud..”Bacalah”). Ia sebenarnya membawa maksud yang sangat-sangat mendalam… kunci kepada kepada kejayan, ialah ilmu, dan teknik paling asas untuk memperolehi ilmu adalah dengan membaca.
Namun begitu, malang sekali, ramai dikalangan kita yang berhenti membaca apabila selesai sahaja “sesi persekolahan” mereka. Anggapan mereka, buku hanyalah sesuai untuk dibaca bila mahu “ambik periksa”, kalau tidak, ianya dianggap membuang masa dan sesuatu yang amat membosankan. Jadi, tidak hairanlah jika ramai yang cemerlang sewaktu di alam persekolahan, menjadi biasa-biasa sahaja apabila menempuh alam pekerjaan dan alam kehidupan yang sebenar.
Ok lah! tidak mahu membebel, kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai buku-buku yang telah banyak memberikan ilmu dan mempengaruhi hidup saya. Terima kasih saya ucapkan kepada semua penulis-penulis dan juga penerbit yang telah berjaya menghasilkan buku tersebut.
1. Jutawan Dari Planet Jupiter
Oleh Azizi Ali
Inilah buku yang telah mengubah hidup saya 180 darjah. Sebelum ini, hidup saya sering di”momokan” dari orang-orang yang tidak kaya, yang menyatakan, orang-orang kaya adalah orang-orang yang sombong dan jahat. Harta kekayaan itu adalah punca kepada kejahatan.
Tetapi, setelah saya membaca buku ini, ia telah menyedarkan saya tentang hakikat sebenar orang-orang kaya dan mengapa saya perlu menjadi kaya. Realitinya adalah sangat berbeza, wang, duit dan harta kekayaan hanyalah “alat”, ia bukanlah penyebab untuk seseorang itu menjadi “jahat”. Manusia kalau nak jadi jahat, tak perlu tunggu kaya, sewaktu tidak kaya pun dah boleh jadi jahat.
Jadi, buku ini memang betul-betul telah menyedarkan saya dan telah banyak mengajarkan sya tentang ilmu menguruskan kewangan dengan betul dan berkesan.
2. Lahirnya Seorang Jutawan
Oleh Azizi Ali
Setelah membaca buku “Jutawan Dari Plenat Jupiter” , saya telah menjadi “Kipas Besar” (Big Fan) , kepada saudara Azizi Ali. Semua buku tulisannya telah saya beli dan baca. Buku ini juga telah memberikan impak yang besar dalam hidup saya. Menerusi buku ini, barulah saya tahu bahawa, sebagai seorang yang “makan gaji” juga, kita masih boleh menjadi jutawan. Dari buku inilah saya mengetahui tentang apa itu “active income”, “passive income” dan juga “multiple stream of income”. Saya mula nampak sedikit jalan untuk menjadi jutawan setelah membaca buku ini.
3. Before You Quit Your Job
Oleh Robert T. Kiyosaki
Buku ini pula adalah buku yang saya baca sewaktu saya merancang untuk berhenti kerja. Sebelum saya bca buku ini, saya telah merancang-rancang untuk berhenti kerja pada bulan hadapannya. Tetapi, setelah selesai membaca buku ini, niat saya untuk berhenti kerja itu , terus saya pendamkan dan tanguhkan. Rupa-rupanya, masih banyak perkara yang perlu saya kuasai sebelum saya boleh mengambil keputusan untuk berhijrah dari status “pemakan gaji” kepada status “bekerja sendiri”(self-employed) ataupun “Ahli Perniagaan” (Bussinessman). Antara kemahiran asas yang paling penting yang perlu saya kuasai sebelum saya boleh berhenti kerja, ialah kemahiran “menjual” (marketing skills). Ramai yang gagal dalam menjalankan perniagaan mereka kerana mereka adalah kerana tidak mempunyai kemahiran menjual. Apa yang mereka mahir hanyalah membuat kerja-kerja penghasilan produk, tetapi, kerja-kerja memasarkan produk , mereka langsung tidak tahu. Ini menjawap, mengapa seorang tukang masak yang handal belum tentu boleh menguruskan sebuah restoran yang berjaya. Seorang tukang jahir yang handal, belum tentu dapat menguruskan kedai jahit yang berjaya dan menguntungkan.
4. Trump University : 101 Marketing
Oleh Don Sexton
Menyedari ilmu pemasaran dan menjual adalah suatu ilmu yang amat penting untuk saya kuasai, maka saya mendapatkan pula buku 101 Marketing ini. Memang banyak ilmu berkenaan “marketing” saya perolehi dari buku ini. Setelah saya selesai membaca buku ini, saya rasa seperti seolah-olah saya baru sahaja menamatkan pengajian MBA di universiti. ho! ho! ho!… terlalu banyak info berkaitan marketing yang praktikal dan akademikal di dalam buku ini.
5. Secret Of Millionaire Minds
Oleh T. Harv Eker
Mengetahui tentang bagaimana menguruskan kewangan dan menjalankan perniagaan sahaja, rupa-rupanya adalah tidak mencukupi. Saay mula tersedar akan hal itu apabila membaca buku “Secret Of Millionaire Minds” ini. Buku ini menerangkan, betapa pentingnya kita memiliki “set minda” (mind setting) yang betul untuk menjadi jutawan. Ada 17 sikap /”mindseting” yang perlu kita pupuk dan bina dalam diri dan minda kita jika kita mahu menjadi seorang jutawan. Buku ini membuatkan saya tidak nyenyak tidur selama seminggu. Diri saya terlalu aktif dan terlalu bermotivasi setelah selesai membaca buku ini, ia seolah-olah ada suatu kuasa yang mendorong saya untuk bekerja lebih keras dan tidak membenarkan diri saya untuk berehat dan tidur melebihi 4 jam. Terasa terlalu banyak masa akan terbuang jika tidur terlalu lama.
6. Secret Of Self made Millionaires
Oleh Adam Khoo
Buku ini pula memang mengujakan, ia merangkumi keseluruhan aspek dan strategi bagaimana untuk menjadi jutawan pada masa kini. Bermula dari aspek memiliki “minda” yang betul, kemudian kepada aspek pengurusan kewangan, seterusnya kepada ilmu di dalam menjalankan perniagaan internet dan akhirnya kepada ilmu pelaburan untuk tujuan menambah kekayaan. Saya sangat enjoy membaca buku ini kerana buku ini, meng”iya”kan tentang strategi dan laluan yang saya rancangkan dalam hidup saya untuk menjadi seorang jutawan.
7. Anda Berhak Hebat
Oleh Md Taib Isa
Buku inilah yang memberikan saya semangat dan kekuatan untuk berhenti kerja. Setelah saya selesai membaca buku ini, esoknya, saya telah menghantar surat resign kepada bos saya. Buku ini telah menyedarkan saya, bahawa dalam kehidupan ini tiada istilah “pilihan terbaik”. Apa yang ada hanyalah, anda pilih.. dan anda lakukan pilihan anda itu dengan sebaik mungkin dan jadikan ia sebagai pilihan terbaik anda.
Contoh paling mudah, adalah sewaktu kita membuat pilihan untuk berkahwin dengan pasangan kita, persoalannya, adakah ia pilihan terbaik? Percayalah.. anda tidak akan tahu.. ini kerana, untuk menentukan sesuatu itu terbaik atau tidak, anda perlu membuat “perbandingan”… tetapi, masalahnya, anda hanya pilih satu dan berkahwin dengan seorang isteri/suami sahaja?.
Jadi, mana mungkin anda boleh membuat perbandingan dan mana mungkin and aboleh mengetahui bahawa pasangan anda itu adalah pilihan terbaik anda? Siapa tahu, jika anda berkahwin dengan orang lain, mungkin hidup anda akan menjadi jauh lebih baik?
Jadi, berdasarkan hakikat itu, sememangnya tiada “pilihan terbaik” dalam dunia ini, apa yang ada, hanyalah.. kita buat pilihan, dan berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan pilihan kita itu sebagai sesuatu yang terbaik dalam hidup kita.
Itulah yang menyedarkan saya… sama ada saya terus bekerja atau berhenti kerja? Saya perlu membuat pilihan.. dan apabila saya telah memilih salah satu darinya, there are no turning back.. dan tiada sebarang penyesalan.. yang ada.. cuma.. do or die!.
Kegagalan? Apa nak ditakutkan.. kalau gagal.. boleh cuba lagi.. gagal lagi.. cuba lagi.. gagal lagi.. cuba lagi.. cuba lagi.. cuba lagi.. sampailah berjaya! ataupun.. sampai mati. Tiada istilah gagal dalam hidup ini.
8. The Secret
Oleh Rhonda Byrne
Buku ini adalah fenomena, seperti mana suatu masa dulu ketika Sir Isaac Newton menemui “hukum graviti”. “Hukum Tarikan” adalah sebuah penemuan sains yang terbaru. Bagi sesetengah orang, ianya adalah “common sense”, sepertimana mereka menganggap.. biasalah.. “kalau buah epal dah masak, mestilah ia jatuh ke bawah”. Tetapi dengan pengetahuan yang mendalam mengenai “hukum graviti” , maka, manusia boleh mencipta kapal terbang, payung terjun dan sebagainya. “Hukum Tarikan” juga kelihatan seperti “common sense”, iaitu, kalau nak sesuatu, kita perlulah berdoa, berusaha dan bersyukur. Tetapi, dengan mengetahui tentang “hukum tarikan” dengan lebih jelas dan mendalam, ia akan memudahkan lagi diri kita untuk mencapai segala impian yang kita ingini di dalam hidup.
Buku ini memang menarik, ia banyak membantu saya di dalam mempercepatkan dan memudahkan lagi usaha-usaha untuk mencapai semua “impian” di dalam hidup saya.
Oklah.. itulah antara beberapa buku yang banyak membantu saya di dalam memperbaiki kehidupan saya. Sebenarnya, ada banyak lagi… tapi cukuplah untuk kali ini.
Jadi..apa pula buku yang mengubah hidup anda?
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

Salam,
Betul tu Shuth, membaca buku ni akan membuka minda kita. Saya teringin nak beli buku ‘Anda Berhak Hebat’ tu..huhuhuhu…insyaAllah, nak dapatkan nanti, tapi nampak gayanya, saya berhenti dulu baru bacalah buku ni, sebab esok, saya akan letak surat..hohoho
buku yang pertama terbaca Jutawan Dari Planet Jupiter. Itupun pinjam adik punya. Lepas tu pulak baca buku2 chef Li.
saya hanya pernah baca buku jutawan dari planet jupiter..satu buku yang mengajar bagaimana menguruskan kewangan dengan baik.
mazlie >> tahniah mazlie, welcome to the club.
maizul >> buku2 chef li pun menarik juga, memang amat memotivasikan bila baca buku beliau.
Saya pula:
- Dare to Fail (Billi Lim). Buku ini berjaya mengubah cara saya berfikir dan bertindak terhadap kegagalan.
- Petunjuk Jalan Kekayaan (Chef Li). Bagus buku ni. Tak pandai nak cerita macam mana. Baca la sendiri.. Hehe
- Maskahwin Yang Hilang (siapa entah pengarang dia). Yang ni memang best. Hasil pembacaan dan penghayatan terhadap ‘Maskahwin Yang Hilang’ ni, saya telah diiktiraf oleh seorang sahabat sebagai seorang yang boleh ‘survive’. Bangga giler..
Dan buku yang masih ‘belum’ berjaya mengubah hidup saya:
- Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkat (Irfan Khairi). Ya, saya masih belum jadi jutawan.
- Jutawan Senyap (Chef Li). Sama juga. Masih belum jadi jutawan walaupun saya seorang yang senyap.
Salam Shuth,
Saya dah baca 2 buah buku yang shuth paparkan tu.. Memang Hebat! yang lain, saya dah baca buku2 Chef Li, Razzi armansur,Shuhaimy Abu Bakar (mmm siapa dia tu ek? hehehe… saje je),Irfan Khairi, Adam Khoo dan banyak lagi penulis hebat Malaysia.
Cuma buku Anda Berhak Hebat tu saya tak berjumpalah Shuth.. Camner nak cari ek?(slang org Johor)
Saya pon akan berenti keje tak lama lagi… Cuma perlukan kekuatan je sedikit lagi… Ada petuanya tak Shuth? hehehe…
http://www.glowglokal.com
http://dayaglokal.blogspot.com
Oo.. ramai betul yer pembaca blog ini yang mahu berenti kerja..
Insyallah, esok saya kongsikan tips pasal berenti kerja..
Shuth >> thanks bro…welcome to the club…:)
banyaknye buku…..hurm..nak start yang mana dulu nih?? buku rasier blogger pon tak beli lagi nih..kuikuikui..
Wah bagus ni sok Shuth nak kongsi tips pasal berenti kerja. Antara buku-buku yang saya dah baca macam Buku Chef Li: Aku Tak Nak Miskin, pasni pun nak beli lagi buku Chef Li yang lain memang best le baca buku dia. Buku Shamsuddin Kadir: Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Buat Duit Dengan Rumah. Buku Mas Kahwin yang Hilang pun banyak mengajar saya tentang tips kewangan.
salam shuth..:)
first time tinggal tapak kaki..:) tertarik dgn new entry kali nie..dalam banyak2 buku yg shuth senraikan no 4,5,6 tak baca lagi..nampaknya lepas nie kena cari la..
buku yang membuatkan saya pilih jalan hidup saya skrg ialah buku CefLi..kerana beliau saya self-employed sendirik after graduated until now..walaupon susah gak nak idup sendiri, kadang2 terjatuh, tertiarap, bangun sekejap..huhuhu..tp sebab SAYA YAKIN saya hanya boleh berjaya dgn jalan ini..wpon jalan alternatif terbentang luas di hadapan, saya pejamkan mata..:)there are no turning back.. dan tiada sebarang penyesalan.. yang ada.. cuma.. do or die!..alhamdulillah..
lagi satu buku agama yg menginsafkan diri saya ialah BUKU KAEDAH BIO MAKENIK SOLAT UNTUK KHUSYUK by DR YUSOFF ABBAS..insaf sungguh..boleh layari blog beliau di sini : http://bioibadah.blogspot.com/ ..jika bkesempatan boleh dapatkan bukunya..RAMAI DI ANTARA KITA HEBAT MENGURUSKAN URUSAN DUNIA TETAPI TIDAK HEBAT MENGURUS URUSAN AKHIRATNYA..
jai —> buku ANDA BERHAK HEBAT tue boleh tengok kat sini : http://akademinlp.com/produk.html
saya belom baca lagi buku tulisan Azizi Ali…
lepas ni kena beli…
saya sudah baca Rich Dad Poor Dad, Cashflow Quadrant, dan Think and Grow Rich…
nk kata mengubah hidop blom lg,sebab masih dlm proses…
tapi buku2 yg saya baca telah mengubah perspektif saya mengenai kejayaan…
Walaupun bukan semua, tetapi sebahagian dari idea yang terdapat dalam buku “Jutawan Dari Planet Jupiter” telah menjadi asas yang dipraktikkan dalam perancangan kewangan saya, buku yang mesti dimiliki. Saya mendapat sedikit ketenangan selepas mencapai simapanan dana rizab minimun sebanyak 3 bulan seperti yang disyorkan dalam buku itu.. Ada beberapa bab yang perlu dibaca berulang kali untuk mendapat apa yang tersirat.
buku azizi ali, abg sy beli sume edition.. fanatik giler.. taktau bagus ke tak, sbb sy prefer buku motivasi kehidupan.. heheh..
Tuan ampunya blog ni..
BETUL KE PERTANIAN SATU PERNIAGAAN…
Nak baca tu memang nak baca..tapi last-last baca dua muke je, terus tinggal kat mana-mana dah buku tu..hehehe..marilah semangat membaca ke dalam diriku
Hurmm..bagusnya buku tu semua. Buku anda berhak hebat tu mcm best jer bunyinya…kena baca pasnih..hoho..
t harv eker nak datang malaysia.. jom beramai2 kita pergi course dia..
Salam berkenalan Suth..
Baru bertemu blog anda. Menarik dan berinformasi!
Salam Shuth,
memang teruja baca artikel ni..saya pun dalam proses mengubah mindset..buku pertama yang saya baca ialah Jutawan Senyap; ChefLi, memang sangat memotivasikan diri! Buku kedua pula Rich Dad Poor Dad: R.T Kiyosaki, then Bagaimana jadi jutawan dengan Pelaburan Hartanah dan Saham dr Milan Doshi. Kalau Ya Katakan Ya! (HM TUah) dan beberapa lagi buku2 motivasi beliau. Saya baru berjinak2 ddgn bisnes internet ni..teruja lepas baca buku Buat duit dengan Internet SaifulSham..moga2 modul T4WTF dari Zamri Nanyan boleh bring saya 1 step above…Saya rasa saya kena baca Secret of Self Made Millionaire dr Adam Khoo supaya minda saya bekerja ke arah tu…hmm, saya ada satu masalah…bila mlm saya nak concentrate dalam bidang baru ni, mata ni terasa mengantuk je..byk syaitan bergayut:(…Shuth ada tips tak boleh share dgn saya…untuk part time mcm saya ni
saya setakat ni ada beberapa buku yang saya dah beli n memang wat saya bermotivasi.
1.Biar Kecil Asalkan Berhasil:chef li
2.Rasia bizness Orang Cina:Ann Wang Seng
Bagaimana mendapat kawan dan mempengaruhi seseorang:Dale Carnegie
4.Akademi Jutawan: Razzi mansur
5rahsia Minda Jutawan:Amar mahmood..
Saya sukakan motivasi, dan suka memotivasikan orang..
papepun dalam hidup ni, kita memang perlukan ilmu kerana hidup satu perjuangan menuju ke alam yang lebih kekal yakni akhirat..
huhu..
salam semua, sekadar ingin berkongsi. Buku yang bagus dan membuka minda saya adalah:
1. Secrets of self made millionaires – adam khoo
2. Poor dad rich dad – kiyosaki
3. think & grow rich – napoleon hill